Thursday, August 18, 2011

Coretan 18 Ramadhan 1432h


Alhamdulillah, minggu lepas berkesempatan sekali lagi untuk sama-sama merasai kemeriahan berbuka puasa di Padang MPK 1 berhampiran Masjid Sultan Ahmad Shah 1, Kuantan.. Acara yang dah menjadi BUDAYA orang Kuantan setiap kali bulan Ramadhan..

Namun kali nih aku bukan nak bercerita tentang kemeriahan berbuka di padang tuh.. Kebetulan hari tuh nasib tak berapa menyebelahi aku dan ghodong2..
Betul2 sejurus sebelum azan Maghrib berkumandang, hujan turun dengan selebat-lebatnya.. sebelum tuh memang dah kelihatan awan-awan hitam yang berarak memenuhi ruang-ruang kosong ruang udara di kawasan padang tersebut..
Maka bertempiaranlah semua umat manusia mencari tempat perlindungan..
Ada yang masuk dalam kereta masing-masing.. Ramai juga yang mencari perlindungan di dalam masjid..

Maka dapat dilihat berbagai orang dan ragam yang mengambil kesempatan untuk berbuka di dalam masjid.. Di ruang makan dan di kawasan hadapan mengadap pintu masuk..

Dalam pada tengah menjamu selera tuh ada la situasi-situasi yang tak menyedapkan mata..bolehlah dianggap sebagai kurang sopan dan tidak menjaga adab-adab sewaktu berada di dalam masjid..

1. Seorang wanita sedang tunggu hujan berhenti di pintu masuk utama selepas selesai makan, di dalam masjid berhampiran kaunter guard, tak menutup aurat.. terang2 rambut merah berkarat.. berbaju agak menjolok mata dan berseluar legging.. muka mcm tak bersalah ajek.. tade pun rasa malu2.. Pasangannya seorang lelaki yang asyik menghembuskan asap rokok mcm naga berada di sebelahnya.. Orang ramai pandang pun buat-buat tak paham..
2. Couple. Pasangan pakwe makwe yang berbuka sama2.. Si perempuan ikut yang si lelaki makan di kawasan jemaah lelaki.. seronok sangat makan.. Orang lain pandang mcm dah tade apa2 kesan dah..
3. Perempuan tak bertudung, lelaki suar khakis separuh, lelaki pakai suar jeans koyak lutut etc etc..

Yang berbuka puasa dalam masjid terus balik lepas makan tanpa bermaghrib tu usah cerita laa.. 


Haish! Sebagai seorang muslim/muslimah, ketahuilah adab-adab sewaktu berada di dalam masjid.. rumah Allah.. hormati TUAN rumah tersebut.. jangan pakai langgar jek.. 
Sama-samalah kita berpesan-pesan untuk kebaikan..

pic : dR ali @ 2121studio.com

1 comment: