Monday, October 5, 2009

Bumi Dah Marah..

4 Oktober lalu skali lagi negara jiran dilanda gempa bumi..
kali nih di Padang, Kepulauan Sumatera, Indonesia..
Gempa yang berukuran 7.6 skala richter telah diberitakan
menghadirkan kematian sehingga mencecah 800 orang..

Ini merupakan kali kedua dalam 2 tahun selepas peristiwa
yang sama berlaku pada 6 Mac 2007.. Pada waktu tu gempa
berukuran 6.3 skala richter dan mengakibatkan kematian seramai
80 orang..

Sebenarnya aku dalam perancangan untuk ke Padang Disember nih..
tiket flight pun dah tempah.. penerbangan kami dijadualkan
berlepas pada 8 Disember jam 7.55 am..

Bila dah berlaku mcm nih.. aku tak rasa yang perancangan
tersebut akan menjadi kenyataan.. maklum laa..
kalu tengok berita.. bangunan2 mmg total lost..
aku tak pikir dapat diperbaiki dalam masa 3 bulan nih..
bukan rezeki lagi agaknya nak sampai sana..

Bila tengok mangsa2.. terutama budak2 kecik..
rs sebak dan hiba.. kesian sangat..
terpaksa diorang melalui saat2 genting mcm tuh..

Tahniah kepada kerajaan dan pihak NGO dari
Malaysia yang mengambil inisiatif untuk menghulurkan bantuan..
perikemanusiaan lebih utama..
walaupun diorang sibuk2 nak 'sweeping malaysian' kerana
hal yang remeh-temeh..

2 comments:

  1. Astaga.. xyah la p sana wat masa ni.. tak selamat lg wat masa ni..

    ReplyDelete
  2. planning dah lama..
    tempahan buat masa promosi bulan 5 dlu dah..
    dah jadi mcm nih..
    rasanya mcm tak pegi dah..

    ReplyDelete