Monday, August 1, 2011

Aku Seorang Pelajar Tua!

Tup tap tup tap.. dah abes satu semester blaja.. macam tak caya jek.. 
Padahal rasa macam baru register kat Dewan Besar Intec semalam..
Hehehe..


Ini kisah orang tua yang sambung blaja..
Bulan 5 2001 aku last bergelar seorang pelajar maktab.. Mei 2001 aku mula posting..
Dari situ memang tak terbayang yang aku akan kembali menjadi pelajar dalam usia sebegini..
19 Mac 2011 tarikh mula lapor di Intec, Uitm Kampus Seksyen 17, Shah Alam untuk program
Sarjana Muda Pendidikan Sekolah Rendah..


Sistem pembelajaran untuk program nih ialah PJJ - Pendidikan Jarak Jauh..
Dalam 1 semester (kat Uitm panggil PART) ada 5 kali pertemuan dengan lecturer..
1 semester ada 4 subjek.. Isi subjek yang biasanya pelajar-pelajar mode biasa kuliah selama 36 jam..
dipadatkan kepada 10 jam untuk program PJJ nih.. Bayangkan la banyak kena cari sendiri..
Kalau tade kemudahan internet memang wassalam la jawabnya..
(terima kaseh untuk isteriku yang membantu menyediakan notebook dan bb untuk kemudahan aku!)


Memang bekerja sambil belajar nih sangat mencabar dan memerlukan pengorbanan..
Mana nak kejar kerja2 wajib kat sekolah lagi.. Aktiviti kokurikulum dan permainan..
Keluarga, anak isteri, aktiviti riadah untuk diri sendiri.. mcm2 laa..
Pendek kata saat ini sokongan daripada semua pihak diperlukan..
Paling penting ISTERI, ANAK dan KELUARGA..


Setelah selesai 5 sesi perjumpaan dengan lecturer.. Ada 2 daripada 4 subjek tersebut kami kena
jalani final exam pada hujung semester.. Subjek lain tak perlu sebab ada final test ajek..
Setelah berhempas pulas dengan final exam, final test, report writing, assignment, lesson plan, 
kuiz, drama, forum i-class.. Maka hasilnya adalah seperti berikut :




Hehehe.. Tade la cemerlang.. Tapi untuk permulaan bley la kot..
Sedang tunggu nak register subjek untuk PART 2..
Harap sem yang kali nih lebih baik hasilnya daripada sem yang lepas..
Usaha pun nak kena lebih baik la kan....!

No comments:

Post a Comment