Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan 1432H


Salam Ramadhan 1432h.. Mohon jutaan maaf sekiranya terdapat kesilapan bicara, terguris perasaan selama kita berghodong.. 


Moga Ramadhan ini lebih diberkati untuk kita semua.. 


Insyaallah!

Tunggu 2018 Pulak..


Berakhir sudah cabaran anak buah Datuk K dalam misi membawa skuad senior Harimau Malaya ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2014.. Keputusan seri 1-1 menentang Singapura dalam perlawanan kedua sudah cukup untuk penyokong-penyokong Harimau Malaya berputih mata sedangkan kita memerlukan kemenangan dengan kelebihan jaringan 2 gol untuk mengatasi defisit jaringan kemenangan 5-3 yang dicatatkan oleh Singapura dalam perlawan pertama seblom itu..


Aku adalah antara 90k penyokong yang turut berada di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk sama-sama
menjadi saksi kebangkitan skuad Harimau Malaya.. Namun agak kecewa apabila kebangkitan yang diharapkan tak menjelma juga apabila wisel penamat dibunyikan..


Nak komen pasal game pun smer dah tengok macam mana persembahan team malam tuh..
Nak komen pasal team pun Datuk K ckp "saya lebih kenal player saya"..


Sebut kata "saya lebih kenal player saya" bley bikin panas jugak..
tak kira laa.. nak sentuh jugak.. hehehehe..


Agak kecewa dgn pemilihan pemain.. Datuk K masih berpegang dan mengharap kepada player2 yang dia penah didik.. Bukan berdasarkan perfomance semasa dalam liga.. kalu nak diikutkan, Farizal Marlias jauh lebih baik daripada sharbinee dan nasril, hafiz zamani jauh berpengalaman daripada muslim dan fadhli (untuk mengisi slot Aidil bila injured!).. Piya dan amri masih relevan untuk tempat ismail faruqi.. Joseph Kallang Tie lebih layak untuk mengisi tempat Fakri Shaarani..


Tapi apa kan daya.. What done is done! What past is past! Cuba lagi 2018.. Sambil-sambil tuh teruskan sokongan untuk skuad Olimpik kita.. GO TIGERS!