Showing posts with label education. Show all posts
Showing posts with label education. Show all posts

Thursday, August 1, 2013

Apa Lagi Mak Bapak Mauuuu!



Apa kaedah yang terbaik untuk mendidik, memberi pengajaran, hukuman terhadap pelajar-pelajar yang tidak buat kerja rumah atau tidak mahu belajar ? Ada ? Ada ?

Patutlah anak-anak ramai yang tak menghormati cikgu.. Tak hairan kalau mak dan ayahnya jenis orang yang menghantar mesej di atas.. Tak bley cuit langsung anaknya walaupun terang2 anaknya bersalah.. Jadi apa point mak bapak tuh hantar anak-anak mereka ke sekolah ?

Dah namanya pelajar, dah tentunya mereka terikat dengan peraturan dan disiplin pihak sekolah untuk memastikan mereka mematuhi peraturan, mempunyai disiplin diri yang tinggi serta menghormati orang lain..
Kalau dah rasa anak-anak tak boleh diusik.. Eloklah kalau mak bapaknya jadi cikgu anak masing2.. Itu lebih afdal.. Nak tonggang terbalik takde saper peduli..

Cikgu2 nih takde la kebulur sangat nak marah, pukul, rotan anak orang.. Banyak lagi yang cikgu nak fikirkan.. Tapi dah namanya cikgu tuh, mana mungkin boleh tgk kepincangan yang berlaku kat depan mata.. Rasa tercabar bila kerja yang diberikan tak disiapkan.. Rasa mcm tak dihormati.. Pelajar2 seolah2 memperlekehkan cikgu2.. "Alaaa.. takper tak buat pun.. Cikgu bukan boleh buat apa pun.." Jika dibiarkan seorang murid yang bersikap mcm tuh, nescaya esok2 akan bertambah jumlah yang tak buat kerja..

*apdet

2 hari lepas timbul berita bapak report polis kes anak kena rotan sebab tak siap kerja sekolah.. Parah macam nih.. Lepas nih kalau cikgu tuh tak cara ke anak dia, cakap cikgu pulau pulak.. Timbul pulak isu lain.. Susah2 sangat, semua yang cikgu buat tak kena, elok laa kalau bapak nih ajar anak dia sendiri kat rumah.. Takde saper2 nak kacau anak dia.. Tak buat kerja sekolah pun takde orang marah..

Teringat zaman2 cikgu skolah rendah dulu.. Macam mana la agaknya kalau anak2 mereka nih belajar ngan cikgu Bang Yock Tang yang garang tu.. Buku latihan kena lempar dari tingkat 3 dgn Cikgu Saleha.. Kena pukul tapak tangan ngan Puan Kay dengan serpihan kayu kusi, kena lempang dengan cymbal dengan cikgu syed, kena panggil dengan panggilan istimewa dengan cikgu sh. murad.. Hmmm..

Tuesday, August 23, 2011

SAPS - Sakit Ati Plus Stress!


Akronim kat atas telah digunakan oleh seorang sahabat dalam wallpostnya di FB..
Hehehe.. Agak2 memang kena la kot..
Sakit hati dan stress lepas berkali-kali masukkan markah, tov dan etr tapi last-last
kuar error.. haish! Rasa macam nak hantuk-hantuk kepala kat dinding!..


Untuk makluman semua, SAPS nih ialah Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah..
Sistem yang membolehkan cikgu-cikgi key-in markah, tov dan etr dan markah-markah
tersebut boleh dilinkkan terus dengan Kementerian..


Memang diakui sistem ini sebenarnya banyak kebaikannya.. Tapi ia juga dilihat mempunyai
banyak kelemahan.. Banyak yang perlu diperbaiki terutama keupayaan server untuk 
menampung pengguna yang ramai dalam satu-satu masa..

Friday, July 10, 2009

Memperkasakan Bahasa Inggeris


Ada 12 perkara yang digariskan kabinet untuk memperkasakan bahasa Inggeris
selepas PPSMI dimansuhkan pada 2012 nanti..
Aku kongsikan 3 daripada 12 perkara tersebut sebab 3 perkara nih memang
melibatkan aku secara langsung :
1. Waktu BI sekolah kebangsaan tahap 1
ditambah daripada 240 minit (7 waktu)

kepada 330 minit (11 waktu) seminggu.
Manakala tahap 2 pula daripada 210 minit (6
waktu) kepada 300 minit (10 waktu) seminggu.


2. Memperkenalkan program sastera
kontemporari kanak-kanak BI kepada semua

murid Tahap 2 untuk mengukuhkan minat
membaca, di samping memperkenalkan

unsur sastera.

3. Memberi penekanan tatabahasa BI dalam
pengajaran dan pembelajaran.

Senyum dan ikhlas..
sesungguhnya aku yang menurut perintah..

Thursday, July 9, 2009

PPSMI Dalam Kenangan..



setelah sekian lama isu ini diperdebatkan.. akhirnya keputusan telah diumumkan.. ppsmi akan dimansuhkan untuk semua aliran mulai 2012.. keputusan kabinet ini mengubah dasar pengajaran dan pembelajaran PPSMI yang mula dilaksanakan pada tahun 2003 dlu..

bagi aku ada pro dan konnya..

pro ?

kalu tengok dari statistik keputusan peperiksaan UPSR 2008 yang ditunjukkan oleh pak menteri.. memang menunjukkan sedikit penurunan.. murid terutamanya yang kat area luar bandar tuh atau murid yang kebolehannya 50-50.. mungkin tak paham kehendak soalan.. tak paham istilah.. dan sebagainya.. jadi, dengan pemansuhan ppsmi nih dapat memudahkan murid luar bandar memberikan keyakinan untuk mereka belajar dengan lebih efisyen dan menjwab soalan pekse dengan lebih yakin..

ramai yang bersetuju dan gembira dengan keputusan ini.. bagi guru-guru yang terpaksarela mengajar.. berita ini mungkin menggembirakan mereka.. seblom nih banyak mengadu payah nak ngajar.. payah nak cakap bahasa inggeris.. budak tak paham.. kena datang kelas tambahan 'buddy support' lagi.. akhirnya.. 2012 nti dah tak payah nak pikir dah pasal hal nih.. -> yang nih lebih tepat kot.. kekeke..

kon ?

bagi aku yang terlibat secara langsung.. aku ngajar di skolah kategori luar bandar.. daripada pengalaman dan tinjauan aku.. walaupun terdapat kepayahan budak untuk memahami.. tapi sebenarnya banyak yang budak dapat belajar.. vocabulary diorang bertambah.. kemahiran membuat ayat dalam bahasa inggeris bertambah baik.. kemahiran bercakap lebih menyerlah.. kalu tanya soalan.. diorang akan bagi jawapan dalam bahasa inggeris.. serius..

bagi aku.. ppsmi tade masalah.. murid pun bukan masalahnya.. apa yang perlu ditekankan ialah cikgu-cikgunya.. kursus 3 bulan takkan mampu menghasilkan guru yang fasih berbahasa inggeris.. kalu nak buat.. cuba buat kursus berterusan.. KDC ke.. janji input yang diberikan kepada cikgu-cikgu tersebut berterusan.. bukan input pada peringkat awal jek.. baru laa output nanti akan lebih berkualiti..

aku quote sket apa yang Tun Mahathir ckp smlm..

''Kita perlu menghadapi masa yang susah, ini amat penting bagi masa depan
anak cucu dan negara, maka kita harus menghadapi cabaran pada peringkat awal.


''Saya yakin guru-guru kita boleh mengajar dalam bahasa Inggeris,"
katanya. ''Kalau boleh melatih guru-guru bahasa Inggeris kenapa tidak boleh
latih guru Sains dan Matematik, kita perlu belajar kerana ia amat penting bagi
masa depan anak-anak kita," katanya.
"