Thursday, July 9, 2009

PPSMI Dalam Kenangan..



setelah sekian lama isu ini diperdebatkan.. akhirnya keputusan telah diumumkan.. ppsmi akan dimansuhkan untuk semua aliran mulai 2012.. keputusan kabinet ini mengubah dasar pengajaran dan pembelajaran PPSMI yang mula dilaksanakan pada tahun 2003 dlu..

bagi aku ada pro dan konnya..

pro ?

kalu tengok dari statistik keputusan peperiksaan UPSR 2008 yang ditunjukkan oleh pak menteri.. memang menunjukkan sedikit penurunan.. murid terutamanya yang kat area luar bandar tuh atau murid yang kebolehannya 50-50.. mungkin tak paham kehendak soalan.. tak paham istilah.. dan sebagainya.. jadi, dengan pemansuhan ppsmi nih dapat memudahkan murid luar bandar memberikan keyakinan untuk mereka belajar dengan lebih efisyen dan menjwab soalan pekse dengan lebih yakin..

ramai yang bersetuju dan gembira dengan keputusan ini.. bagi guru-guru yang terpaksarela mengajar.. berita ini mungkin menggembirakan mereka.. seblom nih banyak mengadu payah nak ngajar.. payah nak cakap bahasa inggeris.. budak tak paham.. kena datang kelas tambahan 'buddy support' lagi.. akhirnya.. 2012 nti dah tak payah nak pikir dah pasal hal nih.. -> yang nih lebih tepat kot.. kekeke..

kon ?

bagi aku yang terlibat secara langsung.. aku ngajar di skolah kategori luar bandar.. daripada pengalaman dan tinjauan aku.. walaupun terdapat kepayahan budak untuk memahami.. tapi sebenarnya banyak yang budak dapat belajar.. vocabulary diorang bertambah.. kemahiran membuat ayat dalam bahasa inggeris bertambah baik.. kemahiran bercakap lebih menyerlah.. kalu tanya soalan.. diorang akan bagi jawapan dalam bahasa inggeris.. serius..

bagi aku.. ppsmi tade masalah.. murid pun bukan masalahnya.. apa yang perlu ditekankan ialah cikgu-cikgunya.. kursus 3 bulan takkan mampu menghasilkan guru yang fasih berbahasa inggeris.. kalu nak buat.. cuba buat kursus berterusan.. KDC ke.. janji input yang diberikan kepada cikgu-cikgu tersebut berterusan.. bukan input pada peringkat awal jek.. baru laa output nanti akan lebih berkualiti..

aku quote sket apa yang Tun Mahathir ckp smlm..

''Kita perlu menghadapi masa yang susah, ini amat penting bagi masa depan
anak cucu dan negara, maka kita harus menghadapi cabaran pada peringkat awal.


''Saya yakin guru-guru kita boleh mengajar dalam bahasa Inggeris,"
katanya. ''Kalau boleh melatih guru-guru bahasa Inggeris kenapa tidak boleh
latih guru Sains dan Matematik, kita perlu belajar kerana ia amat penting bagi
masa depan anak-anak kita," katanya.
"

No comments:

Post a Comment