Saturday, February 6, 2010

Akhirnya..

dalam entry awal aku ada mengisahkan tentang
penarikan sejumlah sukan dan permainan dalam MSSM..
perkara ini mendapat perhatian drp berita harian yang mendedahkan
perkara tersebut sehingga mendapat respond drp ibu bapa
yang prihatin ttg kegiatan kokurikulum anak masing2..

akhirnya dalam laporan berita harian khamis lalu..
TPM merangkap Menteri Pelajaran telah mengumumkan
suntikan dana sebanyak RM98 juta kepada MSSM untuk
memastikan sukan2 dan permainan peringakt akar umbi
dapat diteruskan.. sukan2 tersebut termasuk la SOFBOL..

alhamdulillah.. akhirnya doa2 daripada anak2 murid aku
dimakbulkan Allah swt.. mereka sedih sgt waktu aku ceritakan
tentang sukan ini yang ditarik penyertaannya dalam MSSM
masa mesyuarat penubuhan kelab bulan lepas..

semoga berita baik ini berjaya membangkitkan semula
semangat mereka untuk menempuh hari2 yang seterusnya..
keep the spirits alive!

No comments:

Post a Comment