Friday, July 19, 2013

Hijrah Itu Pengorbanan!


Selain daripada kawen, keputusan untuk berhijrah ini juge merupakan satu keputusan yang terbesar dalam hidup aku.. Sebenarnya pindah dari SK Kampong Padang, Kuantan merupakan sesuatu yang tak pernah terlintas di hati.. Tapi rasanya tuntutan hidup berkeluarga membuatkan aku redha dan pasrah dalam memastikan keputusan yang dibuat ini tepat..

Results EG-tukar keluar pada 3 November 2012.. Mula tuh berdebar jugek.. Maklum laa.. 12 tahun di SKKP dan aku sangat selesa dalam persekitaran di situ.. Ini nak berpindah ke tempat baru pulak.. Suasana baru.. Rakan sekerja baru.. Cara kerja yang baru..

Lapor diri 26.12.2012 untuk mesyuarat staff yang pertama.. Rasa macam susah nak suaikan diri.. Aku bukan jenis banyak mulut.. Takde idea nak sembang ngan rakan baru.. Tapi lama kelamaan dah makin okay.. Cikgu laki semua boleh cucuk angin dan layan kepala.. Geng cikgu pompuan pun sporting.. Bila dah lama tuh, boleh buat gurau dah.. Ok laaa tuh..

Sekarang dah bulan ke 7 di SKSU.. Pejam celik, pejam celik.. Kejap ajek rasa..
Moga Allah s.w.t memberi lebih keberkatan dalam menjalankan tugas di sini..
Insyaallah!

No comments:

Post a Comment