Monday, August 3, 2009

Setem


aku tgk jugak citer melayu.. saper cakap aku tak layan..
cuma aku bukan penyokong filem razak mohideen atau
ahmad idham dan seangkatan dengannya..
citer yang nilai komersilnya melampau2..
aku ske tgk filem genre pengarah muda dan baru cam khabir bhatia dan
afdlin shauki.. filem2 dari sudut pandangan berbeza.. citer yang jauh
dari topik cinta, seram dan malay-rich lifestyle, bohsia + rempit..
malam tadi aku berkesempatan tgk citer 'setem' nih..
naper aku teruja ?
1. sbb afdlin shauki berlakon.. kekeke..
2. sbb subjek yang dipaparkan tak pernah diutarakan dalam filem2 melayu..
3. sbb filem nih dapat review yang baik dalam paper2 tempatan..
lebih kurang..
citer nih mengisahkan cubaan merompak setem lama yang dianggarkan
4m USD.. setem nih menarik minat beberapa kumpulan untuk memilikinya..
dalam pada cubaan2 yang dibuat tuh..
banyak la adegan2 menarik dan lucu dalam citer nih..
bagi aku..
jalan citer yang menarik..
sinematografi yang mantap..
lakonan bersahaja dan menarik dari afdlin, shidi, vanidah, que, sathiya etc..
tiada lawak slapstik..
cuma watak beberapa pelakon perlu diperbaiki..
Mani.. cakap ikut skrip.. kurang intonasi..
Piranha Lim.. mcm tak kena jek..
overall.. aku ske dan bagi 3.95 daripada 5 bintang untuk citer nih..
tak sabar nak tgu filem baru afdlin 'papadom'..

Wednesday, July 29, 2009

H1N1 a.k.a Selsema Khinzir



perkembangan terkini tentang h1n1 (naper takut sangat nak sebut selsema babi)..
kolej profesional mara, indera mahkota yang terletak dalam 4km
dari skolah aku dah terkena bahang daripada gejala nih..
dah dikuarantin selepas 4 orang pelajarnya disahkan positif h1n1..
dah tak jauh kpm dgn skolah aku...
baru jap tadi pegawai kesihatan datang untuk bagi taklimat kepada murid2..
tatau dowang nak buat bila..
blom finalise lagi..
keadaan semakin membimbangkan..
dah boleh pi cari topeng petang nih..

Kempen Derma Darah

jumaat nih dah dijadualkan program derma darah kat skolah aku..
sempena bulan kecergasan dan program rimup..

borang2 dah diedarkan untuk ibubapa yang nak volunteer..
survey untuk cikgu pun dah dibuat..

aku ?
dah amek CRK untuk balik kampung isteri :)
bukan sbb nak lari.. (walaupun aku takut tengok darah banyak2..)
tapi kalu ikut planning awal..
kami nak ke kelantan.. jadi amek CRK untuk gerak pagi jumaat..

p/s : teringat kat samyvellu bila terkenang ke program derma darah nih.. kekeke..

menderma amalan mulia..

Tuesday, July 28, 2009

Mangsa Sistem Kapitalis

Caj Astro naik RM12 kerana EPL

KUALA LUMPUR - Bermula 1 Ogos ini, peminat saluran sukan di stesen
televisyen satelit berbayar, Astro akan terpaksa membayar lebih.Kenaikan bayaran
sebanyak RM12 itu ekoran peningkatan kos bagi hak penyiaran Liga Perdana England (EPL) baru-baru ini, kata Ketua Saluran Sukan Astro, Lee Choong Khay.

Choong Khay berkata, kenaikan tersebut antara lain berpunca daripada peningkatan kos operasi kelab-kelab bola sepak yang bermain dalam liga tersebut.

Kelab-kelab dalam EPL terpaksa membayar gaji pemain dan menguruskan kelab mereka.

tak sangka plop aku yang trend bayar gaji mahal kat epl memberikan efek sangat besar kepada astro.. kekeke.. agak2 la kan..

alasan.. smer orang pun boleh bagi alasan..

ini aku anggap sebagai menangguk di air yang keruh.. service yang diberikan tak berapa.. tapi tak abes2 nak cekik darah.. mentang2 tade persaingan kat malaysia nih..

seblom pikir nak naik caj.. pikir dulu mcm mana cara nak atasi masalah 'service currently not available' bila time hujan..

Monday, July 27, 2009

Victory!

malam tadi jalan2 dekat T.I Lane, Jalan Tun Ismail..
masuk kedai dvd.. selak punya selak..
akhirnya jumpa citer otai yang aku cari2 selama nih..

citer 'Victory' lakonan Sylvester Stallone..
citer yang diterbitkan pada tahun 1981 nih mengisahkan tentang
tawanan perang tentera berikat yang dijemput mengadakan perlawanan
persahabatan bolasepak menentang pasukan Jerman semasa perang dunia ke 2..
perlawanan ini menjadi batu loncatan untuk tawanan2 nih melarikan diri..
selain daripada tajuk nih.. filem ini juga dikenali sebagai 'Escape To Victory'..


selain daripada Sly.. filem ini turut dibintangi Michael Caine dan lagenda2
bolasepak dunia yang lain seperti Pele, Bobby Moore, Osvaldo Ardilles,
Kazimierz Deyna dan ramai lagi.. Tu yang menjadikan filem ini istimewa..


selain tuh aku aku ada jugak beli citer nih 'Los dan Faun'..
sebenarnya aku dah tgk dlu masa ditayangkan kat wayang dalam bulan disember tahun lepas.. tapi rasa mcm tak puas tgk lagi.. jadi aku sambor la satu.. dlu kat blog lama aku dah citer pasal movie nih.. memang besh.. tgk kali kedua pun aku bley tergelak lagi..

aku bukan nak review pasal citer nih.. tapi yang beshnya nak citer dvd nih dicopy semasa tayangan filem nih di saluran a***o box-office.. kekeke.. padan muka a***o.. jual murah pulak tuh.. aku layan jek..

Thursday, July 23, 2009

Karnival Sofbol MSS Pahang u10 2009


Alhamdulillah.. baru je abes organise satu lagi acara yang agak besar..
Klinik Pembangunan dan Karnival Sofbol MSS Pahang Bawah 10 tahun
untuk tahun 2009.. Program ini bermula pada 20.7.2009 dan berakhir
pada 22.7.2009.. Ia dilangsungkan di SK Kampong Padang, Kuantan..

Tujuan diadakan program nih adalah untuk mendedahkan sukan sofbol
untuk murid-murid seawal usia 9 dan 10 tahun.. Klinik dan karnival
memberikan mereka peluang untuk belajar asas-asas permainan
dan beraksi pada perlawanan yang agak kompetitif pada usia awal
10 tahun lagi.. jadi ia akan memberikan pengalaman yang sangat berguna
kepada mereka..

Bagi aku objektif tersebut dapat tercapai dengan kejayaan mencungkil
dan mengenalpasti beberapa talent yang akan diserapkan dalam pasukan
Tunas Pahang.. Mereka akan dikumpulkan dalam satu pasukan dan
akan bertanding dalam Karnival u11 dan Kejohanan MSS Pahang tahun depan..

Harapan aku moga team yang akan ditubuhkan ini dapat mengekalkan
prestasi cemerlang pasukan Sofbol MSS Pahang pada masa akan datang...

GAMBATTE!

more pics : http://picasaweb.google.com/epit2303

Tuesday, July 14, 2009

Galah Panjang

tadi masa pj dah cuba perkenalkan permainan galah panjang
nih pada budak tahun 4m.. dah namanya budak..
nak2 yang kaki main tuh.. ajar sekejap jek dah bley cepat menguasai dah..
aku pun turut serta mengeluarkan peluh main ngan dowang..
bley tahan jugak la mengahnya..

lepas cari2 dalam tenet.. jumpa jugak cara permainan nih kat wikipedia..

macamana nak main ?

1. Cara permainan galah panjang tidaklah sesukar mana tapi ia dapat menguji kepintaran, kecekapan dan kepantansan setiap pemain.

2. Gelanggang galah panjang di lakar diatas tanah yang lapang.
Panjang dan lebar bergantung kepada pelukis garisan dan bilangan pemain.
Selalunya satu petak galah panjang berukuran lebih kurang 2 meter x 1.5
meter.

3. Selepas pemilihan dilakukan, setiap kumpulan akan melakukan pemilihan ketua. Ketua dari kedua-dua kumpulan akan mengundi siapa yang menjaga gelanggang dan siapa yang menempuh gelanggang.

4. Selepas penentuan, kumpulan yang menjaga gelanggang akan menjaga gelanggang dengan berpijak diatas garisan yang dilukis tadi. Ketua akan menjaga garisan tengah dan bebas pergi kemana-mana garisan depan atau belakang.

5. Kumpulan menempuh gelanggang akan berkumpul di depan, seterusnya ketua akan menyapakan tanganya dengan ketua pihak lawan. Seterusnya mereka berlari masuk ke dalam gelanggang.

6. Penjaga akan mejaga kawasannya agar pihak penempuh tidak melepasi garisan yang dijaganya.

7. Penempuh akan menempuh sampai melepasi garisan paling akhir tanpa disentuh oleh penjaga gelanggang dan kemudiannya berpatah balik.

8. Kemenangan tercapai apabila orang yang telah melepasi garisan paling akhir melepasi garisan permulaan. Dan permainan diteruskan sehingga ada pemain yang ingin berhenti.


Permainan ini sebenarnya bergantung kepada kepakaran seorang ketua atau ibu untuk mengawal gerakan anak buah bagi pihak yang mengawal gelanggang.
Manakala kecekapan dan kepantasan teruji kepada pihak yang menempuh gelanggang.
Jika pihak menempuh gelanggang mempunyai kebijaksanaan menempuh gelanggang,
maka mereka boleh menang dengan mudah.

aku ada plan gambar gelanggang dia.. nak share kat sini tapi nak load gambar slow tahap
cipan tenuk zoo melaka punya.. lain kali jek laa..