Alhamdulillah.. lepas beberapa bulan tertangguh..akhirnya sirkit pembangunan sofbol kali kedua untuktahun nih berjaya jugak direalisasikan..untuk sirkit kali nih.. dikhaskan untuk pemain2 bawah 11 tahun..projek untuk mssm 2010.. 6 pasukan lelaki dan 5 pasukanperempuan mengambil bahagian untuk sirkit kali nih..semua skolah2 perantis sofbol termasuk satu team projekbawah 10 tahun yang dikenali sebagai 'Tunas Pahang' untukkedua2 kategori..aku memandang sirkit nih sebagai langkah pertamadalam mengenalpasti bakat untuk team sofbol MSS Pahang 2010..Alhamdulillah.. aku rasa Pahang tak ketandusan bakat2 baru..yang aku nampak.. pemain2 muda nih memerlukanlebih bnyk tournament/sirkit sebegini untuk merekalebih memahami situasi permainan..Insyaallah.. lepas PT Sofbol Pahang turun naik Unit Sukan..akhirnya dimaklumkan yang kami berjaya dapat satu lagi sirkit extra seblom cuti akhir tahun nanti..itu dah cukup menggembirakan..
kalu ikut planningnya..8 disember 2009 aku dan wife akan fly ke Padang, Indonesia..Trip bersama dengan cikgu2 sekolah ke Padang dan Bukit Tinggi..tahun 2007 kami ke Langkawi.. 2008 pulak ke Kuching..tahun nih nak merasa angin negara jiran pulak..Flight balik pula dijadualkan 12 disember..tapi betulla apa yang orang cakap..kita hanya mampu untuk merancang..tuhan jugak yang menentukan..kalu tuhan cakap jadi.. maka jadilah..kita sedia maklum yang skang nih area Padangtuh sedang ditimpa musibah..dah jadi padang jarak padang tekukur..dah mana tempat nak shopping pun tatau dah..walhal.. inilah agenda utama..kekeke.. walaupun bukan aku yang tukang shoppingnya..jadinya.. lepas dibincang2 sesama ahli rombongan..maka ramailah yang nak menarik diri..termasuk la aku.. tade ati langsung dah nak pegi..apatah lagi lepas isu2 semasa yang berlaku kat sana..Kak As sebagai ketua rombongan pun cuba la ejas ngan company penerbangan tersebut.. memandangkan kami tak gunakan agen..setidak2nya.. dapat la tukar destinasi.. walaupun kena tambah sedikit..tak kisahlaa..skali nak refund tak dapat.. nak tukar destinasi pun tak boleh..alasannya.. selagi airport sana masih beroperasi..flight pun akan terus menjalankan tugasnya..nak tanak kena pegi..kalu tanak jugak.. duit tambang KIRA HALAL...
Selamat menghadapi Penilaian Menengah Rendah 2009bagi semua pelajar2 tingkatan 3.. terutamanya khas untukbekas anak2 murid yang terdahulu..Tabah hadapi ujian yang mendatang..Moga memperolehi keputusan yang cemerlang..Walaubagaimanapun..dalam debaran pelajar2 ini mengambil ujian..terjadi beberapa insiden yang tidak sedap didengar..macam tak percaya kejadian tersebut berlaku di Malaysia..kejadian pertama..kes membakar dewan peperiksaan..kejadian kedua..panggilan palsu bom..adeh.. tak paham aku.. rasanya yang buatnya tak lain budak yang sepatutnyaambil periksa tuh sendiri..mungkin sbb dia rasa dia tak bersedia..dia mengambil keputusan untuk membuathal tersebut yang telah menyusahkan banyak pihak..kesian aku kat budak macam nih..apa masalah diorang pun tatau laa..mungkin masa nak buat tuh diorang rasa"inilah idea yang paling bernas abad ini.."macam tuh agaknya..kalu betul ada unsur2 sabotaj..harap pihak berkuasa dapat ambil tindakan..bagi pengajaran sket pada yang lain..
masih ingin bercerita tentang apa yang berlaku di negara jiran..sejak bencana tersebut melanda.. kerajaan malaysiadan NGO mengambil inisiatif sendiri untuk membantu..media2 sediakan tabung..kerajaan hantar pasukan SMART..ATM hantar pasukan penyelamat..pendek kata..tak sanggup kita nak lihat jiran kita tuh menderita..walaupun mereka dah buat mcm2 perkara yangmenyakitkan ati.. kita tetap hulurkan tangannak bantu..tapi bila aku baca paper arinih..rasa macam tak berbaloi nak membantu diorang nih..tatau nak kenang budi..dalam keadaan dilanda bencana tuh..ada lagi pasaan benci diorang pada kita..apa yang terlintas di fikiran diorang bilasanggup halang pesawat hercules milik ATM daripada mendarat kat sana.. siap baling batu lagi..kalu tanya aku..smer ahli pasukan penyelamat tuh..pack smer barang..balik malaysia..anda tak diperlukan di sana..
4 Oktober lalu skali lagi negara jiran dilanda gempa bumi..kali nih di Padang, Kepulauan Sumatera, Indonesia..Gempa yang berukuran 7.6 skala richter telah diberitakanmenghadirkan kematian sehingga mencecah 800 orang..Ini merupakan kali kedua dalam 2 tahun selepas peristiwayang sama berlaku pada 6 Mac 2007.. Pada waktu tu gempa berukuran 6.3 skala richter dan mengakibatkan kematian seramai 80 orang..Sebenarnya aku dalam perancangan untuk ke Padang Disember nih..tiket flight pun dah tempah.. penerbangan kami dijadualkanberlepas pada 8 Disember jam 7.55 am..Bila dah berlaku mcm nih.. aku tak rasa yang perancangan tersebut akan menjadi kenyataan.. maklum laa..kalu tengok berita.. bangunan2 mmg total lost..aku tak pikir dapat diperbaiki dalam masa 3 bulan nih..bukan rezeki lagi agaknya nak sampai sana..Bila tengok mangsa2.. terutama budak2 kecik..rs sebak dan hiba.. kesian sangat..terpaksa diorang melalui saat2 genting mcm tuh..Tahniah kepada kerajaan dan pihak NGO dariMalaysia yang mengambil inisiatif untuk menghulurkan bantuan..perikemanusiaan lebih utama.. walaupun diorang sibuk2 nak 'sweeping malaysian' keranahal yang remeh-temeh..
kehangatan syawal masih terasa..mmg raya tahun nih banyak berjalan jugak..raya ke 3 dah abes dah duit raya yang nak diberi..skolah pun dah dibuka pada hari nih..melangkah masuk ke skolah dengan azam baru..kekeke..duduk jek kat anjung dah dapat berita terhangat abad ini..ia tentang seorang murid dan seorang bekas anak muridyang membuat operasi menceroboh dan mencuri kedai buku..masa assembly GB sebut pasal nder nih..khamis malam jumaat sblom raya tuh punya insiden..tgh2 org lain berterawih.. 2 orang budak nih menjalankanaktiviti mencari duit raya.. last2 kantoi ngan pengawalkeselamatan.. citer jadi panjang sampai pengetahuanGB, GPK, mak bapak budak terbabit dan Pegawai Perhubungan PDRM sekolah..Tatau la budak2 skang nih..influence mana yang diorang amek..sorang tuh budak tahun 6.. baru lepas UPSR..mmg kena bambu teruk semua budak tahun 6 lepas assembly tadi..sorang lagi ex-student yang skang nih tingkatan 2..masa skolah dulu org cakap 'juruh' jek budaknya..tapi.. bila kenang2 smula..mungkin jugek secara kebetulan..bapak budak 2 orang nih ada sejarah menghentam, mengkritik, mengomen dan marah cikgu sbb hal2 anak diorang dlu..cari salah walaupun hal yang baik untuk anak mereka..skang.. makan tuan kot..kalau la aku dapat tgk air muka bapak2 budak tuhmasa tau anak dia kena tgkap..
di kesempatan ini aku mengambil kesempatan untuk
mengucapkan selamat hari raya aidilfitri 1430h kepada
semua ghodong bloggers..