Showing posts with label kuantan oh kuantan. Show all posts
Showing posts with label kuantan oh kuantan. Show all posts

Thursday, August 18, 2011

Coretan 18 Ramadhan 1432h


Alhamdulillah, minggu lepas berkesempatan sekali lagi untuk sama-sama merasai kemeriahan berbuka puasa di Padang MPK 1 berhampiran Masjid Sultan Ahmad Shah 1, Kuantan.. Acara yang dah menjadi BUDAYA orang Kuantan setiap kali bulan Ramadhan..

Namun kali nih aku bukan nak bercerita tentang kemeriahan berbuka di padang tuh.. Kebetulan hari tuh nasib tak berapa menyebelahi aku dan ghodong2..
Betul2 sejurus sebelum azan Maghrib berkumandang, hujan turun dengan selebat-lebatnya.. sebelum tuh memang dah kelihatan awan-awan hitam yang berarak memenuhi ruang-ruang kosong ruang udara di kawasan padang tersebut..
Maka bertempiaranlah semua umat manusia mencari tempat perlindungan..
Ada yang masuk dalam kereta masing-masing.. Ramai juga yang mencari perlindungan di dalam masjid..

Maka dapat dilihat berbagai orang dan ragam yang mengambil kesempatan untuk berbuka di dalam masjid.. Di ruang makan dan di kawasan hadapan mengadap pintu masuk..

Dalam pada tengah menjamu selera tuh ada la situasi-situasi yang tak menyedapkan mata..bolehlah dianggap sebagai kurang sopan dan tidak menjaga adab-adab sewaktu berada di dalam masjid..

1. Seorang wanita sedang tunggu hujan berhenti di pintu masuk utama selepas selesai makan, di dalam masjid berhampiran kaunter guard, tak menutup aurat.. terang2 rambut merah berkarat.. berbaju agak menjolok mata dan berseluar legging.. muka mcm tak bersalah ajek.. tade pun rasa malu2.. Pasangannya seorang lelaki yang asyik menghembuskan asap rokok mcm naga berada di sebelahnya.. Orang ramai pandang pun buat-buat tak paham..
2. Couple. Pasangan pakwe makwe yang berbuka sama2.. Si perempuan ikut yang si lelaki makan di kawasan jemaah lelaki.. seronok sangat makan.. Orang lain pandang mcm dah tade apa2 kesan dah..
3. Perempuan tak bertudung, lelaki suar khakis separuh, lelaki pakai suar jeans koyak lutut etc etc..

Yang berbuka puasa dalam masjid terus balik lepas makan tanpa bermaghrib tu usah cerita laa.. 


Haish! Sebagai seorang muslim/muslimah, ketahuilah adab-adab sewaktu berada di dalam masjid.. rumah Allah.. hormati TUAN rumah tersebut.. jangan pakai langgar jek.. 
Sama-samalah kita berpesan-pesan untuk kebaikan..

pic : dR ali @ 2121studio.com

Thursday, September 10, 2009

Buka Puasa Di Tengah Padang

petang semalam berkesempatan berbuka puasa bersama rakan2..
hmm.. biasa la tuh buka pose ngan kwn2..
apa yang menariknya..

haa.. yang nih lain drp yang lain..
penah tak tgk orang berbuka ramai2 kat tengah padang..
ramai sgt orang.. dah jadi mcm pesta..

tuh la uniknya buka puasa kat sini..
nama padang nih Padang MPK 1..
berhampiran dengan masjid sultan ahmad shah 1..

sebelah padang nih pulak ada mega-bazar ramadhan..
slalunya orang ramai akan beli makan kat bazar..
kendian makan bersama2 kat tengah padang..

bagi aku unik dan ekonomik..
sesekali nak ubah selera makan kat tempat2
yang mahal di restoran dan hotel..
kat sini menjanjikan pengalaman yang berbeza..

pic : dR. ali @ www.2121studio.com

Wednesday, June 24, 2009

Stadium Darul Makmur, Kuantan

Malam tadi aku ngan wife berkunjung ke Stadium Darul Makmur, Kuantan
untuk menyaksikan perlawanan Liga Super antara pasukan Pahang
menentang UPB Myteam FC..

Aku bukanlah nak bercerita pasal game.. smer pun maklum yang pada ketika ini
kedudukan pasukan Pahang adalah di tempat ke 2 tercorot..
Pada mulanya cuaca agak baik.. walaupun ada tanda2 nak ujan..
angin pun sejuk semacam jek.. walaupun siangnya panas terik..
masuk jek minit yang ke 60.. ujan mula turun dengan lebat..
kami pun beransur tempat duduk dari bawah ke grandstand murah..

memang lebat btul.. sampai nampak berbalam-balam je kat tgh padang..
tak lama lepas tuh dah nampak takungan air kat beberapa tempat..
dalam 10 minit lepas tuh ujan tade tanda2 nak berhenti.. makin lebat lagi ada..
padang pun dah mula banjir.. player sepak bola pun macam dah tak larat..
aksi sliding-miding disajikan..

last2 minit ke 80.. pengadil memberhentikan permainan..
perlawanan ditangguhkan.. tatau la tangguh sampai bila..
lepas pengadil hentikan game.. aku terus ajak wife aku balik..
sebab tiket free.. tak laa terasa sangat.. kekeke...

seingat aku.. dalam 2-3 tahun nih.. dah 3 kali keadaan yang sama berlaku..
aku tak persoalkan ujan tuh.. tapi aku rasa stadium nih tade penyelenggaraan
padang yang baik.. tak dinafikan padang memang superb..
tapi bila keadaan mcm nih.. terus nampak kelemahan penyelenggaraan tuh..
aku rasa sejak kejadian yang terakhir dlu..
ada cerita sistem perparitan telah diperbaiki..
dan melibatkan kos yang agak besar..
sejauh mana kebenarannya tak la aku ketahui..
sebab kalu tengok semalam.. macam tak jek..

wallahualam..

Thursday, June 18, 2009

Hidup Nak Senang..


dalam seminggu dua nih kecoh kes orang pecah rumah
kat perumahan aku.. yang sedang mencuba nak pecah tapi
tak sempat pun banyak jugak..

boleh kata tiap2 malam ada citer pasal kes nih..
nak tido pun jadi tak lena.. risau bila memikirkan hal nih..
penat jugak mikir ttg hal orang yang nak hidup senang
dan sanggup melihat orang lain merana..
orang lain penat2 kumpul harta.. kerja siang malam..
tapi 'makhluk' nih buat harta semalaman jek..

alhamdulillah la setakat nih tade dgr lagi penghuni rumah
yang dipecah masuk tuh dicederakan..

dulu ada jugak perumahan + lorong tempat aku tinggal nih
buat SRS.. masa tuh tade la dgr kejadian2 mcm nih..
pastu bila tak mendapat sambutan di kalangan penduduk setempat..
akhirnya senyap mcm tuh jek..
yerlaa.. sian jugak kat mereka nih.. yang sanggup berjaga pun
berapa kerat jek.. agak berumur pulak tuh..
mana la nak larat tiap2 malam asyik2 diorang jek..
yang muda2 buat tatau jek..

Dah agak lama tak nampak
patrol car meronda..
dulu dari jauh lagi dah nampak lampu siren..
harap2 dapatla pegawai2 pihak berkuasa nih
meronda semula.. dah kritikal dah masalah nih..
jangan tunggu ada yang tercedera baru nak meronda..
aku cuma berdoa agar dibukakan ati pencuri2 nih..
biar insaf dan sedar.. seblom terlambat..
tapi kalu keras ati sangat..
aku doa biar kena panah petir jek
masa tgh panjat bumbung rumah orang tuh..

Aminnn....