Monday, February 22, 2010

Memantapkan Sukan di Sekolah


Dalam paper hari nih TPM merangkap Menteri Pelajaran yang mahukan
kegemilangan sukan dimartabatkan kembali.. bermula di peringkat
akar umbi.. SEKOLAH..
Beberapa perkara telah digariskan untuk mencapai matlamat tersebut..
Antaranya dengan merombak semula struktur organisasi di peringkat
kementerian.. merombak semula kurikulum sukan, memperbanyakkan
tenaga jurulatih yang terlatih.. dan pembangunan infrastruktur..
Aku tertarik tentang komen beliau pasal tenaga pelatih terlatih tuh..
salah satu quote beliau ialah "kadang2 guru biasa pun dilantik sebagai
guru sukan".. hehehe.. situasi mcm ni yang mengakibatkan berlaku
mcm yang dalam gmbr tuh..
Bagus diperbanyakkan tenaga pelatih.. tapi yang penting guru-guru
yang menjalani program/kursus tuh adalah yang mmg betul2 minat
dengan sukan.. bukan dipaksa menghadiri kursus..
Tak semua guru berminat untuk berada di tengah padang..
lagi2 bila cuaca panas mcm sekarang nih.. Jadi nak cari yang minat
tuh yg agak payah.. Budak2 tade masalah.. suruh je datang kol 4..
kol 3 dah tercongok kat tepi padang.. bersemangat diorang..
Apa pun tgu mcm mana bentuk kurikulum baru yang sedang
dirangka untuk sukan sekolah nih.. harap ia menjadi realiti..

Saturday, February 20, 2010

Replica Pahang - Lotto 2010 Kit


Tokgajah.com dengan kerjasama pihak 360 Star (distributor Lotto Malaysia)
telah mencapai persetujuan untuk membenarkan Tokgajah.com membantu
mengedarkan Replica Pahang untuk musim 2010..

Jadi kepada sesiapa yang berminat bley la melayari www.Tokgajah.com
untuk maklumat yang lebih jelas..

Info:
Price : RM50 (including TM logo, FA logo, and TGC patch)
Additional Charge RM 8 if courier needed.
Ready to ship out: Early March
Acc. number: BANK ISLAM : 0601*9020*5564*31 Aiman Bin Ahmad Dahalan
P.I.C : pisang : 013-6289677

Thursday, February 18, 2010

Corat-coret Liga Futsal TGC 2010 : World Cup Dreams!


Corat-Coret Liga Futsal TGC 2010!
1. Seorang pencatit bebas yang dilantik tersilap tempat.. beliau tgu2 kat magic grass, semambu tp sorang pun tade yang datang.. akhirnya beliau terpaksa menalipon penganjur kejohanan untuk maklumat yang sebenar..
2. tahniah dan terima kaseh atas sikap bertgjwb ghodong2 yang tak dpt main last minit yang dapat segera membawa pengganti pada ari kejohanan untuk sama2 memastikan kejohanan berlangsung dengan lancar..
3. 'adik' yang telah diundi untuk team Mexico didapati M.I.A.. lebih haru jeng_bro yang telah letak nama mamat tersebut tidak mengenali sapa dia 'adik' tuh.. kejadian tersebut menimbulkan spekulasi drp team Mexico yang penganjur nak SABOTAJ team tersebut..
4. pengganti on-the-spot 'adik', Jeff telah terlepas 2 perlawanan awal tetapi masih mampu menjadi top skorer dengan 10 gol..
5. Adam a.k.a Hulk terpaksa melepaskan title top skorer yang telah dipegang selama 3 tahun berturut2 kepada pendatang baru..
6. Pasukan Ghana gagal mencapai sebarang kemenangan..
7. Kedua2 wakil drp Afrika, Ivory Coast dan Ghana hanya menduduki 2 tempat terbawah liga..
8. Kemenangan terbesar diraih oleh pasukan Italy apabila membelasah pasukan Ivory Coast dgn jaringan 6-0
9. Pengadil telah memberikan 1 kad kuning kepada seorang pemain mexico dan seorang pemain german.
10. Kemana menghilangnya kapitan Ghana selepas final kejohanan...
11. Seramai 56 orng yang menyertai kejohanan tahun ini...
12. Brazil adalah pasukan yg tidak penah tewas semasa peringkat liga.. kekalahan pertama dan terakhir mereka adalah pada game Final..
13. Pasukan Ghana juga adalah pasukan paling banyak seri iaitu sebanyak 5x.. ekeke
14. Tnda2 pasukan Italy dan Mexico akn memenangi liga dan piala telah kelihatan semasa kejohanan apabila kedua-dua tem duduk berasingan dr tem lain.. Itali (dok hujung dekat skrin tv,bawoh kipas), mexico (dok hujung kat tepi tangga).. hehe
15. player paling banyak tuju tiang : ballack. mmg tahun ni ghana x de nasib. klu x ehem2..

Tuesday, February 16, 2010

TGC masih meriah..

alhamdulillah..
akhirnya berjaya jugak dilangsungkan aktiviti tahunan ini
dengan jayanya.. kawan selaku penganjur kejohanan mengucapkan
jutaan terima kaseh kepada smer pemain terlibat dan juga
crew2 pada hari pertandingan seperti saripyp, sayed77, ivaa86 dan nushan..
juga kepada peralatan2 komunikasi walkie talkie yang amat berguna
walaupun hanya dapat digunakan masa peringkat kumpulan..
masuk 2nd round bateri dah abes.. hehehe..

kawan jugak memohon jutaan kemaafan kepada smer ghodong2..
sekiranya terdapat sebarang kekhilafan dan kekurangan sehingga
menimbulkan rasa kurang senang dalam ati kalian semer..
harap2nya tade laa.. apa pun sekiranya ada yang ingin disuarakan
untuk kebaikan.. atau kritikan yang membina untuk membantu
meningkatkan kelancaran kejohanann kita pada masa akan datang..
bolehlaa kalian smer PM saya personally.. tak pun yang ada no tepon
kawan tuh.. bley la sms..

secara personally, kawan mengucapkan tahniah kepada
MEXICO - juara kejohanan TGC World Cup Dreams! dan
ITALY
- juara liga TGC 2010.. sesungguhnya anda semer memang
layak untuk bergelar pasukan JUARA..


Tak ketinggalan kepada THE SPANIARDS, miyoha, semantan (capiten), syed,
shapik, ganchong dan miyo.. team kita bukan tak bagus..
menang 2 seri 4 kalah 1..
last2 terpaksa menentukan kedudukan kita di tempat ke 4 - 5
dengan sepakan penalti..

mutu kejohanan kali ini kawan lihat sangat berbeza dengan tahun
yang lepas2.. sememangnya semakin banyak peningkatan..
team2 kali ini agak seimbang dan smer team berpeluang untuk menang..
hanya nasib dan percaturan yang betul membuahkan kejayaan..

sekali lagi kawan secara personally, mengucapkan jutaan terima kaseh
kepada sponsor/penyumbang2 material + tenaga.. terlalu ramai
untuk kawan senaraikan di sini.. cukuplah kawan anta sms personally
kepada mereka2 yang terlibat.. anda memeriahkan kejohanan kali ini..
terima kaseh sekali lagi.. harap tahun depan kita akan perolehi
lebih banyak sumbangan.. Insyaallah..

Akhir kata.. harap dapatlah kita berjumpa lagi dalam edisi yang
seterusnya pada tahun hadapan.. Insyaallah.. semoga penyertaan
pada tahun hadapan sama meriah atau lebih ramai drp kali ini..


TGCians ROCKS!

Saturday, February 6, 2010

Akhirnya..

dalam entry awal aku ada mengisahkan tentang
penarikan sejumlah sukan dan permainan dalam MSSM..
perkara ini mendapat perhatian drp berita harian yang mendedahkan
perkara tersebut sehingga mendapat respond drp ibu bapa
yang prihatin ttg kegiatan kokurikulum anak masing2..

akhirnya dalam laporan berita harian khamis lalu..
TPM merangkap Menteri Pelajaran telah mengumumkan
suntikan dana sebanyak RM98 juta kepada MSSM untuk
memastikan sukan2 dan permainan peringakt akar umbi
dapat diteruskan.. sukan2 tersebut termasuk la SOFBOL..

alhamdulillah.. akhirnya doa2 daripada anak2 murid aku
dimakbulkan Allah swt.. mereka sedih sgt waktu aku ceritakan
tentang sukan ini yang ditarik penyertaannya dalam MSSM
masa mesyuarat penubuhan kelab bulan lepas..

semoga berita baik ini berjaya membangkitkan semula
semangat mereka untuk menempuh hari2 yang seterusnya..
keep the spirits alive!