Wednesday, July 8, 2009

Penat!


baru jek siap buat 2 diamond softball untuk Karnival Pembangunan Sukan Sofbol MSSM Pahang
Bawah 10 Tahun 2009.. Karnival tersebut akan berlangsung pada 20 - 23 Julai 2009 nanti..
ini adalah kali ke 2 dilangsungkan karnival bawah 10 tahun nih.. macam tahun lepas..
sekolah aku sekali lagi menjadi tuan rumah..
bagi aku pendedahan pada peringkat umur awal ini banyak menyumbangkan kepada
peningkatan pasukan MSSM Pahang sendiri.. macam yang aku citer dalam entry awal dlu..
dalam kejohanan mssm tahun nih.. pasukan mssm pahang telah berjaya menjadi johan keseluruhan..
pencapaian tersebut perlu dikekalkan..
dengan adanya karnival nih..
nak tanak coach kena jugak cari budak-budak
tahun 3 dan 4 untuk main.. mereka ada ada pengalaman 2 tahun dalam permainan nih
seblom matang masa dowang tahun 6 nanti..
jangan masa tahun 6 sok dowang lari main sukan lain plak dah..
moga dengan adanya karnival macam nih..
akan lahir bakat yang berpotensi..
yang akan membawa cabaran pasukan sofbol mssm pahang
pada tahun-tahun akan datang..
Insyaallah..

2 comments: