Tuesday, February 16, 2010

TGC masih meriah..

alhamdulillah..
akhirnya berjaya jugak dilangsungkan aktiviti tahunan ini
dengan jayanya.. kawan selaku penganjur kejohanan mengucapkan
jutaan terima kaseh kepada smer pemain terlibat dan juga
crew2 pada hari pertandingan seperti saripyp, sayed77, ivaa86 dan nushan..
juga kepada peralatan2 komunikasi walkie talkie yang amat berguna
walaupun hanya dapat digunakan masa peringkat kumpulan..
masuk 2nd round bateri dah abes.. hehehe..

kawan jugak memohon jutaan kemaafan kepada smer ghodong2..
sekiranya terdapat sebarang kekhilafan dan kekurangan sehingga
menimbulkan rasa kurang senang dalam ati kalian semer..
harap2nya tade laa.. apa pun sekiranya ada yang ingin disuarakan
untuk kebaikan.. atau kritikan yang membina untuk membantu
meningkatkan kelancaran kejohanann kita pada masa akan datang..
bolehlaa kalian smer PM saya personally.. tak pun yang ada no tepon
kawan tuh.. bley la sms..

secara personally, kawan mengucapkan tahniah kepada
MEXICO - juara kejohanan TGC World Cup Dreams! dan
ITALY
- juara liga TGC 2010.. sesungguhnya anda semer memang
layak untuk bergelar pasukan JUARA..


Tak ketinggalan kepada THE SPANIARDS, miyoha, semantan (capiten), syed,
shapik, ganchong dan miyo.. team kita bukan tak bagus..
menang 2 seri 4 kalah 1..
last2 terpaksa menentukan kedudukan kita di tempat ke 4 - 5
dengan sepakan penalti..

mutu kejohanan kali ini kawan lihat sangat berbeza dengan tahun
yang lepas2.. sememangnya semakin banyak peningkatan..
team2 kali ini agak seimbang dan smer team berpeluang untuk menang..
hanya nasib dan percaturan yang betul membuahkan kejayaan..

sekali lagi kawan secara personally, mengucapkan jutaan terima kaseh
kepada sponsor/penyumbang2 material + tenaga.. terlalu ramai
untuk kawan senaraikan di sini.. cukuplah kawan anta sms personally
kepada mereka2 yang terlibat.. anda memeriahkan kejohanan kali ini..
terima kaseh sekali lagi.. harap tahun depan kita akan perolehi
lebih banyak sumbangan.. Insyaallah..

Akhir kata.. harap dapatlah kita berjumpa lagi dalam edisi yang
seterusnya pada tahun hadapan.. Insyaallah.. semoga penyertaan
pada tahun hadapan sama meriah atau lebih ramai drp kali ini..


TGCians ROCKS!

No comments:

Post a Comment