Minggu lepas kita dikejutkan dengan insiden kematian seorang kanak-kanak yang berusia 3 tahun yang ditinggalkan di dalam kereta.. Rasanya tak perlu diulas panjang memandangkan kita telah pun disajikan dengan pelbagai berita dengan kejadian tersebut..
Secara peribadi, salam takziah untuk ibu mangsa yang terpaksa menanggung pelbagai beban kesan dari kejadian tersebut.. Betapa berat mata yang memandang, berat lagi beban yang terpaksa beliau tanggung.
Dengar cerita ibu tersebut bakal didakwa oleh pihak berwajib kerana CUAI. Pada pendapat aku, kesan dari kejadian tersebut tu pun dah memberi kesan dan pengajaran yang sangat berguna untuk beliau.. Silap-silap boleh jadi stress membawa ke hujung nyawa.. CUAI dan LUPA dua perkara yang berbeza.. Ibu mana yang sengaja nak tinggalkan anak dalam kereta, apatah lagi dalam keadaan cuaca yang sangat panas..
Jadi rasanya hukuman tak wajar dilaksanakan.. Sebaliknya ibu tersebut perlu diberikan motivasi dan kaunseling untuk terus menghadapi hidup.. Apatah lagi beliau masih mempunyai anak.. Bagaimana agaknya kalau kita yang berada di tempat beliau.. Tak dapat dibayangkan...
Moga ibu tersebut terus tabah dalam menghadapi hidup ini.. Ada hikmah yang tersembunyi yang kita tak dapat nak jangka.. Sesungguhnya perancangan Allah lebih besar daripada ilmu akal manusia..
No comments:
Post a Comment