Showing posts with label skkp. Show all posts
Showing posts with label skkp. Show all posts

Thursday, August 4, 2011

Kisah Benar


Ini kisah benar!
Berlaku di sekolah tempat aku mengajar..
Tak sampai sebulan pun lagi umur cerita ini..
Kisah yang boleh dikategorikan sebagai SG yang memerlukan PARENTAL GUIDE
bagi kanak-kanak yang berumur 13 tahun ke bawah..


Kisah seorang murid lelaki tahun SATU yang telah membunuh seekor kucing dengan kejam.. Kucing tersebut telah dipijak-pijak perutnya dan dicampakkan ke dalam kolam ikan di dalam kawasan sekolah.. Bersebelahan dengan bilik guru besar.. Ganas tak ? Ganas la tuh.. Bagi orang biasa nak bunuh tikus yang masuk dalam rumah pun ada perasaan tak tergamak tuh.. Apatah pulak lagi kucing.. Haiwan peliharaan yang dibelai-belai oleh pemiliknya..


Tak pernah terbayang oleh kita seorang murid yang baru berusia 7 tahun sanggup melakukan perkara tersebut.. Kalau tengok muka memang tak percaya.. Naif sangat.. Tapi apa yang buat dia terdorong untuk melakukan pembunuhan tersebut..


Mungkinkah televisyen memainkan peranan utama untuk menjadi influence kepada mereka ?
Terlalu banyak disogokkan dengan cerita bercorak gangster, kongsi gelap, bunuh sana.. bunuh sini, Nilai nyawa terlalu murah. Ini yang kanak-kanak belajar melalui apa yang mereka lihat..
Dalam hal ini, ibu bapa perlu memainkan peranan mereka dalam mengawal bahan-bahan yang ditonton oleh anak-anak mereka sewaktu di rumah.. 
Bimbang juga apa akan jadi pada mereka jika tak terkawal daripada
sekarang.. 


Mohon Allah swt melindungi anak-anak kita daripada terus dikelabui dengan unsur-unsur negatif yang boleh merosakkan masa hadapan mereka..

Tuesday, December 29, 2009

Amanah Besar..


Tahun 2009 hampir melabuhkan tirainya.. manakala tabir untuk
tahun 2010 bakal disingkap tak berapa lama lagi..

2009 banyak meninggalkan kenangan manis untuk aku..
terutama dalam bidang profesion keguruan.. khususnya dalam
bidang kejurulatihan sofbol..

2010 akan menjanjikan cabaran yang lebih getir untuk ditempuhi..
awal2 lagi dah nampak..

Dalam mesyuarat pengurusan guru yang pertama baru nih..
aku telah terpilih sebagai salah seorang guru kelas..
bayangkan.. selama 9 tahun aku mengaja.. inilah kali
pertama aku diberikan amanah yang aku rasakan cukup besar..
apa pun aku akan pikul tugas nih sebaik mungkin..
menunaikan amanah besar yang telah dipertanggungjawabkan
kepada aku..

azam aku tahun nih.. 'tahun ini lebih baik drp tahun lepas'..

Wednesday, October 21, 2009

Kes Lagi..

Dalam bnyk2 tahun 6.. tahun 6 tahun nih la yang
paling banyak menimbulkan masalah..
walaupun tak semer yang terlibat..
tapi perbuatan mereka tuh mencemarkan
tingkahlaku baik murid2 yang lain..
lepas satu.. satu masalah yang timbul..
tak abes2..

Kali nih kes 19 orang budak tahun 6 blasah
seorang murid tahun 5.. kebetulan pulak murid
tahun 5 tuh adalah anak cikgu skkp jugak..
kalau nak bercerita mmg la panjang..
bley refer kat blog :

http://coretankisahsemalam.blogspot.com

antara budak tahun 6 yang terlibat tuh pulak..
adalah murid yang terlibat dengan kes pecah
kedai buku yang ada aku cerita baru2 nih..
tak serik2..

pagi nih PPD nak berkampung bersemuka dengan
ibubapa murid2 yang terlibat..
harapnya dapatla capai keputusan yang memuaskan..
yang dapat memberi pengajaran berguna kepada
murid2 tersebut..

janganla hanya kerana nak menjaga nama baik..
kes nih dipendamkan macam tuh saje..
makin naik lemak budak2 tuh besok..

selamat bermesyuarah!

Monday, September 28, 2009

Alahai Anak Muridku..

kehangatan syawal masih terasa..
mmg raya tahun nih banyak berjalan jugak..
raya ke 3 dah abes dah duit raya yang nak diberi..

skolah pun dah dibuka pada hari nih..
melangkah masuk ke skolah dengan azam baru..
kekeke..

duduk jek kat anjung dah dapat berita terhangat abad ini..
ia tentang seorang murid dan seorang bekas anak murid
yang membuat operasi menceroboh dan mencuri kedai buku..

masa assembly GB sebut pasal nder nih..
khamis malam jumaat sblom raya tuh punya insiden..
tgh2 org lain berterawih.. 2 orang budak nih menjalankan
aktiviti mencari duit raya.. last2 kantoi ngan pengawal
keselamatan.. citer jadi panjang sampai pengetahuan
GB, GPK, mak bapak budak terbabit dan Pegawai Perhubungan PDRM sekolah..

Tatau la budak2 skang nih..
influence mana yang diorang amek..
sorang tuh budak tahun 6.. baru lepas UPSR..
mmg kena bambu teruk semua budak tahun 6 lepas assembly tadi..
sorang lagi ex-student yang skang nih tingkatan 2..
masa skolah dulu org cakap 'juruh' jek budaknya..

tapi.. bila kenang2 smula..
mungkin jugek secara kebetulan..
bapak budak 2 orang nih ada sejarah
menghentam, mengkritik, mengomen dan marah
cikgu sbb hal2 anak diorang dlu..
cari salah walaupun hal yang baik untuk anak mereka..
skang.. makan tuan kot..

kalau la aku dapat tgk air muka bapak2 budak tuh
masa tau anak dia kena tgkap..

Tuesday, September 8, 2009

Selamat Berjaya..

selamat berjaya untuk semua anak didik
tahun enam.. sk kampong padang, kuantan..

moga tabah menghadapi kertas soalan..
tenang dengan ujian yang mendatang..
tempuhi semua cabaran dengan hati yang bersih..

moga apa yang dipelajari selama 6 tahun nih..
akan dapat diterjemahkan dengan keputusan cemerlang kelak..

Insyaallah..

Thursday, August 20, 2009

Rezeki Sekolah Tepi Jalan..

sekolah aku terletak di tepi jalan utama..
sgt hampir dengan exit kuantan di lebuhraya pantai timur..

apa yang rezekinya ?
rezeki orang melawat dan memantau..

minggu nih saje dah 3 kali orang datang melawat..
isnin : rombongan penolong pengarah jpnp..
selasa : nazir persekutuan
khamis : pegawai jpnp..

tatau la apa isu sebenarnya..
bnyk sgt versi dari mulut ke mulut..
redha jek la..

Wednesday, July 29, 2009

H1N1 a.k.a Selsema Khinzir



perkembangan terkini tentang h1n1 (naper takut sangat nak sebut selsema babi)..
kolej profesional mara, indera mahkota yang terletak dalam 4km
dari skolah aku dah terkena bahang daripada gejala nih..
dah dikuarantin selepas 4 orang pelajarnya disahkan positif h1n1..
dah tak jauh kpm dgn skolah aku...
baru jap tadi pegawai kesihatan datang untuk bagi taklimat kepada murid2..
tatau dowang nak buat bila..
blom finalise lagi..
keadaan semakin membimbangkan..
dah boleh pi cari topeng petang nih..

Kempen Derma Darah

jumaat nih dah dijadualkan program derma darah kat skolah aku..
sempena bulan kecergasan dan program rimup..

borang2 dah diedarkan untuk ibubapa yang nak volunteer..
survey untuk cikgu pun dah dibuat..

aku ?
dah amek CRK untuk balik kampung isteri :)
bukan sbb nak lari.. (walaupun aku takut tengok darah banyak2..)
tapi kalu ikut planning awal..
kami nak ke kelantan.. jadi amek CRK untuk gerak pagi jumaat..

p/s : teringat kat samyvellu bila terkenang ke program derma darah nih.. kekeke..

menderma amalan mulia..

Tuesday, July 14, 2009

Galah Panjang

tadi masa pj dah cuba perkenalkan permainan galah panjang
nih pada budak tahun 4m.. dah namanya budak..
nak2 yang kaki main tuh.. ajar sekejap jek dah bley cepat menguasai dah..
aku pun turut serta mengeluarkan peluh main ngan dowang..
bley tahan jugak la mengahnya..

lepas cari2 dalam tenet.. jumpa jugak cara permainan nih kat wikipedia..

macamana nak main ?

1. Cara permainan galah panjang tidaklah sesukar mana tapi ia dapat menguji kepintaran, kecekapan dan kepantansan setiap pemain.

2. Gelanggang galah panjang di lakar diatas tanah yang lapang.
Panjang dan lebar bergantung kepada pelukis garisan dan bilangan pemain.
Selalunya satu petak galah panjang berukuran lebih kurang 2 meter x 1.5
meter.

3. Selepas pemilihan dilakukan, setiap kumpulan akan melakukan pemilihan ketua. Ketua dari kedua-dua kumpulan akan mengundi siapa yang menjaga gelanggang dan siapa yang menempuh gelanggang.

4. Selepas penentuan, kumpulan yang menjaga gelanggang akan menjaga gelanggang dengan berpijak diatas garisan yang dilukis tadi. Ketua akan menjaga garisan tengah dan bebas pergi kemana-mana garisan depan atau belakang.

5. Kumpulan menempuh gelanggang akan berkumpul di depan, seterusnya ketua akan menyapakan tanganya dengan ketua pihak lawan. Seterusnya mereka berlari masuk ke dalam gelanggang.

6. Penjaga akan mejaga kawasannya agar pihak penempuh tidak melepasi garisan yang dijaganya.

7. Penempuh akan menempuh sampai melepasi garisan paling akhir tanpa disentuh oleh penjaga gelanggang dan kemudiannya berpatah balik.

8. Kemenangan tercapai apabila orang yang telah melepasi garisan paling akhir melepasi garisan permulaan. Dan permainan diteruskan sehingga ada pemain yang ingin berhenti.


Permainan ini sebenarnya bergantung kepada kepakaran seorang ketua atau ibu untuk mengawal gerakan anak buah bagi pihak yang mengawal gelanggang.
Manakala kecekapan dan kepantasan teruji kepada pihak yang menempuh gelanggang.
Jika pihak menempuh gelanggang mempunyai kebijaksanaan menempuh gelanggang,
maka mereka boleh menang dengan mudah.

aku ada plan gambar gelanggang dia.. nak share kat sini tapi nak load gambar slow tahap
cipan tenuk zoo melaka punya.. lain kali jek laa..

Monday, July 13, 2009

Bulan Kecergasan Peringkat Sekolah 2009

Dijadualkan bermula minggu nih..
ari rabu masa koko..

antara aktiviti yang akan dijalankan masa bulan kecergasan nih
adalah permainan tradisional seperti sepakraga bulatan, congkak,
galah panjang dan ketingting.. turut dalam senarai ialah
pertandingan gimrama yang dijadualkan pada minggu akhir Julai..

masa assembly tadi dah diberikan tugasan guru2..
aku incharge aktiviti tahun 4 : galah panjang..
dlu masa kecik2 mmg famous la permainan nih..
skang nih cara bermain igt lagi..
tapi cara mcm mana skor tuh dah agak2 lupa sket..
maklum ler.. lama btul tak main..
nak kena ajar budak lagi..
budak2 skang nih bukannya tau nak main..
mmg aku la kena main sama nampaknya..
kekeke.. can't wait..

Monday, June 29, 2009

Nak Kena Observe!


Lepas assembly tadi..
ada morning prayer.. perjumpaan guru2 ngan GB..
lepas GB cakap beberapa perkara.. last2 dia bunyi :

"saya dah letak kertas nih kat buku kedatangan dah seminggu dah..
RS sorang je yang respond.. orang lain buat tatau jek..
saya anggap mereka nih tak menghormati arahan saya..
kalau la Pengarah dok kat tempat saya bla... bla.. bla.. bla...
lepas nih saya mintak SD, SNM dan AS jumpa saya untuk tetapkan
masa saya nak observe anda.."

gitu la lebih kurang.. bukan sebijik2 apa yang dia cakap..

aiseh.. bab2 nak observe nih memang aku lemah..
last aku diobserve tahun 2004 dengan pegawai PPK..
time tuh aku adalah pioneer projek Multiple Intelligence..

skang nih tahun 4 yang aku ajar tengah topik 'transport'..
kepala berpinor rasa nak prepare aktiviti dan bbm..
worksheet dah soheh2 tak bley nak buat..
maklumlaa.. skang nih skolah tengah gawat kertas..

masih memikir..
any ideas ?

Wednesday, June 17, 2009

Jauh Perjalanan Luas Pemandangan ?


Alhamdulillah..
skolah aku dapat satu blok 4 tingkat
bangunan baru.. dah sampai masa dah
untuk penambahan bangunan tuh dibuat
sebab bangunan yang ada skang nih dah tak mampu
untuk menampung jumlah murid yang semakin bertambah
sejak bnyk perumahan baru dibuka di sekeliling skolah..

tapak pembinaan untuk bangunan baru tersebut adalah terletak
di dataran ilmu.. tempat murid2 skkp berhimpun setiap pagi
isnin dan khamis..

proses pembinaan dah pun bermula sejak beberapa minggu yang lalu..
dijangkakan projek ini akan memakan masa sehingga pertengahan tahun depan..
skang nih kawasan pembinaa tersebut telah dipagar cantik dengan
zink kaler biru..

guru-guru dan murid terpaksa berjalan jauh mengelilingi padang untuk
ke bangunan kelas 2 tingkat.. ada cikgu yang terpaksa berulang-alik keliling
padang 3 kali sehari (aku ler tuh!).. kalu diikutkan jarak yang dikumpul-kumpul
tuh bley mencecah 1.8km.. cukup bulan berat aku makin turun.. kekeke..
satu jenis exercise yang memberikan kesan segera..

doa aku.. cepat la bangunan tambahan nih siap..
tak sanggup dah rasanya nak berjalan kat tgh padang time panas terik
dan ujan lebat..