Sunday, July 31, 2011
Tunggu 2018 Pulak..
Berakhir sudah cabaran anak buah Datuk K dalam misi membawa skuad senior Harimau Malaya ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2014.. Keputusan seri 1-1 menentang Singapura dalam perlawanan kedua sudah cukup untuk penyokong-penyokong Harimau Malaya berputih mata sedangkan kita memerlukan kemenangan dengan kelebihan jaringan 2 gol untuk mengatasi defisit jaringan kemenangan 5-3 yang dicatatkan oleh Singapura dalam perlawan pertama seblom itu..
Aku adalah antara 90k penyokong yang turut berada di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk sama-sama
menjadi saksi kebangkitan skuad Harimau Malaya.. Namun agak kecewa apabila kebangkitan yang diharapkan tak menjelma juga apabila wisel penamat dibunyikan..
Nak komen pasal game pun smer dah tengok macam mana persembahan team malam tuh..
Nak komen pasal team pun Datuk K ckp "saya lebih kenal player saya"..
Sebut kata "saya lebih kenal player saya" bley bikin panas jugak..
tak kira laa.. nak sentuh jugak.. hehehehe..
Agak kecewa dgn pemilihan pemain.. Datuk K masih berpegang dan mengharap kepada player2 yang dia penah didik.. Bukan berdasarkan perfomance semasa dalam liga.. kalu nak diikutkan, Farizal Marlias jauh lebih baik daripada sharbinee dan nasril, hafiz zamani jauh berpengalaman daripada muslim dan fadhli (untuk mengisi slot Aidil bila injured!).. Piya dan amri masih relevan untuk tempat ismail faruqi.. Joseph Kallang Tie lebih layak untuk mengisi tempat Fakri Shaarani..
Tapi apa kan daya.. What done is done! What past is past! Cuba lagi 2018.. Sambil-sambil tuh teruskan sokongan untuk skuad Olimpik kita.. GO TIGERS!
Wednesday, December 8, 2010
Renung-merenung!
Beberapa perkara yang nak dishare untuk renungan bersama..
Yang pertama tentang harga petrol di negara2 pengeluar minyak dunia..
Yang kedua pulak nak share maklumat tentang harga2 item yang naik di negara
kita baru2 nih..
Harga barang2 kita masih rendah di kalangan negara2 ASEAN ?
Tuh blom masuk harga kereta, tol dan lain2.. hehehe..
betul kalu convert duit SD harga dalam RM lebih mahal..
tapi tgk la pulak kuasa SD tuh dgn nilai hidup dan pendapatan mereka mereka..
Er.. post nih bukan bersifat politik.. tade nak sokong saper2..
tapi daripada seorang yang bernama 'rakyat daripada golongan marhaen'
yang hidupnya terkena tempias daripada agenda2 di atas....
Yang pertama tentang harga petrol di negara2 pengeluar minyak dunia..
Yang kedua pulak nak share maklumat tentang harga2 item yang naik di negara
kita baru2 nih..
Tuh blom masuk harga kereta, tol dan lain2.. hehehe..
betul kalu convert duit SD harga dalam RM lebih mahal..
tapi tgk la pulak kuasa SD tuh dgn nilai hidup dan pendapatan mereka mereka..
Er.. post nih bukan bersifat politik.. tade nak sokong saper2..
tapi daripada seorang yang bernama 'rakyat daripada golongan marhaen'
yang hidupnya terkena tempias daripada agenda2 di atas....
Monday, December 6, 2010
Apa Nasib Kita ?
Malam esok penentuan untuk timnas bolasepak Malaysia..
Penentuan sama ada kita terus mara atau perjuangan cukup setakat ini sahaja..
Perlawanan menentang Laos merupakan game terakhir peringkat kumpulan..
Pada masa ini Indonesia mengungguli Kumpulan A dengan 6 mata..
Diikuti Thailand 2, Malaysia 1 dan Laos 1..
Malaysia akan menentang Laos pada perlawanan terakhir esok..
Manakala satu lagi perlawanan antara Indonesia dan Thailand..
Sifirnya mudah.. Malaysia kena menang..
Sambil mengharapkan Thailand seri atau kalah..
Kalau sebaliknya.. Kita boleh melupakan hasrat untuk mara..
Persembahan menentang Thailand baru-baru ini masih dilihat longgar..
Apa pun kita mengharapkan Malaysia dapat memberikan persembahan terpuji malam esok..
Apa yang dibimbangkan sekarang.. Kemungkinan adanya keputusan yang telah diatur
untuk game satu lagi.. Bagi menidakkan peluang kita.. KEMUNGKINAN...
Harapnya tidaklaa.. Apa yang penting Malaysia MESTI menang dulu..
GO TIGERS!
Jangan lupa malam esok ada LIVE!
Astro 813 + RTM 1..
8.30 malam (waktu Malaysia)
Sunday, December 5, 2010
Minyak naik lagi, Rakyat sakit hati!
Hmm.. Selang beberapa hari RON97 naik.. Kali nih RON95 punya giliran pulak..
kali nih lagi istimewa.. 4 in 1.. Bukan saje harga minyak RON95..
tapi diesel, LPG turut naik sama.. Gula pun turut sama naik.. haisshh...
Opsss.. bukan 'kenaikan' yer.. 'PENYELARASAN'.. hehehe..
Antara quote2 yang dikopi-paste orang atasan kalu hal2 mcm nih berlaku..
1- harga petrol kita masih rendah jika dibandingkan dengan negara2 jiran..
(cuba banding dgn negara2 pengeluar laa.. bukan dgn negara pengimport..)
2- harga barangan setelah diselaraskan tidak membebankan rakyat!
(mana anda tau tak beban ? gaji puluh ribu bley la ckp...)
YANG KAYA BERTAMBAH KAYA..
YANG MISKIN BERTAMBAH MISKIN..
nasib kita golongan marhaen!
Friday, December 3, 2010
We've Got It Double!
We've got it double!
Akhirnya tahun nih team Sofbol Pahang u16 berjaya merangkul 2 kejuaraan bagi
kategori lelaki dan perempuan dalam 'Kejohanan Sofbol Kebangsaan u16' yang
berlangsung di SM Teknik Taiping, Perak..
Tahniah kepada team lelaki Pahang A dan team perempuan Pahang!
Keputusan Akhir
Lelaki u16
1. PAHANG
2. Kuala Lumpur
3. Johor
4. Kedah
Perempuan u16
1. PAHANG
2. MSS Perak
3. Penang
4. Perak
Thursday, December 2, 2010
Harga Minyak Naik Lagi, Rakyat Susah Hati!
Mulai tengah malam kelmarin, harga minyak RON97 telah naik RM0.15 daripada
RM2.15 seliter kepada RM2.30 seliter..
Berita2 kat tibi, suratkhabar perdana tade langsung hebahan pasal perkara nih..
Persoalan sekarang.. Apa sebab NAIK ?
hebahan tade.. explaination pun tade..
28.2.2006 - RM.1.92 (crude oil price us$80-90/setong)
1.12.2010 - RM 2.30 (crude oil price us$85.34/setong)
Di mana silapnya ?
Minat terhadap bolasepak memang tak dapat disangkal lagi..
jadi isu tentang kekalahan besar timnas bolasepak Malaysia dalam AFF Suzuki Cup 2010
kepada Indonesia malam tadi, tak dapat lari daripada perbincangan..
Teruk sangat ke tahap bolasepak kita sehingga kena sampai 5 bijik ?
Siapa yang mempunyai jawapannya ?
Aku tade lesen kejurulatihan FAM/AFC/FIFA..
tapi drp apa yg diperhatikan semalam.. beberapa perkara menjadi persoalan..
1. Kewajaran coach Raja meletakkan Sharbinee di posisi penjaga gol sedangkan buat masa ini Khairul Fahmi Che Mat dilihat lebih stabil dan berpotensi untuk diturunkan sebagai penjaga gol utama..
2. Masalah pertahanan.. sama ada kurang pengalaman.. atau kurang game yang kompetitif..
merujuk kepada Asra dan Razman yang menjadi pilihan coach Raja sedangkan kita maklum
yang kedua mereka jarang diberikan peluang untuk beraksi ketika bersama Selangor.. Sabree Abu dan Mahali Jasuli (tade pilihan dah!) dilihat mampu untuk menggantikan mereka..
3. Basic skills mistakes tahan bola, pegang bola lama, terlucut memberikan gol kepada pasukan lawan..
4. Kalu dilihat senarai pemain yang dibawa.. Ramai pemain2 yang ON-form dalam liga dan Piala Malaysia yang tidak diberikan peluang.. Coach Raja lebih suka menggunakan pemain2 sedia ada..
Apa pun.. harapan masih berbunga..
Harap dapat melakukan sesuatu masa game kedua menentang Thailand nanti..
Misi yang dilihat agak sukar tapi tak mustahil..
GO MALAYSIAN TIGERS!
Subscribe to:
Posts (Atom)







