Friday, July 19, 2013

Anugerah Terindah Part 2



Tepat jam 6 pagi 12 Ogos 2012, di Wad Bersalin Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu lahirnya puteri keduaku. Lahir dalam bulan Ramadhan yang mulia, menambahkan lagi seri buat kami sekeluarga..

Kami suami isteri sepakat untuk menamakan bayi ini dengan nama AFREENA BINTI SYAFEEQ..
Mengekalkan EE sebagai tradisi keluarga.. Kakaknya IRDEENA..

Waktu ini Afreena sudah masuk 11 bulan.. Dah boleh menapak sikit2.. 5-6 langkah.. Tido senang terjaga.. Kadang-kadang pukul 1 pagi bangun buat hal sendiri.. merayap.. manjat atas ibu dia.. Bulan puasa tahun nih, pantang ibu bangun untuk masak.. dia pun ikut sama bangun, konon nak tolong ibu.. tapi nak bergayut manjang..

Kakak Irdeena dah nak masuk 3 tahun.. 24 Julai ni cukup 3 tahun.. Dah besar dah kakak.. Abi harap kakak dan adik dapat jadi anak solehah yang boleh abi dan ibu harapkan pada masa depan.. Kalau abi dan ibu dah tade nanti, jangan putus untuk sedekahkan doa untuk abi dan ibu..Semoga hidup kalian mendapat keberkatan Ilahi di dunia dan akhirat.. Insyaallah..


No comments:

Post a Comment