Sudah 628 hari blog ini tidak berusik..
Macam-macam sebelum nih laa..
Kalau datang hari nak menulis tuh, mencurah-curah idea nak share..
Bila sampai datang malas tuh, jenguk pun tak sudi..
Hati ni nak sekali untuk berblog..
Kalau boleh hari-hari nak menulis..
Tapi apa kan daya..
Kali nih pun tak tau sampai bila dia punya semangat tuh..
Kalau rajin Insyaallah berterusan..
Banyak peristiwa penting, manis dan pahit sepanjang 628 hari ni..
Akan dishare satu-persatu, Insyaallah..
Friday, July 19, 2013
Saturday, November 12, 2011
Ada Apa Dengan 11.11.11 ?
Ada apa dengan 11.11.11 ?
- raptai penuh majlis anugerah kecemerlangan pendidikan..
- print SED401 assignment..
- perbincangan jamuan dengan murid tahun 3 takwa..
- hantar buku rekod..
- solat jumaat
- bukak file penilaian rumah di rahim & co..
- ushar cat untuk proses ngecat rumah..
- bayar bil air + api kat pejabat pos besar kuantan..
- jawab kuiz BAB451 Bahasa Arab secara online di i-class..
- layan citer THUNDERBIRDS kat TV3..
- tidor awal esok nak kelas..
Ada apa dengan 11.11.11 ?
hanya sekadar hari biasa untuk aku..
hari yang ada angka 1 sebanyak 6 kali..
Tuesday, August 23, 2011
SAPS - Sakit Ati Plus Stress!
Akronim kat atas telah digunakan oleh seorang sahabat dalam wallpostnya di FB..
Hehehe.. Agak2 memang kena la kot..
Sakit hati dan stress lepas berkali-kali masukkan markah, tov dan etr tapi last-last
kuar error.. haish! Rasa macam nak hantuk-hantuk kepala kat dinding!..
Untuk makluman semua, SAPS nih ialah Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah..
Sistem yang membolehkan cikgu-cikgi key-in markah, tov dan etr dan markah-markah
tersebut boleh dilinkkan terus dengan Kementerian..
Memang diakui sistem ini sebenarnya banyak kebaikannya.. Tapi ia juga dilihat mempunyai
banyak kelemahan.. Banyak yang perlu diperbaiki terutama keupayaan server untuk
menampung pengguna yang ramai dalam satu-satu masa..
Sunday, August 21, 2011
Bersamamu..
Macam apa jek tajuk.. hehehe..
Untuk Ramadhan 1432h nih.. komuniti Tokgajah.com telah merancang untuk menyumbang
kepada rumah anak-anak yatim di sekitar Kuantan.. Jadinya setelah topik dibuka di forum
dan iklan dibuat dalam FB.. Maka sejumlah wang telah dapat dikumpulkan untuk tujuan tersebut..
Maka dengan ini saya ingin merakamkan jutaan terima kaseh kepada mereka yang sudi untuk
memberikan sumbangan dalam menjayakan program kita kali ini..
Dengan sumbangan-sumbangan kewangan daripada ghodong-ghodong..
Gambar kat bawah nih la hasil barangan keperluan yang dapat dibeli..
Antara barangan keperluan yang dapat dibeli ialah beras, bihun, gula, milo, teh uncang lipton,
susu pekat, biskut dan juga sejadah..
Pada peringkat awal ada 4 cadangan tempat untuk dihantar barangan tersebut..
Akhirnya setelah dipertimbangkan dan mendengar pendapat-pendapat daripada
ghodong-ghodong dan masyarakat setempat, maka kami memilih untuk menyumbangkan
barangan keperluan tersebut ke Permata Al-Insyirah yang terletak di Perkampungan
Sungai Isap, Kuantan..
Penyerahan barang keperluan tersebut telah selamat berjalan.. Tak disangka antara
penaung rumah tersebut ialah USTAZ HAMIZI JAMALUDDIN, ustaz dari JAIP
yang banyak muncul dalam Radio Malaysia Pahang.. Ustaz nih terkenal dengan ceramah
yang menggunakan loghat Pahang.. Sempatlah berborak sekejap dengan beliau tadi..
Diharapkan kami dapat meneruskan usaha murni ini pada masa-masa akan datang..
Untuk Ramadhan 1432h nih.. komuniti Tokgajah.com telah merancang untuk menyumbang
kepada rumah anak-anak yatim di sekitar Kuantan.. Jadinya setelah topik dibuka di forum
dan iklan dibuat dalam FB.. Maka sejumlah wang telah dapat dikumpulkan untuk tujuan tersebut..
Maka dengan ini saya ingin merakamkan jutaan terima kaseh kepada mereka yang sudi untuk
memberikan sumbangan dalam menjayakan program kita kali ini..
Dengan sumbangan-sumbangan kewangan daripada ghodong-ghodong..
Gambar kat bawah nih la hasil barangan keperluan yang dapat dibeli..
Antara barangan keperluan yang dapat dibeli ialah beras, bihun, gula, milo, teh uncang lipton,
susu pekat, biskut dan juga sejadah..
Pada peringkat awal ada 4 cadangan tempat untuk dihantar barangan tersebut..
Akhirnya setelah dipertimbangkan dan mendengar pendapat-pendapat daripada
ghodong-ghodong dan masyarakat setempat, maka kami memilih untuk menyumbangkan
barangan keperluan tersebut ke Permata Al-Insyirah yang terletak di Perkampungan
Sungai Isap, Kuantan..
Penyerahan barang keperluan tersebut telah selamat berjalan.. Tak disangka antara
penaung rumah tersebut ialah USTAZ HAMIZI JAMALUDDIN, ustaz dari JAIP
yang banyak muncul dalam Radio Malaysia Pahang.. Ustaz nih terkenal dengan ceramah
yang menggunakan loghat Pahang.. Sempatlah berborak sekejap dengan beliau tadi..
Diharapkan kami dapat meneruskan usaha murni ini pada masa-masa akan datang..
Thursday, August 18, 2011
Coretan 18 Ramadhan 1432h
Alhamdulillah, minggu lepas berkesempatan sekali lagi untuk sama-sama merasai kemeriahan berbuka puasa di Padang MPK 1 berhampiran Masjid Sultan Ahmad Shah 1, Kuantan.. Acara yang dah menjadi BUDAYA orang Kuantan setiap kali bulan Ramadhan..
Namun kali nih aku bukan nak bercerita tentang kemeriahan berbuka di padang tuh.. Kebetulan hari tuh nasib tak berapa menyebelahi aku dan ghodong2..
Betul2 sejurus sebelum azan Maghrib berkumandang, hujan turun dengan selebat-lebatnya.. sebelum tuh memang dah kelihatan awan-awan hitam yang berarak memenuhi ruang-ruang kosong ruang udara di kawasan padang tersebut..
Maka bertempiaranlah semua umat manusia mencari tempat perlindungan..
Ada yang masuk dalam kereta masing-masing.. Ramai juga yang mencari perlindungan di dalam masjid..
Maka dapat dilihat berbagai orang dan ragam yang mengambil kesempatan untuk berbuka di dalam masjid.. Di ruang makan dan di kawasan hadapan mengadap pintu masuk..
Dalam pada tengah menjamu selera tuh ada la situasi-situasi yang tak menyedapkan mata..bolehlah dianggap sebagai kurang sopan dan tidak menjaga adab-adab sewaktu berada di dalam masjid..
1. Seorang wanita sedang tunggu hujan berhenti di pintu masuk utama selepas selesai makan, di dalam masjid berhampiran kaunter guard, tak menutup aurat.. terang2 rambut merah berkarat.. berbaju agak menjolok mata dan berseluar legging.. muka mcm tak bersalah ajek.. tade pun rasa malu2.. Pasangannya seorang lelaki yang asyik menghembuskan asap rokok mcm naga berada di sebelahnya.. Orang ramai pandang pun buat-buat tak paham..
2. Couple. Pasangan pakwe makwe yang berbuka sama2.. Si perempuan ikut yang si lelaki makan di kawasan jemaah lelaki.. seronok sangat makan.. Orang lain pandang mcm dah tade apa2 kesan dah..
3. Perempuan tak bertudung, lelaki suar khakis separuh, lelaki pakai suar jeans koyak lutut etc etc..
Yang berbuka puasa dalam masjid terus balik lepas makan tanpa bermaghrib tu usah cerita laa..
Haish! Sebagai seorang muslim/muslimah, ketahuilah adab-adab sewaktu berada di dalam masjid.. rumah Allah.. hormati TUAN rumah tersebut.. jangan pakai langgar jek..
Sama-samalah kita berpesan-pesan untuk kebaikan..
pic : dR ali @ 2121studio.com
Thursday, August 4, 2011
Kisah Benar
Ini kisah benar!
Berlaku di sekolah tempat aku mengajar..
Tak sampai sebulan pun lagi umur cerita ini..
Kisah yang boleh dikategorikan sebagai SG yang memerlukan PARENTAL GUIDE
bagi kanak-kanak yang berumur 13 tahun ke bawah..
Kisah seorang murid lelaki tahun SATU yang telah membunuh seekor kucing dengan kejam.. Kucing tersebut telah dipijak-pijak perutnya dan dicampakkan ke dalam kolam ikan di dalam kawasan sekolah.. Bersebelahan dengan bilik guru besar.. Ganas tak ? Ganas la tuh.. Bagi orang biasa nak bunuh tikus yang masuk dalam rumah pun ada perasaan tak tergamak tuh.. Apatah pulak lagi kucing.. Haiwan peliharaan yang dibelai-belai oleh pemiliknya..
Tak pernah terbayang oleh kita seorang murid yang baru berusia 7 tahun sanggup melakukan perkara tersebut.. Kalau tengok muka memang tak percaya.. Naif sangat.. Tapi apa yang buat dia terdorong untuk melakukan pembunuhan tersebut..
Mungkinkah televisyen memainkan peranan utama untuk menjadi influence kepada mereka ?
Terlalu banyak disogokkan dengan cerita bercorak gangster, kongsi gelap, bunuh sana.. bunuh sini, Nilai nyawa terlalu murah. Ini yang kanak-kanak belajar melalui apa yang mereka lihat..
Dalam hal ini, ibu bapa perlu memainkan peranan mereka dalam mengawal bahan-bahan yang ditonton oleh anak-anak mereka sewaktu di rumah..
Bimbang juga apa akan jadi pada mereka jika tak terkawal daripada
sekarang..
Mohon Allah swt melindungi anak-anak kita daripada terus dikelabui dengan unsur-unsur negatif yang boleh merosakkan masa hadapan mereka..
Wednesday, August 3, 2011
Coretan 3 Ramadhan 1432H
Puasa tapi TAK SOLAT..
Puasa tapi TAK TUTUP AURAT..
Puasa tapi MULUT MASIH MENGUMPAT..
Puasa tapi HATI MASIH BERDENDAM..
Puasa tapi HATI MASIH CURIGA..
Puasa tapi MASIH IKUT KATA NAFSU..
Puasa tapi DERHAKA PADA AYAH DAN IBU..
Puasa tapi PUTUSKAN SILATURAHIM..
Puasa tapi MASIH BERSENGKETA..
Sempurnakah PUASA kita ?
Jangan sampai hanya dapat LAPAR dan DAHAGA!
Subscribe to:
Posts (Atom)






