Sunday, August 21, 2011

Bersamamu..

Macam apa jek tajuk.. hehehe..
Untuk Ramadhan 1432h nih.. komuniti Tokgajah.com telah merancang untuk menyumbang
kepada rumah anak-anak yatim di sekitar Kuantan.. Jadinya setelah topik dibuka di forum
dan iklan dibuat dalam FB.. Maka sejumlah wang telah dapat dikumpulkan untuk tujuan tersebut..
Maka dengan ini saya ingin merakamkan jutaan terima kaseh kepada mereka yang sudi untuk
memberikan sumbangan dalam menjayakan program kita kali ini..

Dengan sumbangan-sumbangan kewangan daripada ghodong-ghodong..
Gambar kat bawah nih la hasil barangan keperluan yang dapat dibeli..


Antara barangan keperluan yang dapat dibeli ialah beras, bihun, gula, milo, teh uncang lipton,
susu pekat, biskut dan juga sejadah..

Pada peringkat awal ada 4 cadangan tempat untuk dihantar barangan tersebut..
Akhirnya setelah dipertimbangkan dan mendengar pendapat-pendapat daripada
ghodong-ghodong dan masyarakat setempat, maka kami memilih untuk menyumbangkan
barangan keperluan tersebut ke Permata Al-Insyirah yang terletak di Perkampungan
Sungai Isap, Kuantan..



Penyerahan barang keperluan tersebut telah selamat berjalan.. Tak disangka antara
penaung rumah tersebut ialah USTAZ HAMIZI JAMALUDDIN, ustaz dari JAIP
yang banyak muncul dalam Radio Malaysia Pahang.. Ustaz nih terkenal dengan ceramah
yang menggunakan loghat Pahang.. Sempatlah berborak sekejap dengan beliau tadi..

Diharapkan kami dapat meneruskan usaha murni ini pada masa-masa akan datang..

No comments:

Post a Comment