Wednesday, December 9, 2009

Terima Kaseh Tuan Presiden..

Daripada malam kelmarin lagi dah dapat berita
pasal Pahang telah 'dinaikkan pangkat' ke dalam
MSL 2010..


Mmm.. nak cakap ini berita gembira tak jugak..
sebenarnya perkara nih mmg dah dijangkakan
berdasarkan peristiwa2 yang berlaku kebelakangan ini..


secara langsung atau pun tidak..
berita ini dah pun menimbulkan rasa tak puas ati
penyokong2 lain kepada pasukan pahang..


puncanya ?
suara2 sumbang yang mengatakan bahawa pahang
adalah anak emas FAM.. yang mana Presiden FAM
tuh secara kebetulannya adalah Tuanku Sultan Pahang..
mcm2 tohmahan yang dilemparkan..


betul la kata sorang forumer dlm satu forum tuh..
yang tak merasa marah adalah geng2 tokgajah.com ajek..
tapi yer laa.. bukan penyokong2 yang nak sangat..
orang dah kasik tuh kebasshhh jek laa -> sudin 'bujang lapok'..


tapi sedikit sebanyak..
penyokong pun merasa tempias dia..
cacian2 tuh buat penyokong panas telinga jugak..


tapi tade arah laa.. keputusan pun dah dibuat oleh
Majlis Tertinggi FAM.. bukan oleh Presiden sorang jek..
naper tak disalahkan pak2 hangguk sekelian dalam
jawatankuasa tuh..


bagi aku sendiri..
aku lebih suka main kat liga bawahan jek dulu..
player2 muda.. biar diorang bina konfiden masa lawan2
pasukan yg sama taraf dia.. bina pasukan dari bawah..
naik pun dari bawah.. dengan usaha sendiri..
buat apa bangga dengan nak main liga elit kalu
baju yang dipakai gedoboh sangat.. tak padan dengan
badan masing2..

apa pun aku ucapkan selamat berjaya kepada
pasukan pahang dalam mengharungi MSL 2010..

No comments:

Post a Comment