Thursday, August 1, 2013

Apa Lagi Mak Bapak Mauuuu!



Apa kaedah yang terbaik untuk mendidik, memberi pengajaran, hukuman terhadap pelajar-pelajar yang tidak buat kerja rumah atau tidak mahu belajar ? Ada ? Ada ?

Patutlah anak-anak ramai yang tak menghormati cikgu.. Tak hairan kalau mak dan ayahnya jenis orang yang menghantar mesej di atas.. Tak bley cuit langsung anaknya walaupun terang2 anaknya bersalah.. Jadi apa point mak bapak tuh hantar anak-anak mereka ke sekolah ?

Dah namanya pelajar, dah tentunya mereka terikat dengan peraturan dan disiplin pihak sekolah untuk memastikan mereka mematuhi peraturan, mempunyai disiplin diri yang tinggi serta menghormati orang lain..
Kalau dah rasa anak-anak tak boleh diusik.. Eloklah kalau mak bapaknya jadi cikgu anak masing2.. Itu lebih afdal.. Nak tonggang terbalik takde saper peduli..

Cikgu2 nih takde la kebulur sangat nak marah, pukul, rotan anak orang.. Banyak lagi yang cikgu nak fikirkan.. Tapi dah namanya cikgu tuh, mana mungkin boleh tgk kepincangan yang berlaku kat depan mata.. Rasa tercabar bila kerja yang diberikan tak disiapkan.. Rasa mcm tak dihormati.. Pelajar2 seolah2 memperlekehkan cikgu2.. "Alaaa.. takper tak buat pun.. Cikgu bukan boleh buat apa pun.." Jika dibiarkan seorang murid yang bersikap mcm tuh, nescaya esok2 akan bertambah jumlah yang tak buat kerja..

*apdet

2 hari lepas timbul berita bapak report polis kes anak kena rotan sebab tak siap kerja sekolah.. Parah macam nih.. Lepas nih kalau cikgu tuh tak cara ke anak dia, cakap cikgu pulau pulak.. Timbul pulak isu lain.. Susah2 sangat, semua yang cikgu buat tak kena, elok laa kalau bapak nih ajar anak dia sendiri kat rumah.. Takde saper2 nak kacau anak dia.. Tak buat kerja sekolah pun takde orang marah..

Teringat zaman2 cikgu skolah rendah dulu.. Macam mana la agaknya kalau anak2 mereka nih belajar ngan cikgu Bang Yock Tang yang garang tu.. Buku latihan kena lempar dari tingkat 3 dgn Cikgu Saleha.. Kena pukul tapak tangan ngan Puan Kay dengan serpihan kayu kusi, kena lempang dengan cymbal dengan cikgu syed, kena panggil dengan panggilan istimewa dengan cikgu sh. murad.. Hmmm..