Wednesday, August 26, 2009

PTK

dah selesai PTK untuk tahun nih..
mcm yg lepas2..
ada rasa boleh jawab..
tapi bila results kuar..
asyik dapat 3 jek..
kekeke...

harap kali nih ada rezeki..

Friday, August 21, 2009

Sesekali Teringat - Part 2

kalu ikutkan..
malam nih genap2 ler setahun insiden malang
yang berlaku ke atas kami suami isteri..

saat kami isyak + berterawih di masjid sultan ahmad 1,
kuantan, pahang.. ada makhluk lain yang mencari peluang
dengan memecah masuk ke dalam kete aku..

kejadian ini menyebabkan kami kerugian kira2 6k ini..
wang tunai + handset..

mula2 mmg terduduk jugak laa..
berpeluh satu badan..
maunya tak.. bukannya jumlah sket2..
tapi terpaksa akui kesilapan sendiri..

bila berbual2 dengan mak aku..
mak ckp dah bukan rezeki kita..
ada satu ayat yang membuat aku tersedar..

"ada buat potongan zakat tak ?"

masyallah.. dah 8 tahun bekerja (masa tuh la)..
aku tersedar yang aku masih blom dapat
nak 'membersihkan' pendapatan aku ke jalan yg sepatutnya..

sesekali kita kena ingat..
walaupun gaji kita.. tapi ada pihak lain yang memerlukan
sedikit daripada pendapatan kita tuh..

Ramadhan 1430h


selamat berpuasa untuk smer bloggers..
moga puasa kita pada tahun nih diberkati Allah s.w.t..

Thursday, August 20, 2009

Rezeki Sekolah Tepi Jalan..

sekolah aku terletak di tepi jalan utama..
sgt hampir dengan exit kuantan di lebuhraya pantai timur..

apa yang rezekinya ?
rezeki orang melawat dan memantau..

minggu nih saje dah 3 kali orang datang melawat..
isnin : rombongan penolong pengarah jpnp..
selasa : nazir persekutuan
khamis : pegawai jpnp..

tatau la apa isu sebenarnya..
bnyk sgt versi dari mulut ke mulut..
redha jek la..

Monday, August 17, 2009

Masa Lapang Sebelum Sibuk..

sekarang nih budak2 tengah exam PKSR kali ke 3..
paper aku hanya akan bermula kol 11 pagi esok..
jadinya skang nih ada waktu sedikit lapang..

bley rehat2 jap masa kat skolah tuh..
seblom sampai masa nak menanda paper..
key in markah.. analisa.. folio a dan folio b..
dan ntah bermacam2 nder lagi..
kekeke..

Sunday, August 16, 2009

Selamat datang ke Liga Perdana!

Tahniah kepada pengurusan PBNP yang telah
berjaya mencapai matlamat untuk membawa pasukan
Pahang ke Liga Perdana 2010..

Teruskan usaha anda..
sesungguhnya anda telah berjaya mencipta sejarah tersendiri
membawa Pahang ke liga bawahan pertama kalinya
sejak liga semi pro diperkenalkan pada tahun 1989..

hidup PBNP!
ptuiihh..

Monday, August 10, 2009

Klaim dah masuk.. yey!

maghrib tadi sms masuk..
bunyik 2 kali.. berturut..

uish.. saper plops msg maghrib2 nih..
sekali.. pergh.. yang ditunggu telah tiba..
penantian sejak bulan 4 yang lepas..
kekeke...

klaim utk meeting pengerusi teknik softball
kat JB bln 4 ngan klaim untuk kejohanan sofbol mssp kat raub
bulan 5 dah masuk... Alhamdulillah..

Influenza H1N1

makin hari makin teruk pulak..
makin galak menyerang tanpa belas kasihan..
sampai masa nih dah 32 kematian dicatatkan..
kalau kat kuantan nih.. makin bnyka skolah yang ditutup..
yang terbaru smk astana menjadikan 11 buah skolah smernya di pahang..

jom kita tengok sket pasal influenza h1n1 nih..

* simptom utama

~ demam dan batuk, sakit tekak, hidung berair
dan tersumbat, sengal otot, sakit kepala dan menggigil serta
keletihan..

* golongan berisiko tinggi

~ wanita hamil, pesakit asma + diabetes,
obesiti, imuniti rendah, pesakit jantung, menghidap penyakit paru-paru
kronik.

* langkah pencegahan

~ amalkan kebersihan diri dan menutup mulut
bila batuk.

~ memakai penutup mulut dan hidung dalam dan
luar rumah

~ pesakit yang dikuarantin elakkan drp
berhubung rapat dengan ahli keluarga yang lain..

~ elakkan berada di tempat sesak, kurangkan
hadiri majlis keramaian dan perhimpunan..

Monday, August 3, 2009

Setem


aku tgk jugak citer melayu.. saper cakap aku tak layan..
cuma aku bukan penyokong filem razak mohideen atau
ahmad idham dan seangkatan dengannya..
citer yang nilai komersilnya melampau2..
aku ske tgk filem genre pengarah muda dan baru cam khabir bhatia dan
afdlin shauki.. filem2 dari sudut pandangan berbeza.. citer yang jauh
dari topik cinta, seram dan malay-rich lifestyle, bohsia + rempit..
malam tadi aku berkesempatan tgk citer 'setem' nih..
naper aku teruja ?
1. sbb afdlin shauki berlakon.. kekeke..
2. sbb subjek yang dipaparkan tak pernah diutarakan dalam filem2 melayu..
3. sbb filem nih dapat review yang baik dalam paper2 tempatan..
lebih kurang..
citer nih mengisahkan cubaan merompak setem lama yang dianggarkan
4m USD.. setem nih menarik minat beberapa kumpulan untuk memilikinya..
dalam pada cubaan2 yang dibuat tuh..
banyak la adegan2 menarik dan lucu dalam citer nih..
bagi aku..
jalan citer yang menarik..
sinematografi yang mantap..
lakonan bersahaja dan menarik dari afdlin, shidi, vanidah, que, sathiya etc..
tiada lawak slapstik..
cuma watak beberapa pelakon perlu diperbaiki..
Mani.. cakap ikut skrip.. kurang intonasi..
Piranha Lim.. mcm tak kena jek..
overall.. aku ske dan bagi 3.95 daripada 5 bintang untuk citer nih..
tak sabar nak tgu filem baru afdlin 'papadom'..