Tuesday, December 29, 2009

Amanah Besar..


Tahun 2009 hampir melabuhkan tirainya.. manakala tabir untuk
tahun 2010 bakal disingkap tak berapa lama lagi..

2009 banyak meninggalkan kenangan manis untuk aku..
terutama dalam bidang profesion keguruan.. khususnya dalam
bidang kejurulatihan sofbol..

2010 akan menjanjikan cabaran yang lebih getir untuk ditempuhi..
awal2 lagi dah nampak..

Dalam mesyuarat pengurusan guru yang pertama baru nih..
aku telah terpilih sebagai salah seorang guru kelas..
bayangkan.. selama 9 tahun aku mengaja.. inilah kali
pertama aku diberikan amanah yang aku rasakan cukup besar..
apa pun aku akan pikul tugas nih sebaik mungkin..
menunaikan amanah besar yang telah dipertanggungjawabkan
kepada aku..

azam aku tahun nih.. 'tahun ini lebih baik drp tahun lepas'..

Saturday, December 26, 2009

Masa Begitu Mencemburui Kita..


Pejam celik.. pejam celik..
dah nak skolah smula..
cikgu2 dah mula nak sibuk..
meeting awal tahun.. dapat tugasan baru..
mana yang cikgu kelas tuh.. extra la sibuknya..
tak lupa meering panitia jugak..
mak bapak dah mula garu kepala..
anak2 4-5 orang yang bersekolah..
mana nak baju baru.. suar baru.. kasut baru..
yuran dan buku tak masuk lagi..
anak murid dah mula excited.. (ye ke ?)
baju dah beli.. suar dah beli.. kasut baru punya..
tak pikir dah masalah mak ngan ayah..
janji smer baru..
apa pun pada semua..
selamat kembali ke sekolah..
kena tune daripada skang..
buang mood cuti tuh..
kita kembali ngan azam baru..

Tuesday, December 22, 2009

Penantian 20 Tahun Berakhir..


Alhamdulillah.. rasanya blom terlewat untuk mengucapkan TAHNIAH
kepada skuad bawah 23 tahun negara yang akhirnya dapat membawa
pulang pingat emas setelah kita menanti selama 20 tahun..
Kali terakhir Malaysia memperolehi emas ialah dalam Sukan Sea
edisi 1989 yang berlangsung di Kuala Lumpur.. Pada masa tu Malaysia
telah berjaya membenam Singapura 3-1 dalam final..
Untuk edisi kali nih.. Malaysia telah menjadikan Vietnam sebagai
korban untuk merealisasikan emas tersebut dengan 1-0 hasil jaringan
sendiri pertahanan vietnam..
TAHNIAH sekali lagi barisan muda.. Anda adalah harapan untuk
bolasepak Malaysia yang lebih cemerlang pada masa2 akan datang..
Jangan cepat berpuas hati dengan kejayaan ini.. sebab perjalanan
sebenar masih jauh..
Kepada FAM.. kekalkan barisan yang ada.. di samping tuh jangan
lupa pembangunan untuk pemain2 harimau muda yang baru..
KEEP THE SPIRITS ALIVE!

Tuesday, December 15, 2009

4th Asian Junior Women Softball Championship 2009


Sekarang nih Malaysia sedang menjadi tuan rumah untuk satu acara
yang agak besar dalam kalendar softball asia.. Kejohanan tersebut ialah
'4th Asian Junior Women Softball Championship 2009'..

Kejohanan tersebut berlangsung di padang Kolej ke 4, Universiti
Putra Malaysia, Serdang.. Kejohanan berlangsung bermula 13 Disember
sehingga 16 Disember nanti..

Penulis berkesempatan untuk berada di padang tersebut sehari suntuk
pada hari ahad yang lalu untuk sama2 mengutip pengalaman dan ilmu
berdasarkan pemerhatian..

Antara negara-negara asia yang bertanding ialah Jepun, Chinese Taipei,
China, Korea, Singapore, Indonesia, India, Thailand dan Iran..

Mana Malaysia ? Tade pun dalam list ? Macam mana Malaysia jadi
tuan rumah tapi tuan rumah tak hantar team nih ?

Adess.. apa pun alasan Persatuan Sofbol Malaysia..
sesungguhnya ini adalah satu kerugian yang amat besar
untuk perkembangan sukan softball di Malaysia..

Sememangnya diakui Malaysia bukanlah satu nama besar
dalam sukan softball di asia nih.. tapi apalah salahnya diberikan
pendedahan kepada pasukan negara.. apatah lagi bermain
di tempat sendiri yang tentunya tidak memerlukan kos yang besar..

daripada apa yg diperhatikan terhadap pasukan2 yang bertanding..
sekurang2nya pasukan malaysia boleh memberikan cabaran
dan berkemungkinan boleh merebut tempat ke 5 daripada
pasukan2 yang bertanding.. tak cuba mana nak tau kan..

Antara team pilihan ialah pasukan Jepun dan Chinese Taipei..
kedua2 pasukan ini sangat layak untuk bertemu di final..
cukup solid dan mantap daripada semua segi..

Rugi rasa tak dapat nak menyaksikan final nanti..
tapi alhamdulillah dapat la jugak kutip ilmu yang tak
seberapa daripada team2 nih.. dapat tgk mcm mana
diorang warm-up seblom game..
warm up diorang bukan sekadar throwing dan batting
saje.. banyak nder yang kita perlu belajar..

lagi gambar kat : http://picasaweb.google.com/epit2303
masa amek gambar tuh terpikir..
beshnya la kalu ada dslr.. kekeke...

Thursday, December 10, 2009

Pelat atau Slang ?

satu lagi pencapaian untuk astro
khususnya dalam rancangan sukan yang
disiarkan di siaran espn 811..

seblom nih dah disiarkan sportcentre edisi Malaysia..
baru2 nih pulak dah dilancarkan edisi Malaysia yang
berbahasa Malaysia..

aku sempat tgk edisi sportcentre yang berbahasa malaysia
beberapa kali.. daripada apa yang aku perhatikan..

1. pembaca berita : aku tatau sama ada nak cakap pembaca
tuh pelat atau mmg dia cakap jenis mcm tuh..
bahasa malaysia slang omputeh boleh jadi..
tak berapa nak fasih cakap melayu la senang nak cakap..
skrip pun 'direct translation' drp b.i ke b.m..

2. terjemahan tajuk berita : apa yang korang paham dengan
'kaka kecai' ? puas aku mikir nder yang dimaksudkan dengan
'kaka kecai tuh'.. ada lagi beberapa perkataan.. tapi dah tak
berapa ingat dah.. tunggang-langgang jadinya..

harap pihak berkenaan amek serius dengan perkara di atas..
cari betul pembaca dan penterjemah yang dapat A1 dalam
paper BM SPM..

Wednesday, December 9, 2009

Terima Kaseh Tuan Presiden..

Daripada malam kelmarin lagi dah dapat berita
pasal Pahang telah 'dinaikkan pangkat' ke dalam
MSL 2010..


Mmm.. nak cakap ini berita gembira tak jugak..
sebenarnya perkara nih mmg dah dijangkakan
berdasarkan peristiwa2 yang berlaku kebelakangan ini..


secara langsung atau pun tidak..
berita ini dah pun menimbulkan rasa tak puas ati
penyokong2 lain kepada pasukan pahang..


puncanya ?
suara2 sumbang yang mengatakan bahawa pahang
adalah anak emas FAM.. yang mana Presiden FAM
tuh secara kebetulannya adalah Tuanku Sultan Pahang..
mcm2 tohmahan yang dilemparkan..


betul la kata sorang forumer dlm satu forum tuh..
yang tak merasa marah adalah geng2 tokgajah.com ajek..
tapi yer laa.. bukan penyokong2 yang nak sangat..
orang dah kasik tuh kebasshhh jek laa -> sudin 'bujang lapok'..


tapi sedikit sebanyak..
penyokong pun merasa tempias dia..
cacian2 tuh buat penyokong panas telinga jugak..


tapi tade arah laa.. keputusan pun dah dibuat oleh
Majlis Tertinggi FAM.. bukan oleh Presiden sorang jek..
naper tak disalahkan pak2 hangguk sekelian dalam
jawatankuasa tuh..


bagi aku sendiri..
aku lebih suka main kat liga bawahan jek dulu..
player2 muda.. biar diorang bina konfiden masa lawan2
pasukan yg sama taraf dia.. bina pasukan dari bawah..
naik pun dari bawah.. dengan usaha sendiri..
buat apa bangga dengan nak main liga elit kalu
baju yang dipakai gedoboh sangat.. tak padan dengan
badan masing2..

apa pun aku ucapkan selamat berjaya kepada
pasukan pahang dalam mengharungi MSL 2010..