Sunday, December 5, 2010
Minyak naik lagi, Rakyat sakit hati!
Hmm.. Selang beberapa hari RON97 naik.. Kali nih RON95 punya giliran pulak..
kali nih lagi istimewa.. 4 in 1.. Bukan saje harga minyak RON95..
tapi diesel, LPG turut naik sama.. Gula pun turut sama naik.. haisshh...
Opsss.. bukan 'kenaikan' yer.. 'PENYELARASAN'.. hehehe..
Antara quote2 yang dikopi-paste orang atasan kalu hal2 mcm nih berlaku..
1- harga petrol kita masih rendah jika dibandingkan dengan negara2 jiran..
(cuba banding dgn negara2 pengeluar laa.. bukan dgn negara pengimport..)
2- harga barangan setelah diselaraskan tidak membebankan rakyat!
(mana anda tau tak beban ? gaji puluh ribu bley la ckp...)
YANG KAYA BERTAMBAH KAYA..
YANG MISKIN BERTAMBAH MISKIN..
nasib kita golongan marhaen!
Friday, December 3, 2010
We've Got It Double!
We've got it double!
Akhirnya tahun nih team Sofbol Pahang u16 berjaya merangkul 2 kejuaraan bagi
kategori lelaki dan perempuan dalam 'Kejohanan Sofbol Kebangsaan u16' yang
berlangsung di SM Teknik Taiping, Perak..
Tahniah kepada team lelaki Pahang A dan team perempuan Pahang!
Keputusan Akhir
Lelaki u16
1. PAHANG
2. Kuala Lumpur
3. Johor
4. Kedah
Perempuan u16
1. PAHANG
2. MSS Perak
3. Penang
4. Perak
Thursday, December 2, 2010
Harga Minyak Naik Lagi, Rakyat Susah Hati!
Mulai tengah malam kelmarin, harga minyak RON97 telah naik RM0.15 daripada
RM2.15 seliter kepada RM2.30 seliter..
Berita2 kat tibi, suratkhabar perdana tade langsung hebahan pasal perkara nih..
Persoalan sekarang.. Apa sebab NAIK ?
hebahan tade.. explaination pun tade..
28.2.2006 - RM.1.92 (crude oil price us$80-90/setong)
1.12.2010 - RM 2.30 (crude oil price us$85.34/setong)
Di mana silapnya ?
Minat terhadap bolasepak memang tak dapat disangkal lagi..
jadi isu tentang kekalahan besar timnas bolasepak Malaysia dalam AFF Suzuki Cup 2010
kepada Indonesia malam tadi, tak dapat lari daripada perbincangan..
Teruk sangat ke tahap bolasepak kita sehingga kena sampai 5 bijik ?
Siapa yang mempunyai jawapannya ?
Aku tade lesen kejurulatihan FAM/AFC/FIFA..
tapi drp apa yg diperhatikan semalam.. beberapa perkara menjadi persoalan..
1. Kewajaran coach Raja meletakkan Sharbinee di posisi penjaga gol sedangkan buat masa ini Khairul Fahmi Che Mat dilihat lebih stabil dan berpotensi untuk diturunkan sebagai penjaga gol utama..
2. Masalah pertahanan.. sama ada kurang pengalaman.. atau kurang game yang kompetitif..
merujuk kepada Asra dan Razman yang menjadi pilihan coach Raja sedangkan kita maklum
yang kedua mereka jarang diberikan peluang untuk beraksi ketika bersama Selangor.. Sabree Abu dan Mahali Jasuli (tade pilihan dah!) dilihat mampu untuk menggantikan mereka..
3. Basic skills mistakes tahan bola, pegang bola lama, terlucut memberikan gol kepada pasukan lawan..
4. Kalu dilihat senarai pemain yang dibawa.. Ramai pemain2 yang ON-form dalam liga dan Piala Malaysia yang tidak diberikan peluang.. Coach Raja lebih suka menggunakan pemain2 sedia ada..
Apa pun.. harapan masih berbunga..
Harap dapat melakukan sesuatu masa game kedua menentang Thailand nanti..
Misi yang dilihat agak sukar tapi tak mustahil..
GO MALAYSIAN TIGERS!
Anugerah Terindah!
Irdeena binti Syafeeq..
Puteri sulung yang amat ditunggu-tunggu kelahirannya..
Tanggal 24 Julai 2010, jam 7 petang.. Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu
Irdeena lahir setelah kami suami isteri menunggu hampir 2 tahun..
Sesungguhnya kehadiran Irdeena dalam hidup ini amat menggembirakan kami..
Dialah permata hati, pengarang jantung, penghibur di saat duka..
Moga Allah memberkati hidupnya.. Dan menjadi insan solehah, permata
untuk ibu dan abi, keluarga, agama dan bangsa.. INSYAALLAH!
....!
Last posting 22 Februari 2010.. Nih dah masuk bulan Disember dah..
punya la lama tak berapdet! hehehe..
Bila dah rasa malas tuh.. jangan kata nak apdet..
Nak bukak pun malas.. Padahal tiap-tiap hari dok ngadap..
Mmg banyak peristiwa pahit manis yang berlaku sepanjang tarikh tersebut..
Ada yang manis dan tak dapat dilupakan..
Ada yang pedih dipendam rasa..
Bercampur-baur smernya..
Itu yang menjadikan hidup ini lebih bermakna..
Pengalaman manis dan pedih yang sukar dicari..
Cukup untuk mematangkan kehidupan..
punya la lama tak berapdet! hehehe..
Bila dah rasa malas tuh.. jangan kata nak apdet..
Nak bukak pun malas.. Padahal tiap-tiap hari dok ngadap..
Mmg banyak peristiwa pahit manis yang berlaku sepanjang tarikh tersebut..
Ada yang manis dan tak dapat dilupakan..
Ada yang pedih dipendam rasa..
Bercampur-baur smernya..
Itu yang menjadikan hidup ini lebih bermakna..
Pengalaman manis dan pedih yang sukar dicari..
Cukup untuk mematangkan kehidupan..
Monday, February 22, 2010
Memantapkan Sukan di Sekolah

Dalam paper hari nih TPM merangkap Menteri Pelajaran yang mahukan
kegemilangan sukan dimartabatkan kembali.. bermula di peringkat
akar umbi.. SEKOLAH..
Beberapa perkara telah digariskan untuk mencapai matlamat tersebut..
Antaranya dengan merombak semula struktur organisasi di peringkat
kementerian.. merombak semula kurikulum sukan, memperbanyakkan
tenaga jurulatih yang terlatih.. dan pembangunan infrastruktur..
Aku tertarik tentang komen beliau pasal tenaga pelatih terlatih tuh..
salah satu quote beliau ialah "kadang2 guru biasa pun dilantik sebagai
guru sukan".. hehehe.. situasi mcm ni yang mengakibatkan berlaku
mcm yang dalam gmbr tuh..
Bagus diperbanyakkan tenaga pelatih.. tapi yang penting guru-guru
yang menjalani program/kursus tuh adalah yang mmg betul2 minat
dengan sukan.. bukan dipaksa menghadiri kursus..
Tak semua guru berminat untuk berada di tengah padang..
lagi2 bila cuaca panas mcm sekarang nih.. Jadi nak cari yang minat
tuh yg agak payah.. Budak2 tade masalah.. suruh je datang kol 4..
kol 3 dah tercongok kat tepi padang.. bersemangat diorang..
Apa pun tgu mcm mana bentuk kurikulum baru yang sedang
dirangka untuk sukan sekolah nih.. harap ia menjadi realiti..
Subscribe to:
Posts (Atom)




