Monday, June 29, 2009

Nak Kena Observe!


Lepas assembly tadi..
ada morning prayer.. perjumpaan guru2 ngan GB..
lepas GB cakap beberapa perkara.. last2 dia bunyi :

"saya dah letak kertas nih kat buku kedatangan dah seminggu dah..
RS sorang je yang respond.. orang lain buat tatau jek..
saya anggap mereka nih tak menghormati arahan saya..
kalau la Pengarah dok kat tempat saya bla... bla.. bla.. bla...
lepas nih saya mintak SD, SNM dan AS jumpa saya untuk tetapkan
masa saya nak observe anda.."

gitu la lebih kurang.. bukan sebijik2 apa yang dia cakap..

aiseh.. bab2 nak observe nih memang aku lemah..
last aku diobserve tahun 2004 dengan pegawai PPK..
time tuh aku adalah pioneer projek Multiple Intelligence..

skang nih tahun 4 yang aku ajar tengah topik 'transport'..
kepala berpinor rasa nak prepare aktiviti dan bbm..
worksheet dah soheh2 tak bley nak buat..
maklumlaa.. skang nih skolah tengah gawat kertas..

masih memikir..
any ideas ?

Sunday, June 28, 2009

Makin Parah!

Dah tinggal 5 game lagi perlawanan dalam MSL 2009.. kedudukan pasukan
kesayangan aku makin lama.. makin parah.. malam tadi menjadi mangsa
belasahan pasukan kelab KM Naza di Alor Setar 0-4..
parah.. parah..

Dalam 3-4 tahun kebelakangan ini..
persembahan pasukan pahang adalah di bawah tahap pemain bolasepak profesional..
tahun ini aku rasa yang paling buruk skali..
pahang dah hilang status elitnya..
skang dah jadi status 'pasukan budak skolah'..

Kat mana silapnya..

player muda tak berpengalaman ?
gaji tak dapat 5 bulan ?
jurulatih tak berwibawa ?
majikan tak jaga kebajikan ?
player protes ?

Ntahlaa.. aku pun tade jawapan..
semakin hari kaki makin berat nak melangkah ke stadium darul makmur..
nak tgk diorang main pun jadi dah tak bernapsu..
tambah dosa ngan memaki lagi ada..

pendapat aku untuk masa depan :

1. skuad muda yang ada skang dah okay.. aku harap mereka dikekalkan..
diorang cuma kurang pengalaman.. untuk itu panggil balik pemain2 senior
pahang balik musim depan.. shahril faizal, khairulnizam haniff, juzaili sameon
dan fadzli shaari.. 4 orang nih bley guide player muda yang lain kat tgh padang..

2. panggil jurulatih lain.. skang nih pusing2 DS, ZAH.. tak pun TN..
dlu ada jugak dgr nak panggil FA.. tah.. senyap jek lepas tuh.. bagi la bervariasi sket..

3. tukar strategi main.. 3 org coach tuh.. coraknya sama jek..
asyik2 long pass.. defends anta jauh.. striker kejor.. masuk 2nd half..
smer abeh napas.. tukar2 laa..

4. tuka orang atasan.. bagi orang yang berpengalaman dalam bolasepak yang
handle.. taktikal jurulatih usah dicampur.. bagi kebebasan sepenuhnya..
gaji player kena jaga.. cukup bulan bayor gaji.. jangan biar tertunggak..
player pun ske.. bile ati ske.. main pun cantik.. ati tak risau..

aku doakan pahang kembali sebagai pasukan elit musim depan.. Insyaallah!
sebenarnya masih ramai yang sayangkan bolasepak pahang..
awokmer jer buat tatau.. rindu rasanya
nak tengok pahang kembali hebat dan stadium darul makmur kembali
dipenuhi penyokong..

Wednesday, June 24, 2009

Kena Belasah!


Selain daripada game MSL malam tadi..
Turut berlangsung perlawanan pusingan ke 2 AFC Cup 2009..
Wakil Malaysia yang turun beraksi malam tadi adalah pasukan Kedah..
Pasukan double-treble..

Lawan Kedah mlm tadi adalah pasukan Binh Duong FC dari Vietnam..
Team yang bukan calang2 dalam V-League.. 4 import.. 6 national players..
Kedah turun dengan semer local players..

Keputusan ?
Binh Duong FC 8 - Kedah FA 2

Aku tak berminat nak memperkatakan tentang kekalahan tersebut..
Aku respect team Kedah yang berjaya sampai ke Round 16 dalam
kejohanan tersebut walaupun dengan barisan serba kekurangan jika
nak dibandingkan dengan team2 yang lain..

Pada pendapat aku..
Ini adalah kesan daripada idea BODOH F*M yang mengharamkan
penggunaan pemain import.. Kita tak boleh nak bersaing dengan
team yang mempunyai import yang bagus..
dalam perlawanan tersebut.. pemain import Binh Duong
memainkan peranan yang sangat penting dalam gol2 pasukan tersebut..

Aku masih memikirkan apa rasional pengharaman pemain import kat Liga M..
Kenapa nak banned sedangkan yang bermasalah cuma beberapa pasukan saje..
Kalu team tuh mampu bayar gaji.. lantak laa diorang nak amek player import..

kalu nak kata import yang dipilih sama level dengan pemain tempatan..
itu masalah FA terbabit yang membabi-buta dalam pemilihan..
tangkap muat jek..

Lagi alasan yang digunakan oleh orang atasan F*M..

"dengan adanya pemain import.. kita tak dapat melahirkan striker kebangsaan
yang berkualiti"

Adeh.. dangkalnya alasan.. Pokok pangkalnya atas player tuh sendiri..
diorang bley bersaing + blaja dengan player import..
kutip ilmu sebanyak mungkin..


Agaknya keputusan-keputusan mcm game semalam
yang diharapkan oleh F*M.. Ntahlaa..

Stadium Darul Makmur, Kuantan

Malam tadi aku ngan wife berkunjung ke Stadium Darul Makmur, Kuantan
untuk menyaksikan perlawanan Liga Super antara pasukan Pahang
menentang UPB Myteam FC..

Aku bukanlah nak bercerita pasal game.. smer pun maklum yang pada ketika ini
kedudukan pasukan Pahang adalah di tempat ke 2 tercorot..
Pada mulanya cuaca agak baik.. walaupun ada tanda2 nak ujan..
angin pun sejuk semacam jek.. walaupun siangnya panas terik..
masuk jek minit yang ke 60.. ujan mula turun dengan lebat..
kami pun beransur tempat duduk dari bawah ke grandstand murah..

memang lebat btul.. sampai nampak berbalam-balam je kat tgh padang..
tak lama lepas tuh dah nampak takungan air kat beberapa tempat..
dalam 10 minit lepas tuh ujan tade tanda2 nak berhenti.. makin lebat lagi ada..
padang pun dah mula banjir.. player sepak bola pun macam dah tak larat..
aksi sliding-miding disajikan..

last2 minit ke 80.. pengadil memberhentikan permainan..
perlawanan ditangguhkan.. tatau la tangguh sampai bila..
lepas pengadil hentikan game.. aku terus ajak wife aku balik..
sebab tiket free.. tak laa terasa sangat.. kekeke...

seingat aku.. dalam 2-3 tahun nih.. dah 3 kali keadaan yang sama berlaku..
aku tak persoalkan ujan tuh.. tapi aku rasa stadium nih tade penyelenggaraan
padang yang baik.. tak dinafikan padang memang superb..
tapi bila keadaan mcm nih.. terus nampak kelemahan penyelenggaraan tuh..
aku rasa sejak kejadian yang terakhir dlu..
ada cerita sistem perparitan telah diperbaiki..
dan melibatkan kos yang agak besar..
sejauh mana kebenarannya tak la aku ketahui..
sebab kalu tengok semalam.. macam tak jek..

wallahualam..

Monday, June 22, 2009

Format Berubah (lagi!)..


Format Liga M akan dikaji semula..
berubah lagi dan lagi..

alasan kali nih nak pastikan bahawa hanya team
yang berkewangan kukuh sahaja yang menyertai
Liga M.. team2 lain yang tade duit tuh cukup la main
liga amatur jek..

persoalannya.. kalu hal nih betul2 dikuatkuasakan..
agak2 baper team yang layak untuk main..
tiap2 musim ada jek dengar persatuan tak bayar gaji
beberapa bulan.. tak bayar kwsp.. tak bayar insurans..
80% team Liga M mempunyai masalah tuh..
jadi macam tak rasional jek bila ia dijadikan alasan
untuk menukar format..

tapi aku rasa laa..
punca utamanya sebab..
err.. team Pahang dok kat no. 2 corot..
ada can turun liga tahun nih..
kekeke.. timer kaseh tuan presiden..

Sunday, June 21, 2009

emaklum web!


Bagi guru-guru atau kakitangan kerajaan..
juga pihak2 yang terbabit dengan projek2 kerajaan..
nak cek klaim atau bayaran dah masuk ke blom..
bley la layari laman web kat bawah..

http://emaklumweb.anm.gov.my/

Thursday, June 18, 2009

Hidup Nak Senang..


dalam seminggu dua nih kecoh kes orang pecah rumah
kat perumahan aku.. yang sedang mencuba nak pecah tapi
tak sempat pun banyak jugak..

boleh kata tiap2 malam ada citer pasal kes nih..
nak tido pun jadi tak lena.. risau bila memikirkan hal nih..
penat jugak mikir ttg hal orang yang nak hidup senang
dan sanggup melihat orang lain merana..
orang lain penat2 kumpul harta.. kerja siang malam..
tapi 'makhluk' nih buat harta semalaman jek..

alhamdulillah la setakat nih tade dgr lagi penghuni rumah
yang dipecah masuk tuh dicederakan..

dulu ada jugak perumahan + lorong tempat aku tinggal nih
buat SRS.. masa tuh tade la dgr kejadian2 mcm nih..
pastu bila tak mendapat sambutan di kalangan penduduk setempat..
akhirnya senyap mcm tuh jek..
yerlaa.. sian jugak kat mereka nih.. yang sanggup berjaga pun
berapa kerat jek.. agak berumur pulak tuh..
mana la nak larat tiap2 malam asyik2 diorang jek..
yang muda2 buat tatau jek..

Dah agak lama tak nampak
patrol car meronda..
dulu dari jauh lagi dah nampak lampu siren..
harap2 dapatla pegawai2 pihak berkuasa nih
meronda semula.. dah kritikal dah masalah nih..
jangan tunggu ada yang tercedera baru nak meronda..
aku cuma berdoa agar dibukakan ati pencuri2 nih..
biar insaf dan sedar.. seblom terlambat..
tapi kalu keras ati sangat..
aku doa biar kena panah petir jek
masa tgh panjat bumbung rumah orang tuh..

Aminnn....

Wednesday, June 17, 2009

Jauh Perjalanan Luas Pemandangan ?


Alhamdulillah..
skolah aku dapat satu blok 4 tingkat
bangunan baru.. dah sampai masa dah
untuk penambahan bangunan tuh dibuat
sebab bangunan yang ada skang nih dah tak mampu
untuk menampung jumlah murid yang semakin bertambah
sejak bnyk perumahan baru dibuka di sekeliling skolah..

tapak pembinaan untuk bangunan baru tersebut adalah terletak
di dataran ilmu.. tempat murid2 skkp berhimpun setiap pagi
isnin dan khamis..

proses pembinaan dah pun bermula sejak beberapa minggu yang lalu..
dijangkakan projek ini akan memakan masa sehingga pertengahan tahun depan..
skang nih kawasan pembinaa tersebut telah dipagar cantik dengan
zink kaler biru..

guru-guru dan murid terpaksa berjalan jauh mengelilingi padang untuk
ke bangunan kelas 2 tingkat.. ada cikgu yang terpaksa berulang-alik keliling
padang 3 kali sehari (aku ler tuh!).. kalu diikutkan jarak yang dikumpul-kumpul
tuh bley mencecah 1.8km.. cukup bulan berat aku makin turun.. kekeke..
satu jenis exercise yang memberikan kesan segera..

doa aku.. cepat la bangunan tambahan nih siap..
tak sanggup dah rasanya nak berjalan kat tgh padang time panas terik
dan ujan lebat..

Menanti Hari Esok..




Abes dah satu kejohanan utama..
rasa mcm lepas 1 beban dalam badan..
Alhamdulillah target menepati tahun nih untuk
team 12 girls yang aku pegang..

tapi ada rasa sedikit terkilan sebab tak dapat
membantu team lelaki 12 untuk bentuk
satu team yang lebih mantap..
ada 3 player harapan dari sekolah aku yang
aku train daripada dowang tahun 3 lagi..
aku harapkan bila dah sampai peak tahun 6..
akan dapat bentuk team yang betul2 mantap..
tapi last2 bley lari pegi main bola pulak..
frustnya aku..

apa projek lepas nih ?
aku nak concentrate betul2 untuk team girls..
material untuk tahun depan pun nampak
mcm kurang menyerlah..
tapi insyaallah dengan program yang telah
dirangka bersama dengan PT Sofbol Pahang..
aku harap tahun depan akan jadi pelengkap
'treble champions' untuk team 12 girls..

Insyaallah!

Keputusan Akhir Kejohanan Sofbol MSSM 2009


Keputusan Akhir
Kejohanan Sofbol MSSM 2009
4 - 9 Jun 2009
Batu Pahat, Johor..

L12
1. Perak
2. PAHANG
3. Johor
4. Kelantan

P12
1. PAHANG
2. Pulau Pinang
3. Perak
4. Johor

L18
1. Perak
2. Terengganu
3. Johor
4. Selangor

P18
1. PAHANG
2. Terengganu
3. Johor
4. Pulau Pinang
p/s : pics masa kejohanan bley tengok kat : http://picasaweb.google.com/epit2303

We're the National Champions!



Alhamdulillah.. satu tahun yang cemerlang untuk sofbol Pahang bagi tahun 2009..
pencapaian untuk penyertaan kali ini sangatlah memberangsangkan..
3 team masuk final.. 2 johan.. 1 naib johan..untuk tahun nih..

kategori pertandingan telah berkurang kepada 4 kategori sahaja..
berbanding 6 tahun lepas.. perempuan 12 dan perempuan 18 menepati target
untuk menjadi johan dalam kejohanan tahun nih..

lelaki 12.. walaupun tidak diletakkan harapan pada awalnya..
tapi berjaya muncul sebagai naib johan dalam satuperlawanan akhir yang mendebarkan..

lelaki 18.. kurang menjadi lepas hanya berjaya melangkah ke suku akhir..
tewas pada peringkat tersebut kepada pasukan tuan rumah, johor.
team nih merupakan team target untuk johan.. tapi tade rezeki..

moga2 kecemerlangan ini berterusan dalam tahun2 yang mendatang..

tahniah untuk semer pemain, coach dan jpnp..

we're the champions!
p/s : pics masa kejohanan bley tengok kat : http://picasaweb.google.com/epit2303