Friday, July 19, 2013

SKSU ORCA!


Sekolah baru, team baru.. Masa dalam meeting staff pertama aku buat senyap jek.. Hari ke 2 di SKSU GPK KO sendiri yang bertanya.. Dah ada berita yg sampai padanya bahawa aku merupakan coach negeri.. Sebenarnya memang aku nak set up team di sini.. Tapi, biarlah nanti2 aku approach semula.. Tak sangka Green Light datang dari pihak pentadbir seawal hari kedua aku di SKSU..

Bermula dari Z.E.R.O, aku mulakan team girls dulu.. Mostly aku amek budak Year 5 dan seorang Year 4.. Budak Year 6 tak amek.. Target aku biar train budak Year 5 agar aku boleh bawak lagi diorang next year.. Kira tahun pertama nih bawak untuk pendedahan dulu..

Previous knowledge ialah permainan ROUNDES.. Tak pernah tgk game softball kecuali dalam buku teks PJ tahun 5.. Dulu masa di SKKP, aku ambil daripada tapak yang telah kukuh dibina oleh Mr. Soondar.. Kali ini aku kena mula sendiri.. Peralatan dah ada sket2 di sekolah ni.. Leather glove size 11'' ada 9.. Ada bat 3 batang.. Batting helmet ada 5.. Catcher's set ada 1.. Sekolah nih dapat peralatan daripada KPM pada tahun 2005.. Selepas pihak KPM buat Kursus Kejurulatihan MSSM di Lis Na Ree Resort (Belakang SKSU jek..) dan menggunakan padang sekolah ini sebagai tempat praktikal..

Sekolah bagi RM1500 untuk aku beli peralatan.. Aku tambah leather glove 5, youth catcher's set 1 dan training ball 1 set yang dibeli dari US melalui Ah Loon.. Aku mula turun padang dalam bulan 2..

Pertandingan pertama buat SKSU ORCA ialah Pertandingan Sofbol MSSD Kuantan 2013 pada awal April.. Kami mendapat tempat ketiga.. Alhamdulillah! Permulaan yang baik untuk sebuah pasukan yang baru dibentuk selama 2 bulan.. 3 orang player SKSU dapat wakil daerah Kuantan dan seterusnya layak untuk mewakili Pahang ke Kejohanan MSSM yang diadakan di Negeri Sembilan Jun lepas..

Harapan aku, moga selepas ini softball akan menjadi BUDAYA buat murid-murid SKSU..

No comments:

Post a Comment