Monday, October 12, 2009

Kira Halal..


kalu ikut planningnya..
8 disember 2009 aku dan wife akan fly ke Padang, Indonesia..
Trip bersama dengan cikgu2 sekolah ke Padang dan Bukit Tinggi..
tahun 2007 kami ke Langkawi.. 2008 pulak ke Kuching..
tahun nih nak merasa angin negara jiran pulak..
Flight balik pula dijadualkan 12 disember..

tapi betulla apa yang orang cakap..
kita hanya mampu untuk merancang..
tuhan jugak yang menentukan..
kalu tuhan cakap jadi.. maka jadilah..

kita sedia maklum yang skang nih area Padang
tuh sedang ditimpa musibah..
dah jadi padang jarak padang tekukur..

dah mana tempat nak shopping pun tatau dah..
walhal.. inilah agenda utama..
kekeke.. walaupun bukan aku yang tukang shoppingnya..

jadinya.. lepas dibincang2 sesama ahli rombongan..
maka ramailah yang nak menarik diri..
termasuk la aku.. tade ati langsung dah nak pegi..
apatah lagi lepas isu2 semasa yang berlaku kat sana..

Kak As sebagai ketua rombongan pun cuba la ejas ngan
company penerbangan tersebut.. memandangkan kami tak gunakan agen..
setidak2nya.. dapat la tukar destinasi.. walaupun kena tambah sedikit..
tak kisahlaa..

skali nak refund tak dapat.. nak tukar destinasi pun tak boleh..
alasannya.. selagi airport sana masih beroperasi..
flight pun akan terus menjalankan tugasnya..
nak tanak kena pegi..
kalu tanak jugak.. duit tambang KIRA HALAL...

2 comments: