Wednesday, October 21, 2009

Kes Lagi..

Dalam bnyk2 tahun 6.. tahun 6 tahun nih la yang
paling banyak menimbulkan masalah..
walaupun tak semer yang terlibat..
tapi perbuatan mereka tuh mencemarkan
tingkahlaku baik murid2 yang lain..
lepas satu.. satu masalah yang timbul..
tak abes2..

Kali nih kes 19 orang budak tahun 6 blasah
seorang murid tahun 5.. kebetulan pulak murid
tahun 5 tuh adalah anak cikgu skkp jugak..
kalau nak bercerita mmg la panjang..
bley refer kat blog :

http://coretankisahsemalam.blogspot.com

antara budak tahun 6 yang terlibat tuh pulak..
adalah murid yang terlibat dengan kes pecah
kedai buku yang ada aku cerita baru2 nih..
tak serik2..

pagi nih PPD nak berkampung bersemuka dengan
ibubapa murid2 yang terlibat..
harapnya dapatla capai keputusan yang memuaskan..
yang dapat memberi pengajaran berguna kepada
murid2 tersebut..

janganla hanya kerana nak menjaga nama baik..
kes nih dipendamkan macam tuh saje..
makin naik lemak budak2 tuh besok..

selamat bermesyuarah!

Sunday, October 18, 2009

Sirkit Pembangunan Sofbol 2/2009


Alhamdulillah.. lepas beberapa bulan tertangguh..
akhirnya sirkit pembangunan sofbol kali kedua untuk
tahun nih berjaya jugak direalisasikan..

untuk sirkit kali nih.. dikhaskan untuk pemain2 bawah 11 tahun..
projek untuk mssm 2010.. 6 pasukan lelaki dan 5 pasukan
perempuan mengambil bahagian untuk sirkit kali nih..
semua skolah2 perantis sofbol termasuk satu team projek
bawah 10 tahun yang dikenali sebagai 'Tunas Pahang' untuk
kedua2 kategori..

aku memandang sirkit nih sebagai langkah pertama
dalam mengenalpasti bakat untuk team sofbol MSS Pahang 2010..
Alhamdulillah.. aku rasa Pahang tak ketandusan bakat2 baru..
yang aku nampak.. pemain2 muda nih memerlukan
lebih bnyk tournament/sirkit sebegini untuk mereka
lebih memahami situasi permainan..

Insyaallah.. lepas PT Sofbol Pahang turun naik Unit Sukan..
akhirnya dimaklumkan yang kami berjaya dapat
satu lagi sirkit extra seblom cuti akhir tahun nanti..
itu dah cukup menggembirakan..

Monday, October 12, 2009

Kira Halal..


kalu ikut planningnya..
8 disember 2009 aku dan wife akan fly ke Padang, Indonesia..
Trip bersama dengan cikgu2 sekolah ke Padang dan Bukit Tinggi..
tahun 2007 kami ke Langkawi.. 2008 pulak ke Kuching..
tahun nih nak merasa angin negara jiran pulak..
Flight balik pula dijadualkan 12 disember..

tapi betulla apa yang orang cakap..
kita hanya mampu untuk merancang..
tuhan jugak yang menentukan..
kalu tuhan cakap jadi.. maka jadilah..

kita sedia maklum yang skang nih area Padang
tuh sedang ditimpa musibah..
dah jadi padang jarak padang tekukur..

dah mana tempat nak shopping pun tatau dah..
walhal.. inilah agenda utama..
kekeke.. walaupun bukan aku yang tukang shoppingnya..

jadinya.. lepas dibincang2 sesama ahli rombongan..
maka ramailah yang nak menarik diri..
termasuk la aku.. tade ati langsung dah nak pegi..
apatah lagi lepas isu2 semasa yang berlaku kat sana..

Kak As sebagai ketua rombongan pun cuba la ejas ngan
company penerbangan tersebut.. memandangkan kami tak gunakan agen..
setidak2nya.. dapat la tukar destinasi.. walaupun kena tambah sedikit..
tak kisahlaa..

skali nak refund tak dapat.. nak tukar destinasi pun tak boleh..
alasannya.. selagi airport sana masih beroperasi..
flight pun akan terus menjalankan tugasnya..
nak tanak kena pegi..
kalu tanak jugak.. duit tambang KIRA HALAL...

Thursday, October 8, 2009

Apa Ke Jadahnya..

Selamat menghadapi Penilaian Menengah Rendah 2009
bagi semua pelajar2 tingkatan 3.. terutamanya khas untuk
bekas anak2 murid yang terdahulu..
Tabah hadapi ujian yang mendatang..
Moga memperolehi keputusan yang cemerlang..

Walaubagaimanapun..
dalam debaran pelajar2 ini mengambil ujian..
terjadi beberapa insiden yang tidak sedap didengar..
macam tak percaya kejadian tersebut berlaku di Malaysia..

kejadian pertama..
kes membakar dewan peperiksaan..

kejadian kedua..
panggilan palsu bom..

adeh.. tak paham aku..
rasanya yang buatnya tak lain budak yang sepatutnya
ambil periksa tuh sendiri..
mungkin sbb dia rasa dia tak bersedia..
dia mengambil keputusan untuk membuat
hal tersebut yang telah menyusahkan banyak pihak..

kesian aku kat budak macam nih..
apa masalah diorang pun tatau laa..
mungkin masa nak buat tuh diorang rasa
"inilah idea yang paling bernas abad ini.."
macam tuh agaknya..

kalu betul ada unsur2 sabotaj..
harap pihak berkuasa dapat ambil tindakan..
bagi pengajaran sket pada yang lain..

Tuesday, October 6, 2009

Diberi Madu Dibalas Tuba..

masih ingin bercerita tentang apa yang berlaku
di negara jiran..

sejak bencana tersebut melanda.. kerajaan malaysia
dan NGO mengambil inisiatif sendiri untuk membantu..
media2 sediakan tabung..
kerajaan hantar pasukan SMART..
ATM hantar pasukan penyelamat..
pendek kata..
tak sanggup kita nak lihat jiran kita tuh menderita..
walaupun mereka dah buat mcm2 perkara yang
menyakitkan ati.. kita tetap hulurkan tangan
nak bantu..

tapi bila aku baca paper arinih..
rasa macam tak berbaloi nak membantu diorang nih..
tatau nak kenang budi..

dalam keadaan dilanda bencana tuh..
ada lagi pasaan benci diorang pada kita..
apa yang terlintas di fikiran diorang bila
sanggup halang pesawat hercules milik ATM
daripada mendarat kat sana.. siap baling batu lagi..

kalu tanya aku..
smer ahli pasukan penyelamat tuh..
pack smer barang..
balik malaysia..
anda tak diperlukan di sana..

Monday, October 5, 2009

Bumi Dah Marah..

4 Oktober lalu skali lagi negara jiran dilanda gempa bumi..
kali nih di Padang, Kepulauan Sumatera, Indonesia..
Gempa yang berukuran 7.6 skala richter telah diberitakan
menghadirkan kematian sehingga mencecah 800 orang..

Ini merupakan kali kedua dalam 2 tahun selepas peristiwa
yang sama berlaku pada 6 Mac 2007.. Pada waktu tu gempa
berukuran 6.3 skala richter dan mengakibatkan kematian seramai
80 orang..

Sebenarnya aku dalam perancangan untuk ke Padang Disember nih..
tiket flight pun dah tempah.. penerbangan kami dijadualkan
berlepas pada 8 Disember jam 7.55 am..

Bila dah berlaku mcm nih.. aku tak rasa yang perancangan
tersebut akan menjadi kenyataan.. maklum laa..
kalu tengok berita.. bangunan2 mmg total lost..
aku tak pikir dapat diperbaiki dalam masa 3 bulan nih..
bukan rezeki lagi agaknya nak sampai sana..

Bila tengok mangsa2.. terutama budak2 kecik..
rs sebak dan hiba.. kesian sangat..
terpaksa diorang melalui saat2 genting mcm tuh..

Tahniah kepada kerajaan dan pihak NGO dari
Malaysia yang mengambil inisiatif untuk menghulurkan bantuan..
perikemanusiaan lebih utama..
walaupun diorang sibuk2 nak 'sweeping malaysian' kerana
hal yang remeh-temeh..