Thursday, November 26, 2009

Salam Aidil Adha 1430h


di kesempatan ini aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan
selamat hari raya aidil adha 1430h kepada semua ghodong bloggers..

2010 : Tiada Kelibat Sofbol Dalam MSSM

sebenarnya lama dah dgr citer nih..
tapi masa taklimat pengurus pasukan masa
kejohanan u16 baru nih khabar tuh menjadi
semakin jelas.. semer bercerita pasal hal nih..

khabarnya tahun depan akan hanya tinggal 12 jenis
permainan je dalam kalender MSSM.. permainan berpasukan
yang mempunyai ahli yang ramai kebanyakkan hilang
daripada senarai.. kecuali yang ada sponsor besor macam
kah-se-beg dan carisbrook..

naper la sampai jadi mcm nih..
gawat sangat agaknya sampai terpaksa potong bajet
untuk program pembangunan atlet muda..
janganla kerana nak merealisasikan 1MF1 team
sampai terpaksa menafikan hak anak2 nih..

kesian untuk yang tahun 6, tingkatan 3 dan tingkatan 5
yang nak sijil penyertaan untuk peringkat yang tertinggi..

harap dan berdoa..
terbuka ati saper2 yang buat keputusan ni
untuk kembali memikirkan peluang untuk
anak2 ini mempersembahkan bakat dan potensi mereka..

Wednesday, November 25, 2009

Satu Lagi Tahun Gemilang Sofbol Pahang..


Alhamdulillah..
21 - 23 November yang lalu telah berlangsung Kejohanan Sofbol
Kebangsaan Bawah 16 tahun 2009.. Tahun nih kejohanan dilangsungkan
di Ipoh, Perak. Venue kejohanan bertempat di Taman Dr. Seenivasagam..
Kontinjen Pahang bertolak ke Ipoh pada hari Jumaat 20 November jam
8.30 pagi.. Sebanyak 2 team lelaki dan 2 team perempuan dari Pahang
telah menyertai kejohanan kali ini..
Kali nih aku handle team Perempuan A.. bereputasi sebagai juara bertahan
dalam kejohanan tahun lepas di Melaka.. kebanyakkannya adalah player senior
yang telah aku kenali sejak daripada team bawah 12 tahun dulu..
Team nih menepati ramalan untuk ke final..
sayangnya masa final kami tewas 6-8 kepada pencabar tradisi, Terengganu..
overall aku bangga dengan team nih.. dari awal sampai final..
masa final kami agak lambat panas sampai Terengganu leading 4 larian
sampailah kami bangkit untuk merapatkan jurang masa inning terakhir..
tapi kebangkitan tak mencukupi.. tahun nih terpaksa melepaskan
gelaran yang baru setahun dipegang.. tade rezeki..
rezeki yer jugek.. nasib pun yer..
aku sedikit ralat dengan beberapa keputusan umpire yang sedikit
sebanyak memberikan impak kepada game..
tapi nder dah lepas.. simpan jek la dalam ati..
semoga tahun depan softball Pahang akan lebih cemerlang..
tahniah juga kepada team lelaki Pahang A yang telah
berjaya menjuarai kejohanan.. tak ketinggalan team B lelaki
dan perempuan yang menunjukkan persembahan yang menyakinkan..

'6th u16 Softball National Championship 2009'


'6th u16 Softball National Championship 2009'
Boys u16
1. Pahang A
2. Terengganu A
3. Penang
4. Johor A
Girls u16
1. Terengganu
2. Pahang A
3. Perak
4. Penang

Wednesday, November 11, 2009

Kursus Kejurulatihan Sofbol MSS Pahang 2009

Lama betul rasa tak berupdate blog nih..
dah ada sawang2 yang kelihatan..
kekeke..

Akhir2 tahun macam nih mmg agak sibuk..
mcm2 nder yang datang.. tak sempat nak abes satu..
datang lagi 3.. tak sempat abes yang tiga tuh..
datang lagi 5..

arini baru jek abes 'kursus kejurulatihan sofbol
mss Pahang 2009'.. kursusu tersebut telah bermula
pada ahad yang lalu dan disertai oleh kira2
45 orang guru seluruh Pahang..
aku terlibat secara langsung dalam kursus ini
sebagai penceramah dan fasilitator..

bukan la pandai sangat..
tapi berkongsi ilmu dan pengalaman yang ada
bersama cikgu yang baru nak menceburi bidang nih..
kalu ikutkan kursus 2 hari setengah nih tak mencukupi
untuk memahirkan guru terbabit.. tapi rasanya cukuplah
untuk guru-guru terbabit mempraktikkan ilmu yang diperolehi
untuk membina pasukan sekolah masing2 bila kembali
ke sekolah nanti..

diharap dengan ilmu yang dicurahkan tersebut membolehkan
mereka melahirkan pemain-pemain softball negeri
yang berbakat dan berwibawa..

chaiyok!

Sunday, November 1, 2009

Biarlah Bulan Bicara Sendiri..


malam td masa tgh layan bola kat tibi dalam 9.30 malam..
adik yang bongsu dapat msg dari kawan dia suh tgk bulan..
mula2 tak la teruja sangat.. biasalakan..
pastuh tergerak ati nak turun tgk jugak..
subhanallah.. mmg ajaib..
tatau la sains menamakan fenomena nih sebagai apa..
tapi bila tgk tuh timbul la jugak rasa gerun pada
kekuasaan Allah.. tak penah lagi tgk situasi mcm nih..
bulan dikelilingi bulatan awan..
sori la.. gambo tak clear sebab kamera tak power..
kekeke..

lepas pada tuh berturut2 dapat msg dari kengkawan
suh tgk bulan tuh.. kekeke.. sori kengkawan..
aku dah tgk awal2 lagi..