Tuesday, August 2, 2011

Selamat Datang ke Liga Perdana 2012!

                            Skuad yang akan diingati sepanjang zaman!

Setelah di'selamat'kan beberapa kali, akhirnya Pahang terpaksa turun ke Liga Perdana jua pada musim hadapan.. Tempat yang sesuai yang sepatutnya dihuni lebih awal pada musim 2006/07 dan 2010 selepas aksi aib pada musim sebelumnya.. 


Jika dibandingkan dengan 2 skuad terdahulu yang sepatutnya membawa Pahang turun liga lebih awal.. Skuad ini dilihat sangat mengecewakan daripada semua segi.. Jika dilihat nama-nama yang membarisi skuad Pahang musim ini.. umum pasti tidak akan menjangkakan aib ini yang tercipta..


Persoalannya, di manakah silapnya ?


1. Pemain2 'reject' drp pasukan asal yang dibawa masuk dan dibayar gaji yang tinggi drp pemain-pemain tempatan tapi perform lebih kurang sama dengan player lain ?
2. Coach menganaktirikan pemain tempatan sehingga menimbulkan rasa tak puas hati mereka ?
3. Timbul puak-puak akibat drp skala gaji dan keistimewaan yang diberikan ?
4. Pengurusan Pahang FA yang tidak menjaga kebajikan pemain-pemain ? Gaji lambat, Gaji bayar suku..


Siapa-siapa ada jawapan ? 


Tak dinafikan sumbangan beberapa orang player yang dibawa masuk. Salute untuk pemain-pemain seperti Rambo, Fadzli, Munir, Poyeng yang sentiasa memberikan persembahan terbaik setiap kali beraksi..
Selebihnya ? Anda yang tentukan sendiri..


Skuad 2009 yang sepatutnya membawa Pahang turun ke Liga Perdana dibarisi ramai pemain muda.. Sepatutnya mereka dikekalkan dan diberi peluang.. tambahan 2-3 orang player senior diperlukan untuk guide mereka.. Hasilnya 2010 kita berjaya ke suku akhir Piala Malaysia.. 
Tapi kenapa ubah team untuk season 2011 ?


Sudah sampai masanya pihak pengurusan memberikan lebih kepercayaan kepada pemegang-pemegang
ic 06.. Yang mempunyai semangat kenegerian yang tinggi untuk membawa pasukan ke tempat yang
lebih tinggi.. Pahang tidak pernah ketandusan bakat-bakat dalam bolasepak..
Buktinya kita menyerlah dalam pertandingan-pertandingan peringkat bawah umur seperti pasukan bawah 14 dan 17 tahun yang menyertai Piala KPM.. Mereka perlu diasuh dan dididik untuk menjadi pelapis
pasukan senior negeri.. Bukan bakat mereka dibiarkan habis begitu sahaja selepas mereka mengakhiri
persekolahan.. 


Pandangan aku untuk hadapi musim baru..
ROMBAK skuad tahun nih.. Reject player yang bergaji sampai 17k, 13k tapi tak perform tuh..
Bina semula team dengan player2 yang muda disamping 3-4 orang pemain senior untuk guide..
Pemain-pemain senior yang betul2 komited untuk Pahang.. Kalau orang luar pun, mereka yang
sanggup komited untuk majikan mereka.. Bagi skuad nih masa.. Bagi mereka peluang untuk 
bangkit dalam saingan Liga Perdana..


Di samping tuh pastikan pihak pengurusan menjaga kebajikan pemain.. Bayar gaji tepat pada waktunya..
Jangan sangkut-sangkut.. Anda perlu sedar main bola periuk nasik mereka.. Macam mana nak main
kalau kereta tertunggak, rumah tertunggak.. 


Penyokong Pahang rindukan zaman-zaman kegemilangan 80an dan 90an.. 
Sampai bila lagi mereka harus menunggu ?

pic : dR ali @ 2121studio.com

2 comments:

  1. Pahang ada berbelas daerah....
    turun dan gegarkanlah,nescaya pasti gugur buah yang manis....

    ReplyDelete
  2. pahang fa kena rajin cari.. pasang scout untuk setiap daerah.. setiap daerah takkan la tak bley langsung supply 1-2 orang yang bagus..

    ReplyDelete