Monday, January 18, 2010

Kisah Cinta Pohon Belimbing..

minggu nih dah masuk minggu yang ketiga perskolahan 2010..
minggu nih jugak giliran aku bertugas bersama pn. irana..

pagi tadi dah speech untuk laporan minggu lepas..
antara yang aku sentuh ialah pasal kebersihan, disiplin
dalam kelas masa ketiadaan guru dan masalah ibu bapa yang
anta anak benti kete depan2 pintu pagar.. orang kampung aku ckp
'tngoh maklok'..

aku bukan nak citer banyak psl assembly tadi..
walaupun bnyk insiden2 menarik yang berlaku..

aku nak citer pasal kisah budak aku..
masuk mgu ke 2 dan ke 3 nih dah nampak belang sorang2 budak kelas aku..
mgu lepas dah terjadi kes.. masa sesi pnp.. cikgu lambat masuk..
budak2 laki buat rombongan ke pokok belimbing berhampiran dengan
kelas aku...

nasir jadi tukang panjat.. yang lain dok sorak2 kat bawah..
bley plak si nasir nih bagi buah belimbing yang dia amek tuh
pada sorang budak pompuan kelas yg sama..
kira tanda hati dari buah ati ler nih..

uwekk.. kecik2 dah pandai..
blom sunat lagi dah gatal2 ek..

ades.. influence mana la yang dia amek nih..
movie 18sx mana la yg dia tgk..

sia2 je kena ngan aku..
hamek ko..

Saturday, January 9, 2010

Pertarungan Bakal Bermula..


TM Liga Super 2010 bakal disingkap malam nih.. bagi setengah orang mungkin
tak perasan sebab diorang ada i.c old trafford, anfield, emirates, stamford bridge
dan lain..

Bagi aku musim baru ditunggu dengan penuh teruja..
selepas musim yang suram dan gelap pasukan kesayangan..
musim nih tampil dengan persiapan yang lebih menyakinkan..
harapan aku 'tragedi' musim lepas eloklah dilupakan sama sekali..
biarlah apa orang nak cakap pun..
yang penting player2 dan peminat2 fokus lebih untuk menghadapi
musim yang baru nih..

Harapan aku untuk musim yang baru nih..
dah tentu nak tengok Pahang perform well..
mmg susah nak juara.. tapi kalau dapat memberikan cabaran
kepada pasukan-pasukan yang lain.. sehingga mereka tak
menganggap perlawanan menentang Pahang adalah game untuk
mengutip mata.. itu dah cukup membanggakan..
maklum dah.. lepas menang liga super 2004 aritu..
Pahang melalui musim2 yang suram..
harapnya bermula dekad yang baru nih..
dapatlah memberikan persembahan yang lebih bertenaga..

work hard!

Friday, January 8, 2010

Seminggu Berlalu..

Diam tak diam..
dah seminggu berlalu minggu pertama persekolahan
bagi tahun 2010..

dalam seminggu nih banyak jugak yang telah dilalui
terutamanya dalam menggalas tugas baru sebagai guru kelas..

besar sungguh tanggungjawab tuh..
alhamdulillah selama seminggu nih dapat dihadapi dengan
lancar dan tade masalah besar..

2 hari nih dah mula kutip duit yuran drp budak..
takut jugak pegang duit banyak2..
alhamdulillah kebanyakkannya dah diserahkan kepada PT tadi..
ada lebih kurang separuh lagi daripada 28 orang murid tahun
3 takwa yang belum selesaikan yuran persekolahan tahun nih..
minggu depan agaknya..

nak kena siapkan jadual bertugas dalam weekend nih..
kebersihan kelas : salah satu eleman yang paling aku pentingkan
kepada budak2.. setakat nih alhamdulillah..
budak2 pun sangat prihatin dengan perkara nih..
skang nih tgh pikir2 tentang susun atur meja budak..
nak bagi lain sket.. tapi mcm mana ek..

jadual waktu dgr kata ada perubahan lagi minggu depan..
nasib baik tak buat lagi jadual kelas yang beso tuh..
tapi yg dalam buku rekod dah buat..
kena buat lain nampak gayanya..

setakat seminggu nih jugak aku mencatat sejarah..
dari senin sampai jumaat.. kehadiran pagi aku ke sekolah
adalah di bawah 7 a.m.. kekeke..
satu pencapaian peribadi yang membanggakan..
harap dapat aku teruskan..
bukan awal2 jek..

apa pun..
aku harapkan tahun nih lebih baik
daripada tahun yang lepas2..