Monday, July 13, 2009
Bulan Kecergasan Peringkat Sekolah 2009
ari rabu masa koko..
antara aktiviti yang akan dijalankan masa bulan kecergasan nih
adalah permainan tradisional seperti sepakraga bulatan, congkak,
galah panjang dan ketingting.. turut dalam senarai ialah
pertandingan gimrama yang dijadualkan pada minggu akhir Julai..
masa assembly tadi dah diberikan tugasan guru2..
aku incharge aktiviti tahun 4 : galah panjang..
dlu masa kecik2 mmg famous la permainan nih..
skang nih cara bermain igt lagi..
tapi cara mcm mana skor tuh dah agak2 lupa sket..
maklum ler.. lama btul tak main..
nak kena ajar budak lagi..
budak2 skang nih bukannya tau nak main..
mmg aku la kena main sama nampaknya..
kekeke.. can't wait..
Sunday, July 12, 2009
Transformers: Revenge of the Fallen

movie time..
at last.. lepas 2 minggu..
akhirnya aku berjaya jugak menonton citer idola kartun aku masa kecik..
kekeke.. panggung yang menjadi pilihan aku..
tak lain tak bukan kat bigcinemas lotus five, kompleks teruntum..
aku excited nak tgk citer nih..
sbb dah tgk yang first dlu.. tapi panggung asyik penuh jek sokmo..
membantutkan keinginan aku utk menonton..
kalu nak citer semula memang la panjang..
dekat 2 jam setengah citer nih..
tgk sendiri la.. tu pun kalu minat..
kekeke..
antara watak2 robot :
Autobots
Optimus Prime (Trak Peterbilt 379) - Raja dan komander Autobots
Bumblebee (Kereta Chevrolet Camaro 2007) - Pahlawan
Ironhide (Trak pikup GMC Topkick) - Pegawai keselamatan
Ratchet (Kenderaan Hummer H2) - Pegawai perubatan, pencari dan penyelamat
Arcee (Motosikal Buell Firebolt) - Wanita dan srikandi Autobots
Mudflap dan Skids, robot kembar lebih dikenali sebagai The Twins
Mudflap (Kereta Chevrolet Trax) - Pahlawan
Skids (Kereta Chevrolet Beat) - Pahlawan
Sideswipes (Kereta Chevrolet Corvette) - Pahlawan
Jolt (Kereta Chevrolet Volt) - Pahlawan
Jetfire (Pesawat SR-71 Blackbird) - Pengawal udara
Wheelie (Kereta mainan kawalan jauh) - Perisikan
Decepticons
Megatron (Kereta kebal Cybertron) - Raja dan komander Decepticons
Starscream (Jet pejuang F-22 Raptor) - Wizurai udara Decepticons
Soundwave (Satelit Cybertron) - Komunikasi
Ravage (Kucing robot) - Perisikan
Blackout (Helikopter MH-53 Pave Low Sikorsky) - Pahlawan
Barricade (Kereta polis Saleen S281 Ford Mustang) - Pegawai polis rahsia dan perisikan Decepticons
Scorponok (Robot Kala jengking) - Pahlawan
Sideways (Kereta Audi R8) - Pahlawan
Alice (Pretender)
Constructicons - Unit pasukan jurutera dan kontraktor utama Decepticons
Devestator –
Gabungan kesemua robot Constructicons menjadi satu robot besar
Demolishor (Jentolak Terex O&K RH 400)
Long Haul (Trak pengangkut sampah Caterpillar 773B)
Rampage (Jentolak Catepillar D9)
Scrapper (Jentolak pengangkut pasir Caterpillar 992G)
Hightower (Kren Kobelco CK2500)
Mixmaster (Jentera pembancuh konkrit Mack)
The Fallen (Jet Cybertron) - Musuh utama yang terbesar selepas Unicron
Friday, July 10, 2009
Memperkasakan Bahasa Inggeris

1. Waktu BI sekolah kebangsaan tahap 1
ditambah daripada 240 minit (7 waktu)
kepada 330 minit (11 waktu) seminggu.
Manakala tahap 2 pula daripada 210 minit (6
waktu) kepada 300 minit (10 waktu) seminggu.
2. Memperkenalkan program sastera
kontemporari kanak-kanak BI kepada semua
murid Tahap 2 untuk mengukuhkan minat
membaca, di samping memperkenalkan
unsur sastera.
3. Memberi penekanan tatabahasa BI dalam
pengajaran dan pembelajaran.
Thursday, July 9, 2009
PPSMI Dalam Kenangan..

setelah sekian lama isu ini diperdebatkan.. akhirnya keputusan telah diumumkan.. ppsmi akan dimansuhkan untuk semua aliran mulai 2012.. keputusan kabinet ini mengubah dasar pengajaran dan pembelajaran PPSMI yang mula dilaksanakan pada tahun 2003 dlu..
bagi aku ada pro dan konnya..
pro ?
kalu tengok dari statistik keputusan peperiksaan UPSR 2008 yang ditunjukkan oleh pak menteri.. memang menunjukkan sedikit penurunan.. murid terutamanya yang kat area luar bandar tuh atau murid yang kebolehannya 50-50.. mungkin tak paham kehendak soalan.. tak paham istilah.. dan sebagainya.. jadi, dengan pemansuhan ppsmi nih dapat memudahkan murid luar bandar memberikan keyakinan untuk mereka belajar dengan lebih efisyen dan menjwab soalan pekse dengan lebih yakin..
ramai yang bersetuju dan gembira dengan keputusan ini.. bagi guru-guru yang terpaksarela mengajar.. berita ini mungkin menggembirakan mereka.. seblom nih banyak mengadu payah nak ngajar.. payah nak cakap bahasa inggeris.. budak tak paham.. kena datang kelas tambahan 'buddy support' lagi.. akhirnya.. 2012 nti dah tak payah nak pikir dah pasal hal nih.. -> yang nih lebih tepat kot.. kekeke..
kon ?
bagi aku yang terlibat secara langsung.. aku ngajar di skolah kategori luar bandar.. daripada pengalaman dan tinjauan aku.. walaupun terdapat kepayahan budak untuk memahami.. tapi sebenarnya banyak yang budak dapat belajar.. vocabulary diorang bertambah.. kemahiran membuat ayat dalam bahasa inggeris bertambah baik.. kemahiran bercakap lebih menyerlah.. kalu tanya soalan.. diorang akan bagi jawapan dalam bahasa inggeris.. serius..
bagi aku.. ppsmi tade masalah.. murid pun bukan masalahnya.. apa yang perlu ditekankan ialah cikgu-cikgunya.. kursus 3 bulan takkan mampu menghasilkan guru yang fasih berbahasa inggeris.. kalu nak buat.. cuba buat kursus berterusan.. KDC ke.. janji input yang diberikan kepada cikgu-cikgu tersebut berterusan.. bukan input pada peringkat awal jek.. baru laa output nanti akan lebih berkualiti..
aku quote sket apa yang Tun Mahathir ckp smlm..
''Kita perlu menghadapi masa yang susah, ini amat penting bagi masa depan
anak cucu dan negara, maka kita harus menghadapi cabaran pada peringkat awal.
''Saya yakin guru-guru kita boleh mengajar dalam bahasa Inggeris,"
katanya. ''Kalau boleh melatih guru-guru bahasa Inggeris kenapa tidak boleh
latih guru Sains dan Matematik, kita perlu belajar kerana ia amat penting bagi
masa depan anak-anak kita," katanya."
Wednesday, July 8, 2009
Penat!
Monday, July 6, 2009
Sesekali Teringat - part 1

kalu tengok gambar tuh.. memang retro gila..
tuh gambo masa aku dalam kelas 3 pintar batch 1987..
SK Bukit Sekilau, Kuantan..
diam tak diam.. dah berusia doploh dua tahun dah gambo tuh..
aku memang dah tade gambo lame2.. smernya dah kena telan dengan banjir..
thanks ler pada shahidah abd halim yang masih simpan kenangan nih..
banyak kenangan jugak masa nih..
antara yang tak dapat dilupakan..
masa pekse.. aku mmg dah cop no 25 ke atas..
tak penah dapat yang lebih elok drp tuh..
kekeke.. last2 kena turun kelas 4 bijak..
tapi tak sempat sbb aku dah tuka skolah lepas tuh..
masa nih gi skolah pakai suar pendek lagi..
aktiviti popular bertukar ganti.. bermusim..
ada main polis sentri..
ada main 'hopping'..
ada musim ' gambor tepuk'..
skolah petang kol 1.30..
tapi kol 11.30 dah pegi skolah..
sbb nak main..
bayangkan ler main bola pukul 12 tengahari..
miss that moment much!
Saturday, July 4, 2009
Exam Teori Kepengadilan Softball PSM Gred 3
