Sunday, July 12, 2009

Transformers: Revenge of the Fallen




movie time..
at last.. lepas 2 minggu..
akhirnya aku berjaya jugak menonton citer idola kartun aku masa kecik..
kekeke.. panggung yang menjadi pilihan aku..
tak lain tak bukan kat bigcinemas lotus five, kompleks teruntum..

aku excited nak tgk citer nih..
sbb dah tgk yang first dlu.. tapi panggung asyik penuh jek sokmo..
membantutkan keinginan aku utk menonton..
kalu nak citer semula memang la panjang..
dekat 2 jam setengah citer nih..
tgk sendiri la.. tu pun kalu minat..
kekeke..


antara watak2 robot :

Autobots

Optimus Prime (Trak Peterbilt 379) - Raja dan komander Autobots
Bumblebee (Kereta Chevrolet Camaro 2007) - Pahlawan
Ironhide (Trak pikup GMC Topkick) - Pegawai keselamatan

Ratchet (Kenderaan Hummer H2) - Pegawai perubatan, pencari dan penyelamat
Arcee (Motosikal Buell Firebolt) - Wanita dan srikandi Autobots
Mudflap dan Skids, robot kembar lebih dikenali sebagai The Twins
Mudflap (Kereta Chevrolet Trax) - Pahlawan
Skids (Kereta Chevrolet Beat) - Pahlawan
Sideswipes (Kereta Chevrolet Corvette) - Pahlawan
Jolt (Kereta Chevrolet Volt) - Pahlawan
Jetfire (Pesawat SR-71 Blackbird) - Pengawal udara
Wheelie (Kereta mainan kawalan jauh) - Perisikan

Decepticons

Megatron (Kereta kebal Cybertron) - Raja dan komander Decepticons
Starscream (Jet pejuang F-22 Raptor) - Wizurai udara Decepticons
Soundwave (Satelit Cybertron) - Komunikasi
Ravage (Kucing robot) - Perisikan
Blackout (Helikopter MH-53 Pave Low Sikorsky) - Pahlawan
Barricade (Kereta polis Saleen S281 Ford Mustang) - Pegawai polis rahsia dan perisikan Decepticons
Scorponok (Robot Kala jengking) - Pahlawan
Sideways (Kereta Audi R8) - Pahlawan
Alice (Pretender)

Constructicons - Unit pasukan jurutera dan kontraktor utama Decepticons

Devestator
Gabungan kesemua robot Constructicons menjadi satu robot besar
Demolishor (Jentolak Terex O&K RH 400)
Long Haul (Trak pengangkut sampah Caterpillar 773B)
Rampage (Jentolak Catepillar D9)
Scrapper (Jentolak pengangkut pasir Caterpillar 992G)
Hightower (Kren Kobelco CK2500)
Mixmaster
(Jentera pembancuh konkrit Mack)

The Fallen (Jet Cybertron) - Musuh utama yang terbesar selepas Unicron

Friday, July 10, 2009

Memperkasakan Bahasa Inggeris


Ada 12 perkara yang digariskan kabinet untuk memperkasakan bahasa Inggeris
selepas PPSMI dimansuhkan pada 2012 nanti..
Aku kongsikan 3 daripada 12 perkara tersebut sebab 3 perkara nih memang
melibatkan aku secara langsung :
1. Waktu BI sekolah kebangsaan tahap 1
ditambah daripada 240 minit (7 waktu)

kepada 330 minit (11 waktu) seminggu.
Manakala tahap 2 pula daripada 210 minit (6
waktu) kepada 300 minit (10 waktu) seminggu.


2. Memperkenalkan program sastera
kontemporari kanak-kanak BI kepada semua

murid Tahap 2 untuk mengukuhkan minat
membaca, di samping memperkenalkan

unsur sastera.

3. Memberi penekanan tatabahasa BI dalam
pengajaran dan pembelajaran.

Senyum dan ikhlas..
sesungguhnya aku yang menurut perintah..

Thursday, July 9, 2009

PPSMI Dalam Kenangan..



setelah sekian lama isu ini diperdebatkan.. akhirnya keputusan telah diumumkan.. ppsmi akan dimansuhkan untuk semua aliran mulai 2012.. keputusan kabinet ini mengubah dasar pengajaran dan pembelajaran PPSMI yang mula dilaksanakan pada tahun 2003 dlu..

bagi aku ada pro dan konnya..

pro ?

kalu tengok dari statistik keputusan peperiksaan UPSR 2008 yang ditunjukkan oleh pak menteri.. memang menunjukkan sedikit penurunan.. murid terutamanya yang kat area luar bandar tuh atau murid yang kebolehannya 50-50.. mungkin tak paham kehendak soalan.. tak paham istilah.. dan sebagainya.. jadi, dengan pemansuhan ppsmi nih dapat memudahkan murid luar bandar memberikan keyakinan untuk mereka belajar dengan lebih efisyen dan menjwab soalan pekse dengan lebih yakin..

ramai yang bersetuju dan gembira dengan keputusan ini.. bagi guru-guru yang terpaksarela mengajar.. berita ini mungkin menggembirakan mereka.. seblom nih banyak mengadu payah nak ngajar.. payah nak cakap bahasa inggeris.. budak tak paham.. kena datang kelas tambahan 'buddy support' lagi.. akhirnya.. 2012 nti dah tak payah nak pikir dah pasal hal nih.. -> yang nih lebih tepat kot.. kekeke..

kon ?

bagi aku yang terlibat secara langsung.. aku ngajar di skolah kategori luar bandar.. daripada pengalaman dan tinjauan aku.. walaupun terdapat kepayahan budak untuk memahami.. tapi sebenarnya banyak yang budak dapat belajar.. vocabulary diorang bertambah.. kemahiran membuat ayat dalam bahasa inggeris bertambah baik.. kemahiran bercakap lebih menyerlah.. kalu tanya soalan.. diorang akan bagi jawapan dalam bahasa inggeris.. serius..

bagi aku.. ppsmi tade masalah.. murid pun bukan masalahnya.. apa yang perlu ditekankan ialah cikgu-cikgunya.. kursus 3 bulan takkan mampu menghasilkan guru yang fasih berbahasa inggeris.. kalu nak buat.. cuba buat kursus berterusan.. KDC ke.. janji input yang diberikan kepada cikgu-cikgu tersebut berterusan.. bukan input pada peringkat awal jek.. baru laa output nanti akan lebih berkualiti..

aku quote sket apa yang Tun Mahathir ckp smlm..

''Kita perlu menghadapi masa yang susah, ini amat penting bagi masa depan
anak cucu dan negara, maka kita harus menghadapi cabaran pada peringkat awal.


''Saya yakin guru-guru kita boleh mengajar dalam bahasa Inggeris,"
katanya. ''Kalau boleh melatih guru-guru bahasa Inggeris kenapa tidak boleh
latih guru Sains dan Matematik, kita perlu belajar kerana ia amat penting bagi
masa depan anak-anak kita," katanya.
"

Wednesday, July 8, 2009

Penat!


baru jek siap buat 2 diamond softball untuk Karnival Pembangunan Sukan Sofbol MSSM Pahang
Bawah 10 Tahun 2009.. Karnival tersebut akan berlangsung pada 20 - 23 Julai 2009 nanti..
ini adalah kali ke 2 dilangsungkan karnival bawah 10 tahun nih.. macam tahun lepas..
sekolah aku sekali lagi menjadi tuan rumah..
bagi aku pendedahan pada peringkat umur awal ini banyak menyumbangkan kepada
peningkatan pasukan MSSM Pahang sendiri.. macam yang aku citer dalam entry awal dlu..
dalam kejohanan mssm tahun nih.. pasukan mssm pahang telah berjaya menjadi johan keseluruhan..
pencapaian tersebut perlu dikekalkan..
dengan adanya karnival nih..
nak tanak coach kena jugak cari budak-budak
tahun 3 dan 4 untuk main.. mereka ada ada pengalaman 2 tahun dalam permainan nih
seblom matang masa dowang tahun 6 nanti..
jangan masa tahun 6 sok dowang lari main sukan lain plak dah..
moga dengan adanya karnival macam nih..
akan lahir bakat yang berpotensi..
yang akan membawa cabaran pasukan sofbol mssm pahang
pada tahun-tahun akan datang..
Insyaallah..

Monday, July 6, 2009

Sesekali Teringat - part 1


kalu tengok gambar tuh.. memang retro gila..
tuh gambo masa aku dalam kelas 3 pintar batch 1987..
SK Bukit Sekilau, Kuantan..

diam tak diam.. dah berusia doploh dua tahun dah gambo tuh..
aku memang dah tade gambo lame2.. smernya dah kena telan dengan banjir..
thanks ler pada shahidah abd halim yang masih simpan kenangan nih..

banyak kenangan jugak masa nih..
antara yang tak dapat dilupakan..
masa pekse.. aku mmg dah cop no 25 ke atas..
tak penah dapat yang lebih elok drp tuh..
kekeke.. last2 kena turun kelas 4 bijak..
tapi tak sempat sbb aku dah tuka skolah lepas tuh..

masa nih gi skolah pakai suar pendek lagi..
aktiviti popular bertukar ganti.. bermusim..
ada main polis sentri..
ada main 'hopping'..
ada musim ' gambor tepuk'..

skolah petang kol 1.30..
tapi kol 11.30 dah pegi skolah..
sbb nak main..
bayangkan ler main bola pukul 12 tengahari..

miss that moment much!

Saturday, July 4, 2009

Exam Teori Kepengadilan Softball PSM Gred 3


Khamis baru nih aku mengikuti peperiksaan Teori Kepengadilan Softball Gred 3
di SMART, Kuantan.. Peperiksaan ini dianjurkan oleh Persatuan Softball Malaysia..
Ia diadakan serentak di seluruh negara..
Pagi tuh bermula kol 9.. taklimat pengadil dan sesi pertanyaan soklan
kepada Mr. Andy Cheong (bekas Ketua Pengadil PSM + bekas cikgu aku masa
kat smktpptm dlu).. banyakla soklan yang kami tanya berkaitan dengan
situasi-situasi dalam permainan.. sesi tamat dalam 1 jam setengah..
makan tengahari.. pastuh dalam kol 12 mula jawab pekse..
masa yang diperuntukkan adalah 2 jam.. masa pekse kat kolej plops..
Sebenarnya aku dah lulus pekse gred 3 nih tahun 2004 dlu..
tapi dah expired sbb dalam masa 2 tahun tak buat praktikal pengadil
dalam kejohanan softball yang diiktiraf PSM..
Aku kurang berminat untuk jadi umpire.. aku lebih ske bawak team..
lebih puas aku rasa dapat bersama2 ngan budak..
kalah sama2.. menang sama2.. johan sama2..
aku amek pekse + ikut kursus pengadil cuma nak tambah ilmu
undang-undang dalam permainan softball nih..

Thursday, July 2, 2009

Ice Age 3 : Dawn Of The Dinosaurs

malam kelmarin berkesempatan untuk menonton citer 'ice age 3'
kat cinema kompleks teruntum dengan wife aku..
kami tonton citer kol 9.15 malam..

aku memang teruja untuk tonton citer nih sebab aku memang follow
citer nih daripada episod 1 ngan 2 lagi..

memang lawok giler citer kali nih..
aku rasa lagi beh dari 2 citer seblom nih..
tak abeh2 nak gelak..

aku malas la nak citer ttg jalan citer dia..
nti potong pulak korang nak tngok..
tapi kalu nak baca jugak bley la pi ke
http://en.wikipedia.org/wiki/Ice_Age:_Dawn_of_the_Dinosaurs
aku bagi sket jek la apa yg aku rasa masa tgk citer nih..

1. aku ske dengan animasi yang diorang buat..
~ bila pijak salji tuh nampak smooth jek mcm kita pijak pasir pantai..
~ bila diego tgh mengejar haiwan pemangsa nampak real air muka dia
dan kita rasa mcm sama2 tengah berlari..

2. aku ske dengan watak weasel gila yang bernama buck..
slang british.. weasel yang dah lama tinggal dalam dunia dino..
aku rasa dia nih yang banyak membuatkan citer nih menjadi adventure..
lawak dengan keadaan kadang2 gila..

3. aku geram dengan sikap degil dan bodoh sombong sid.. tanak dengar cakap
geng lain.. sikap yang membawa masalah kepadanya sendiri dan jugak
kawan-kawan yang lain..

4. sku ske.. smer part la dalam citer nih.. kekeke.. pendek kata smer la besh..
worth your money.. citer family.. anak2 mesti enjoy tgk citer nih..

selamat menonton!