Tuesday, December 15, 2009

4th Asian Junior Women Softball Championship 2009


Sekarang nih Malaysia sedang menjadi tuan rumah untuk satu acara
yang agak besar dalam kalendar softball asia.. Kejohanan tersebut ialah
'4th Asian Junior Women Softball Championship 2009'..

Kejohanan tersebut berlangsung di padang Kolej ke 4, Universiti
Putra Malaysia, Serdang.. Kejohanan berlangsung bermula 13 Disember
sehingga 16 Disember nanti..

Penulis berkesempatan untuk berada di padang tersebut sehari suntuk
pada hari ahad yang lalu untuk sama2 mengutip pengalaman dan ilmu
berdasarkan pemerhatian..

Antara negara-negara asia yang bertanding ialah Jepun, Chinese Taipei,
China, Korea, Singapore, Indonesia, India, Thailand dan Iran..

Mana Malaysia ? Tade pun dalam list ? Macam mana Malaysia jadi
tuan rumah tapi tuan rumah tak hantar team nih ?

Adess.. apa pun alasan Persatuan Sofbol Malaysia..
sesungguhnya ini adalah satu kerugian yang amat besar
untuk perkembangan sukan softball di Malaysia..

Sememangnya diakui Malaysia bukanlah satu nama besar
dalam sukan softball di asia nih.. tapi apalah salahnya diberikan
pendedahan kepada pasukan negara.. apatah lagi bermain
di tempat sendiri yang tentunya tidak memerlukan kos yang besar..

daripada apa yg diperhatikan terhadap pasukan2 yang bertanding..
sekurang2nya pasukan malaysia boleh memberikan cabaran
dan berkemungkinan boleh merebut tempat ke 5 daripada
pasukan2 yang bertanding.. tak cuba mana nak tau kan..

Antara team pilihan ialah pasukan Jepun dan Chinese Taipei..
kedua2 pasukan ini sangat layak untuk bertemu di final..
cukup solid dan mantap daripada semua segi..

Rugi rasa tak dapat nak menyaksikan final nanti..
tapi alhamdulillah dapat la jugak kutip ilmu yang tak
seberapa daripada team2 nih.. dapat tgk mcm mana
diorang warm-up seblom game..
warm up diorang bukan sekadar throwing dan batting
saje.. banyak nder yang kita perlu belajar..

lagi gambar kat : http://picasaweb.google.com/epit2303
masa amek gambar tuh terpikir..
beshnya la kalu ada dslr.. kekeke...

No comments:

Post a Comment