Monday, September 28, 2009

Alahai Anak Muridku..

kehangatan syawal masih terasa..
mmg raya tahun nih banyak berjalan jugak..
raya ke 3 dah abes dah duit raya yang nak diberi..

skolah pun dah dibuka pada hari nih..
melangkah masuk ke skolah dengan azam baru..
kekeke..

duduk jek kat anjung dah dapat berita terhangat abad ini..
ia tentang seorang murid dan seorang bekas anak murid
yang membuat operasi menceroboh dan mencuri kedai buku..

masa assembly GB sebut pasal nder nih..
khamis malam jumaat sblom raya tuh punya insiden..
tgh2 org lain berterawih.. 2 orang budak nih menjalankan
aktiviti mencari duit raya.. last2 kantoi ngan pengawal
keselamatan.. citer jadi panjang sampai pengetahuan
GB, GPK, mak bapak budak terbabit dan Pegawai Perhubungan PDRM sekolah..

Tatau la budak2 skang nih..
influence mana yang diorang amek..
sorang tuh budak tahun 6.. baru lepas UPSR..
mmg kena bambu teruk semua budak tahun 6 lepas assembly tadi..
sorang lagi ex-student yang skang nih tingkatan 2..
masa skolah dulu org cakap 'juruh' jek budaknya..

tapi.. bila kenang2 smula..
mungkin jugek secara kebetulan..
bapak budak 2 orang nih ada sejarah
menghentam, mengkritik, mengomen dan marah
cikgu sbb hal2 anak diorang dlu..
cari salah walaupun hal yang baik untuk anak mereka..
skang.. makan tuan kot..

kalau la aku dapat tgk air muka bapak2 budak tuh
masa tau anak dia kena tgkap..

Monday, September 21, 2009

Selamat Hari Raya AidilFitri 1430h


di kesempatan ini aku mengambil kesempatan untuk
mengucapkan selamat hari raya aidilfitri 1430h kepada
semua ghodong bloggers..

Thursday, September 10, 2009

Buka Puasa Di Tengah Padang

petang semalam berkesempatan berbuka puasa bersama rakan2..
hmm.. biasa la tuh buka pose ngan kwn2..
apa yang menariknya..

haa.. yang nih lain drp yang lain..
penah tak tgk orang berbuka ramai2 kat tengah padang..
ramai sgt orang.. dah jadi mcm pesta..

tuh la uniknya buka puasa kat sini..
nama padang nih Padang MPK 1..
berhampiran dengan masjid sultan ahmad shah 1..

sebelah padang nih pulak ada mega-bazar ramadhan..
slalunya orang ramai akan beli makan kat bazar..
kendian makan bersama2 kat tengah padang..

bagi aku unik dan ekonomik..
sesekali nak ubah selera makan kat tempat2
yang mahal di restoran dan hotel..
kat sini menjanjikan pengalaman yang berbeza..

pic : dR. ali @ www.2121studio.com

Quote For The Day - 1


Usah terlalu memikirkan bagaimana kita bermula..
Ia adalah tentang bagaimana ia berakhir..

jadikan kisah 'arnab dan kura-kura' sebagai teladan..
mencuba sehabis daya tanpa memikirkan apa yang
dilakukan oleh orang lain..

Wednesday, September 9, 2009

Blog SKKP

kepada cikgu beso..
inilah dia sedikit sumbangan saya kepada
perkembangan ict skolah..
lepas nih usahlah ditanya lagi apa sumbangan saya kepada sekolah..
kekeke...

kepada ghodong2.. bley la lawat sekolah saya punya blog..
http://skkp-kuantan.blogspot.com

Tuesday, September 8, 2009

Selamat Berjaya..

selamat berjaya untuk semua anak didik
tahun enam.. sk kampong padang, kuantan..

moga tabah menghadapi kertas soalan..
tenang dengan ujian yang mendatang..
tempuhi semua cabaran dengan hati yang bersih..

moga apa yang dipelajari selama 6 tahun nih..
akan dapat diterjemahkan dengan keputusan cemerlang kelak..

Insyaallah..

Friday, September 4, 2009

Kadar zakat fitrah 1430H


Selangor, Wilayah Persekutuan, Pahang, Perak, Kedah dan Pulau Pinang – RM7
Terengganu – RM5, RM7 dan RM8
Kelantan - RM6.90
Johor – RM5 dan RM7.50
Sabah – RM6.60
Negeri Sembilan – RM6.50
Melaka – RM6.30
Sarawak dan Perlis – RM6

Sumber : BERNAMA

Wednesday, September 2, 2009

List Kereta Untuk Ron95/97




















yang kuning tuh adalah untuk penggunaan RON 95..
kebanyakkan kereta malaysia boleh menggunakan minyak jenis nih..
tapi bagus ke tak tuh tatau la lagi..
rela aku pakai RON97..

Tak Patriotikkah Aku ?

Kenapa anda tidak mengibarkan 'Jalur Gemilang' pada kenderaan anda..
berikut adalah jawapan daripada beberapa responden yang ditemui..


"tade subsidi ke bang ? mahal laa.."
usin lempoyang, mat despatch..

"saya dah kibar.. tapi tercabut dibawak angin..
tak berkualiti btul saper yang buat nih..
nak keuntungan jek pengeluar bendera nih.."
sadiq segaraga, pengimport eksport barang klasik..

"ish.. kete saya kete sport.. ada ke nak
letak bendera..
tak macho la gitu.."
abdul wahub, ahlil muzik..

"nak kena letak ke bang ? nampak mcm kete
orang tua jek.."

minami, penyanyi hip-hop..


Selamat Hari Merdeka yang ke 52 Malaysia..

Jangan tanya apa yang negara buat untuk kita..
tanya apa yang kita buat untuk negara..
(acer konon.. mcm beh jek!)