Tuesday, July 14, 2009

Galah Panjang

tadi masa pj dah cuba perkenalkan permainan galah panjang
nih pada budak tahun 4m.. dah namanya budak..
nak2 yang kaki main tuh.. ajar sekejap jek dah bley cepat menguasai dah..
aku pun turut serta mengeluarkan peluh main ngan dowang..
bley tahan jugak la mengahnya..

lepas cari2 dalam tenet.. jumpa jugak cara permainan nih kat wikipedia..

macamana nak main ?

1. Cara permainan galah panjang tidaklah sesukar mana tapi ia dapat menguji kepintaran, kecekapan dan kepantansan setiap pemain.

2. Gelanggang galah panjang di lakar diatas tanah yang lapang.
Panjang dan lebar bergantung kepada pelukis garisan dan bilangan pemain.
Selalunya satu petak galah panjang berukuran lebih kurang 2 meter x 1.5
meter.

3. Selepas pemilihan dilakukan, setiap kumpulan akan melakukan pemilihan ketua. Ketua dari kedua-dua kumpulan akan mengundi siapa yang menjaga gelanggang dan siapa yang menempuh gelanggang.

4. Selepas penentuan, kumpulan yang menjaga gelanggang akan menjaga gelanggang dengan berpijak diatas garisan yang dilukis tadi. Ketua akan menjaga garisan tengah dan bebas pergi kemana-mana garisan depan atau belakang.

5. Kumpulan menempuh gelanggang akan berkumpul di depan, seterusnya ketua akan menyapakan tanganya dengan ketua pihak lawan. Seterusnya mereka berlari masuk ke dalam gelanggang.

6. Penjaga akan mejaga kawasannya agar pihak penempuh tidak melepasi garisan yang dijaganya.

7. Penempuh akan menempuh sampai melepasi garisan paling akhir tanpa disentuh oleh penjaga gelanggang dan kemudiannya berpatah balik.

8. Kemenangan tercapai apabila orang yang telah melepasi garisan paling akhir melepasi garisan permulaan. Dan permainan diteruskan sehingga ada pemain yang ingin berhenti.


Permainan ini sebenarnya bergantung kepada kepakaran seorang ketua atau ibu untuk mengawal gerakan anak buah bagi pihak yang mengawal gelanggang.
Manakala kecekapan dan kepantasan teruji kepada pihak yang menempuh gelanggang.
Jika pihak menempuh gelanggang mempunyai kebijaksanaan menempuh gelanggang,
maka mereka boleh menang dengan mudah.

aku ada plan gambar gelanggang dia.. nak share kat sini tapi nak load gambar slow tahap
cipan tenuk zoo melaka punya.. lain kali jek laa..

2 comments:

  1. huhu~
    igt lagi tyme sem3 ... klas nadiya kene maen pemainan ni tyme subjek Pj...Hhuh..bergadoh2 tau..sbb lain negeri...lain dia nye rules galah pnjang ni...adoi...dapat lak yg emo..ehhe..~johor lain..klantan lain,kdah lain..phang pun mybe lain kot..ehhe...~kesimpulannya....setiap negeri mungkin punyai kelainan rules lam permainan galah pnjang ni~
    setuju x cikgu?

    ReplyDelete
  2. mmg betul pun..
    dlm nak buat nih pun..
    cikgu yang dr negeri lain pun bagi idea yang berbeza.. ikut jek laa..

    ReplyDelete