Wednesday, November 25, 2009

Satu Lagi Tahun Gemilang Sofbol Pahang..


Alhamdulillah..
21 - 23 November yang lalu telah berlangsung Kejohanan Sofbol
Kebangsaan Bawah 16 tahun 2009.. Tahun nih kejohanan dilangsungkan
di Ipoh, Perak. Venue kejohanan bertempat di Taman Dr. Seenivasagam..
Kontinjen Pahang bertolak ke Ipoh pada hari Jumaat 20 November jam
8.30 pagi.. Sebanyak 2 team lelaki dan 2 team perempuan dari Pahang
telah menyertai kejohanan kali ini..
Kali nih aku handle team Perempuan A.. bereputasi sebagai juara bertahan
dalam kejohanan tahun lepas di Melaka.. kebanyakkannya adalah player senior
yang telah aku kenali sejak daripada team bawah 12 tahun dulu..
Team nih menepati ramalan untuk ke final..
sayangnya masa final kami tewas 6-8 kepada pencabar tradisi, Terengganu..
overall aku bangga dengan team nih.. dari awal sampai final..
masa final kami agak lambat panas sampai Terengganu leading 4 larian
sampailah kami bangkit untuk merapatkan jurang masa inning terakhir..
tapi kebangkitan tak mencukupi.. tahun nih terpaksa melepaskan
gelaran yang baru setahun dipegang.. tade rezeki..
rezeki yer jugek.. nasib pun yer..
aku sedikit ralat dengan beberapa keputusan umpire yang sedikit
sebanyak memberikan impak kepada game..
tapi nder dah lepas.. simpan jek la dalam ati..
semoga tahun depan softball Pahang akan lebih cemerlang..
tahniah juga kepada team lelaki Pahang A yang telah
berjaya menjuarai kejohanan.. tak ketinggalan team B lelaki
dan perempuan yang menunjukkan persembahan yang menyakinkan..

No comments:

Post a Comment