Thursday, December 10, 2009

Pelat atau Slang ?

satu lagi pencapaian untuk astro
khususnya dalam rancangan sukan yang
disiarkan di siaran espn 811..

seblom nih dah disiarkan sportcentre edisi Malaysia..
baru2 nih pulak dah dilancarkan edisi Malaysia yang
berbahasa Malaysia..

aku sempat tgk edisi sportcentre yang berbahasa malaysia
beberapa kali.. daripada apa yang aku perhatikan..

1. pembaca berita : aku tatau sama ada nak cakap pembaca
tuh pelat atau mmg dia cakap jenis mcm tuh..
bahasa malaysia slang omputeh boleh jadi..
tak berapa nak fasih cakap melayu la senang nak cakap..
skrip pun 'direct translation' drp b.i ke b.m..

2. terjemahan tajuk berita : apa yang korang paham dengan
'kaka kecai' ? puas aku mikir nder yang dimaksudkan dengan
'kaka kecai tuh'.. ada lagi beberapa perkataan.. tapi dah tak
berapa ingat dah.. tunggang-langgang jadinya..

harap pihak berkenaan amek serius dengan perkara di atas..
cari betul pembaca dan penterjemah yang dapat A1 dalam
paper BM SPM..

Wednesday, December 9, 2009

Terima Kaseh Tuan Presiden..

Daripada malam kelmarin lagi dah dapat berita
pasal Pahang telah 'dinaikkan pangkat' ke dalam
MSL 2010..


Mmm.. nak cakap ini berita gembira tak jugak..
sebenarnya perkara nih mmg dah dijangkakan
berdasarkan peristiwa2 yang berlaku kebelakangan ini..


secara langsung atau pun tidak..
berita ini dah pun menimbulkan rasa tak puas ati
penyokong2 lain kepada pasukan pahang..


puncanya ?
suara2 sumbang yang mengatakan bahawa pahang
adalah anak emas FAM.. yang mana Presiden FAM
tuh secara kebetulannya adalah Tuanku Sultan Pahang..
mcm2 tohmahan yang dilemparkan..


betul la kata sorang forumer dlm satu forum tuh..
yang tak merasa marah adalah geng2 tokgajah.com ajek..
tapi yer laa.. bukan penyokong2 yang nak sangat..
orang dah kasik tuh kebasshhh jek laa -> sudin 'bujang lapok'..


tapi sedikit sebanyak..
penyokong pun merasa tempias dia..
cacian2 tuh buat penyokong panas telinga jugak..


tapi tade arah laa.. keputusan pun dah dibuat oleh
Majlis Tertinggi FAM.. bukan oleh Presiden sorang jek..
naper tak disalahkan pak2 hangguk sekelian dalam
jawatankuasa tuh..


bagi aku sendiri..
aku lebih suka main kat liga bawahan jek dulu..
player2 muda.. biar diorang bina konfiden masa lawan2
pasukan yg sama taraf dia.. bina pasukan dari bawah..
naik pun dari bawah.. dengan usaha sendiri..
buat apa bangga dengan nak main liga elit kalu
baju yang dipakai gedoboh sangat.. tak padan dengan
badan masing2..

apa pun aku ucapkan selamat berjaya kepada
pasukan pahang dalam mengharungi MSL 2010..

Thursday, November 26, 2009

Salam Aidil Adha 1430h


di kesempatan ini aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan
selamat hari raya aidil adha 1430h kepada semua ghodong bloggers..

2010 : Tiada Kelibat Sofbol Dalam MSSM

sebenarnya lama dah dgr citer nih..
tapi masa taklimat pengurus pasukan masa
kejohanan u16 baru nih khabar tuh menjadi
semakin jelas.. semer bercerita pasal hal nih..

khabarnya tahun depan akan hanya tinggal 12 jenis
permainan je dalam kalender MSSM.. permainan berpasukan
yang mempunyai ahli yang ramai kebanyakkan hilang
daripada senarai.. kecuali yang ada sponsor besor macam
kah-se-beg dan carisbrook..

naper la sampai jadi mcm nih..
gawat sangat agaknya sampai terpaksa potong bajet
untuk program pembangunan atlet muda..
janganla kerana nak merealisasikan 1MF1 team
sampai terpaksa menafikan hak anak2 nih..

kesian untuk yang tahun 6, tingkatan 3 dan tingkatan 5
yang nak sijil penyertaan untuk peringkat yang tertinggi..

harap dan berdoa..
terbuka ati saper2 yang buat keputusan ni
untuk kembali memikirkan peluang untuk
anak2 ini mempersembahkan bakat dan potensi mereka..

Wednesday, November 25, 2009

Satu Lagi Tahun Gemilang Sofbol Pahang..


Alhamdulillah..
21 - 23 November yang lalu telah berlangsung Kejohanan Sofbol
Kebangsaan Bawah 16 tahun 2009.. Tahun nih kejohanan dilangsungkan
di Ipoh, Perak. Venue kejohanan bertempat di Taman Dr. Seenivasagam..
Kontinjen Pahang bertolak ke Ipoh pada hari Jumaat 20 November jam
8.30 pagi.. Sebanyak 2 team lelaki dan 2 team perempuan dari Pahang
telah menyertai kejohanan kali ini..
Kali nih aku handle team Perempuan A.. bereputasi sebagai juara bertahan
dalam kejohanan tahun lepas di Melaka.. kebanyakkannya adalah player senior
yang telah aku kenali sejak daripada team bawah 12 tahun dulu..
Team nih menepati ramalan untuk ke final..
sayangnya masa final kami tewas 6-8 kepada pencabar tradisi, Terengganu..
overall aku bangga dengan team nih.. dari awal sampai final..
masa final kami agak lambat panas sampai Terengganu leading 4 larian
sampailah kami bangkit untuk merapatkan jurang masa inning terakhir..
tapi kebangkitan tak mencukupi.. tahun nih terpaksa melepaskan
gelaran yang baru setahun dipegang.. tade rezeki..
rezeki yer jugek.. nasib pun yer..
aku sedikit ralat dengan beberapa keputusan umpire yang sedikit
sebanyak memberikan impak kepada game..
tapi nder dah lepas.. simpan jek la dalam ati..
semoga tahun depan softball Pahang akan lebih cemerlang..
tahniah juga kepada team lelaki Pahang A yang telah
berjaya menjuarai kejohanan.. tak ketinggalan team B lelaki
dan perempuan yang menunjukkan persembahan yang menyakinkan..

'6th u16 Softball National Championship 2009'


'6th u16 Softball National Championship 2009'
Boys u16
1. Pahang A
2. Terengganu A
3. Penang
4. Johor A
Girls u16
1. Terengganu
2. Pahang A
3. Perak
4. Penang

Wednesday, November 11, 2009

Kursus Kejurulatihan Sofbol MSS Pahang 2009

Lama betul rasa tak berupdate blog nih..
dah ada sawang2 yang kelihatan..
kekeke..

Akhir2 tahun macam nih mmg agak sibuk..
mcm2 nder yang datang.. tak sempat nak abes satu..
datang lagi 3.. tak sempat abes yang tiga tuh..
datang lagi 5..

arini baru jek abes 'kursus kejurulatihan sofbol
mss Pahang 2009'.. kursusu tersebut telah bermula
pada ahad yang lalu dan disertai oleh kira2
45 orang guru seluruh Pahang..
aku terlibat secara langsung dalam kursus ini
sebagai penceramah dan fasilitator..

bukan la pandai sangat..
tapi berkongsi ilmu dan pengalaman yang ada
bersama cikgu yang baru nak menceburi bidang nih..
kalu ikutkan kursus 2 hari setengah nih tak mencukupi
untuk memahirkan guru terbabit.. tapi rasanya cukuplah
untuk guru-guru terbabit mempraktikkan ilmu yang diperolehi
untuk membina pasukan sekolah masing2 bila kembali
ke sekolah nanti..

diharap dengan ilmu yang dicurahkan tersebut membolehkan
mereka melahirkan pemain-pemain softball negeri
yang berbakat dan berwibawa..

chaiyok!